dewan rakyat

Tuesday, November 20, 2012

Kawan maya

Bismillahirrahmanirrahim...

Disebabkan semua orang dah tahu umur aku dan ramai je kata muda lagi, kembang kempis hidung kejap.. Sori lah kalau bahasa diri aku kepada sesiapa yang lebih tua.. Eh, tetiba pulak kan.. Dalam blog je tulis aku.. Tapi, kalau berkunjung ke teratak semua masih lagi bahasakan diri dengan bahasa yang sangat lembut.. =P

Sepanjang aku bergelumang dalam dunia maya ni dari zaman sekolah sampai sekarang ramai lah kawan maya kononnya.. Tapi tak ramai lah yang berkekalan ataupun rapat sangat.. Selalu nya kejap je kawan.. Untuk entri ni nak cerita salah seorang kawan maya aku.. 

Dia ni kawan maya aku paling lama lah aku kenal tanpa jumpa atau apapun.. Dan kami takda lah sampai ada no fon masing-masing..Tapi, kami masih berhubungan satu sama lain walaupun bukanlah selalu dan jarang sangat.. Itupun sebab ada banyak laman sosial kan.. Mula-mula kenal sebab main chess online.. Tak tahulah main di mana.. lepas tu ada chat sikit-sikit kat Yahoo Messenger (YM) sebab yelah aku sekolah asrama sekali-sekala je aku main internet pun.. 

Dia suka hantar emel info, islamik kat aku dan semua aku baca. Bila zaman friendster dan myspace memuncak pun aku rasa dia ada dalam list kawan aku tapi masa tu dah tak sembang lansung.. Kiranya jadi silent friend jelah.. Sampai lah masuk U, ada facebook dia still jadi kawan walau aku tak tahu macam mana dia sentiasa ada dalam list friends. Dia je pun kawan stranger dan paling lama ada. Pelik! Masa tu pun kami jadi kawan sekadar kawan dalam facebook tanpa sembang, chat, komen atau apapun.. Dan aku rasa maybe saja add je kot dan aku anggap dia tak ingat aku dah..

Sampailah tahun lepas dia wish birthday kat facebook yang masa tu aku tak hide tarikh birthday dan cakap lebih kurang macam ni,

'Selamat hari lahir kawan lama main chess'

Erkk, tak sangka dia ingat lagi aku rupanya padahal dah bertahun kami diam sesama sendiri cuma kadang-kadang aku stalker facebook dia macam jadi silent stalker je. Masuk tahun ni mungkin lima atau enam tahun aku kenal dia di dunia maya dan sampai sekarang dia masih misteri lagi bagi aku.

Lupa pulak, dia tua lima tahun dari aku rasanya. Aku pun tak ingat sangat. Tapi yang pasti asal kelantan dan dulu dia U mana aku ingat lah.. Sekarang, tak lah sembang sangat cuma kadang-kadang tegur kat twitter itupun aku entah macam mana jadi kakak dia kan padahal aku muda lagi dari dia..

Itulah kawan maya aku paling lama dan bertahan sampai sekarang walaupun kami ni sangat jarang dan tak pernah jumpa pun tapi aku boleh ingat dia kawan yang mana.. Biasanya, aku ni cepat lupa orang untuk jangka masa yang lama.. Lagi-lagi orang yang aku tak kenal. =P

Kalau dia kahwin tak ajak aku memang nak kena lah kan.. Nak tengok sikit adik ipar.. Eh, bukan aku lagi muda dari dia ke??

30 comments:

Encik H said...

kalau kat fb aku, 60% adalah kawan2 dunia maya..sebab dulu aku kira aktif jugak kat mirc..ramai la kenalan2 drpd sana..ada yg close smpai skg..pernah jumpa pun ada..aku rasa 3-4 org jugak la yg jadi besfren aku..semuanya perempuan..:D

aaa..kau kawen dgn adik kepada kawan kau, so adik kepada adik dia akan jadi adik ipar kau..hehehe

Jna marcello said...

hpy burfday kawan lama main chess ;)

na pulak teringin na jumpa kawan2 blogger taw ;p

Cik Nur said...

kalau dah namanya kawan, sampai bila2 pun org tak akan lupa.. :)

nak2 pula ada kenangan bersama...tak kiralah kenangan apa, tapi tetap xboleh lupakan...

