dewan rakyat

Wednesday, October 31, 2012

Orang bercerita dan kita pendengar..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mula-mula sekali terharu dengan mama aryan sebab rajin komen entri aku yang lama-lama.. Bukan 2,3 entri je tapi lebih daripada tu.. Bukak dashboard tengok komen banyak-banyak, sengih-sengih aku sensorang.. Tima kacih banyak-banyak kak.. Terasa diri disayangi.. =P Jangan risau ofcourse aku sayang semua kawan blogger aku.. Tapi hari ni sayang akak lebih sikit.. Hari ni rasa nak diskriminasi sikit.. ^_____^

Semalam sorang kawan aku mesej..

'Atil, nak pinjam patrik kejap.'

Bila baca mesej tu mula buat aku rasa ada aura kegelapan yang akan menyelubungi sebentar lagi.. Aku tahu mesti ada sesuatu terjadi kalau tak, takkan dia akan cakap macam tu kan.. Kawan aku mula bercerita apa yang terjadi.. Dan aku memang tahu kisah sebelum nya terkedu je baca mesej dia.. Nak cakap pun tak tahu macam mana.. So, aku hanya suruh dia bercerita apa yang terjadi dan aku rasa itu lebih perlu daripada nak baca nasihat aku yang aku tahu nanti sama je macam orang lain cakap..

Aku ni bukan orang yang pandai nak nasihat dan tegur orang pun.. Kalau ada orang yang cerita masalah sekali pun aku akan cakap benda yang sangat simple buat orang tu terfikir.. Kadang-kadang aku tegur orang pun dalam keadaan orang tu boleh menerima tanpa rasa hati sebab selalu sangat manusia ni main cakap je sampai tak fikir perasaan orang..

Satu nasihat yang sama tapi diucap oleh orang yang berbeza akan membuatkan pelbagai penerimaan.. Bukan semua orang sama kan cara dia terima nasihat.. Dan bukan semua orang boleh terima nasihat.. Dan lagi bukan semua pandai bagi nasihat.. Tapi tak bermakna kita tak payah bagi nasihat tapi kena cara yang betul.. Betul kan.. 

Kadang-kadang orang yang bercerita masalah dia ni cuma mahu bercerita.. Lepas tu orang yang mendengar bagi nasihat macam-macam.. Selalunya orang yang bercerita tu ada set dalam fikiran dia skema jawapan untuk orang lain cakap bila dia bercerita.. Tapi, bila yang pendengar ni lari dari skema jawapan rasa geram pun ada.. Lagi-lagi bila pendengar ni bagi nasihat dengan cara yang sangat tak cool..

Kadang-kadang orang malas nak bercerita masalah sebab dah tahu skema jawapan yang diberi.. Contoh, sabarlah.. Takpun dia akan cakap jangan cakap sabar dah.. Tapi, memang itu pun jawapan yang boleh diberi oleh pendengar kan...

Hari tu, ada sorang kawan mintak tips dari aku.. Sedar tak sedar panjang berjela mesej aku bagi macam boleh buat entri.. Sebab aku tahu orang yang dilanda kesedihan ni macam mana.. Bukan sebab aku pernah rasa tapi aku yang selalu menjadi pendengar dan peneman setia.. 

Untuk bagi nasihat kat orang atau tenangkan orang bagi aku letakkan diri dalam orang tu dan kita tahu apa yang kita nak dengar kalau kita ada masalah tu.. Jangan hanya simpati tanpa ada arah tujuan.. kalau tak tahu cakap apa diam saja melainkan orang tu yang pinta nasihat tu..

Aku cakap ni atas dasar apa yang pernah aku lalui.. Tak banyak mana tapi dah berapa ramai orang menangis depan aku buat aku rasa belajar daripada setiap apa yang jadi depan mata.. 

Entah kenapa entri ni rasa suram.. Pasal apa entah.. =P

p/s:: ada kawan aku kata aku ni baik jadi kaunselor.. Walaupun aku tahu dia sedapkan hati aku je.. =P




36 comments:

kay_are said...

aku bace sampai habis entri ni tapi aku tak dapat jawapan yang aku nak cari sangat tu. Patrik tu mende?? alang2 thanx r sebab ko pun banyak tolong bagi nasihat kat aku kan ari tu.. betul2 leh try jadi kaunselor.. huu

Cik Nur said...

yup..kita serupa atil..!
Nur juga selalu menjadi pendengar yang setia suatu ketika dulu..

rata2 kawan akan cari nur.
bila bercerita tentang suka duka,
nur turut ketawa bersama..
menangis pun bersama <--dah mcm lirik lagu daa...!

Okay, sambung..!

sebab itu lama kelamaan kita boleh rasa apa masalah yg org citer pada kita, walaupun kita tak lalui, tapi pegalaman org tu buat mcm kita lalui.. kenapa, sebab bila kita mendengar, kita selalu bygkan bila kita di tempat org itu...!