Anonymous said...

assalammualaikum..
ahaha.. ni background blog ni nak kena ubah ye kak.. kasi meriah sket, ni banner pon kena tukar ni.. **tiba-tiba**

jadi pengkritik plak ahaha.. okehlah kakak, terima kasih daun keladi..
most appreciated.. XD

Arina Shamsul said...

jap..jap..kawan lama tu lelaki ke pompuan..<--saje je nak nyibuk..haha.

Shahril Nasir said...

uhh...dah berubah blog ni..hehe,rasanya dia xkan ajak kot sbb ntah2 ada jodoh ngan dia...hahaha

Emma said...

sy xde kwn maya yg lamaa.. -____- mgkn sbab sy baru j berjinak2 dlm dunia maya.. heheh.. errr, umr bpe?? sy tertnggal info laaa...

CekbOlat-bOlat said...

pehhh hensem tak ? ada jodohh letteww

Chic Na said...

kami buddyz, takkan terpisah. sesuai la tagline tu. jgn lupa kalau dtg kenduri kawen dia jumpa cikna sekali k. hihi..

hnahdy said...

mesti terharu kan..

IdaShazana said...

Alam maya pun bole temukn jodoh

Si Matatajam said...

Akk br lg dlm dunia maya ni.. 10 thn akn dtg akk hapdet pasal kwn maya plg lama plak hi hi

cweet pinky said...

CP pown berazam nak ade kawan maya yang rapat smapai tak leyh lepas , CP mulakan dengan hani , hehehe ~

Domu-kon said...

wahh lama tu..hehehe.. laki ke perempuan..? ngohengohe.. takpe lah atil jadi kakak..atil kan tua seblum usia..hehehe..grau jer.. :P

Shasha Yacob said...

wah, lama jugak berkawan tuhh, xpernah terfikir nak jumpa dia ke. ? hihi

TiranaAduka said...

salam
Agak2 kita kawan dah berapa lama.

hainom OKje said...

Yelah best jugak ada kawan maya ni Hani, boleh bertukar2 fikiran.... kadang tu ada kebaikan jugak tak berjumpa ni...kurang sikit dosa! ha..ha..

Iffah Afeefah said...

tacing lak bile bace ni hahaha

#slamat hari lahir jugak kat die

inche hlovate said...

SERONOK KAN ADA KAWAN MAYA NI..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xder lg kwn maya yg plg lama sbb baru jer lg ni terjebak dgn blog kihkihkih

deqjamucuxx said...

kawan maya bertukar menjadi best of friend. lepas 1peristiwa. terus dia sepi. hmm

Kesuma Angsana said...

kawan2 maya mmng terbaik !

محمد رازيق said...

aku rasa kawan2 maya ini adakalanya lebih memahami. lately, aku rapat dengan kawan2 twitter. few juga dari blog. mereka terbaik.

Si Matatajam said...

Singgah lagi di hari Rabu..

MizzTina said...

xnk jmpa akak ke?? kwn maya gak ni kan.. :P

reenapple said...

aku hrap kawan2 maya yg aku knal skang ni, yg duk sok sek kat Fb dan blog kekal persahbtn sampai bila3.. ehehe

boni kacak said...

siapa tau mungkin dia adalah jodoh yang telah ditetapkan untuk awak. hehe :)

Detective Fiqa said...

wahh wahh. untunglahh. kalau df. err adelah jugak. hahaha:P btw . kite dh nak g dahh :)

kay_are said...

satu yang ko saje nak wat aku curious kat sini.. member tu laki ke pompuan?? tak dapat nak teka weh @.@

Cik Aini said...

kwn maya eh?
kwn maya ai suma yg kenal dlm blog je..kalo dlm Fb semuanya kbnyakan kwn d alam realiti..

jom Atil kita jumpa nk?kita realitikan yg maya ni..hahaha