Eh..panjang sudah..! atil faham x nur komen ape ni.ke lari tajuk..? hahahaha..tetibe tingin nak bebel panjang kat sini..heee...

Tapikan, sekarang ni..bila diri sendiri ade masalah, Nur susah sikit nak handle..huhuhuh..

pasni nak cari atil..hihihi

jangan marah ye atil.. :)

-meeSUPERGIRL- said...

cte mslh takpe .. kalau cte aib org totp telingaaa >.<

kiera'sakura said...

sama mcm Kay_Are patrik tue menda ape?

betol la klu kita menjadi pendengar nie jgn nk byk nasihat sgt kecuali bila dimintak klu tak nt tkut buat org yg meluahkan tue lagi sakit hati huuu

mama aryan said...

alamak..sayang akak lbh ye hari ni?? hihi...mmg nak baca blog semua kawan2 dr mula tp kena amik masa la sikit..
menjdi pendengar setia tu bagus juga..tapi akak suka org dgr cakap akak..hahaha eh tergelak besar la pulak..

FITRAH JAMIL said...

boleh la jadi kaunselor kan hee

Chic Na said...

kita boleh jd pendengar yg setia tp nak bagi nasihat tu agak tak pandai sgt. so jz bg kata2 semangat je. okla atil pandai bg nasihat. mesti ramai kawan ni. :)

Syaifuddin Alias said...

err..saya tak faham bila saya baca entri ni ..hehe.. takpe yang penting pendengar terbaik kita boleh jadi :D

Telor Power said...

hehehehe....kadang2 aku juga begitu. komen biasa2 jer

reenapple said...

aku selalunya kadi pendengar je.. nak bagi nasihat atau kata3 motivasi, memang tak lah sebab aku pun tunggang langgang gak.. =)

Domu-kon said...

saya jarang nak meluah masalah or apa2 la kat orang since i've lost my soulmate.. sbb normally org akan bg solution ikut dia punya mentaliti and don't put him'herself on our shoe.. so..atil kira pendengar bagus la tu.. dan ada ability dalam tunjukkn solution.. :)

tak semua org ada ability camtu..

Evagurl Izma said...

im still blur.. patrik?

Shafika Nabila said...

Patrik tu apa eh ? :D

Si Matatajam said...

Kak M pun suka jd pendengar yg setia..kalau rasa mampu baru bg nasihat..

boni kacak said...

sbb tu kalau kita nak luahkan perasaan kita kena cari orang yang betul2 mendengar. tak semua orang miliki sifat macam tu sebab setiap orang dilahirkan dengansifat yang berbeza. jadi jalan yang terbaik, utk meluahkan perasaan, kenal pasti dulu orang yang kita nak luahkan perasaan tu. takut nanti dapat jawapan dan nasihat yang menyakitkan hati

mirmashi94 said...

patrik tu patrick starfish ke? dalam spongebob sluar segi empat sama? lol ;D

sangat tak pandai nak bg reaksi kalau kawan menangis depan mata. huhu.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

kadang kita mendengar untuk tenangkan hati orang yang bercerita. :-)

cweet pinky said...

CP kalaw kawan perempuan CP plok jerr , hehehe !! CP boleh mendengar and memang tuh pown keje CP , and CP harap apa yang CP bwt tuh boleh tngkan dye cket , mayb CP tak pandai bg solution but jadik pendengar tuh quite ok and i really understand this entry , hehehe ! btw , u r a good friend , congrates to u

Detective Fiqa said...

hahaha samalah kak. kite sama. memang jadi pendengar setia masalah org :D

Encik H said...

patrick tu kawan spongebob kan? dia nak peluk2 patrick kot..

Encik H said...

sebenarnya tak ramai org boleh jadi pendengar yg baik..serius tak ramai..biasanya bila org bercerita, dia cuma nak kawan dia tu dengar..tak payah nasihatkan apa2 pun tak apa..kecuali bila dia sendiri mintak nasihat..

org yg bercerita ni, sebenarnya dia try nak jadi kuat..dia tau apa tu sabar, and dia sendiri tengah cuba bersabar..so bila dapat nasihat "sabar la" or "jangan la macam ni", dia kadang2 rasa macam tak selesa..sebab nasihat tu tak kena pada masa yg sepatutnya..

tu pendapat aku la..:D

haz said...

sape patrik tu? hee

haz pn same. slalunye haz la tmpt diorg ngadu. then bg nasiht untk tengkn hati diorg. tp kne pandai gune ayt gak. kalau tersilp ckp mmg padah. huhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak seorang pendengar yg setia hehehe

Azlan Strider said...

dapat tangkap sikit2 tapi perkataan yang tak dapat tangkap ialah patrik..apakah patrik itu??hehehe

Regards,
-Strider-

Jna marcello said...

PERHH HABES DA BACE..TP PATRIK TU APA?

Liselle MonCherie said...

Whoa! Yess kadang2 mmg semua org boleh ckp sabar,tp cbe bila dia dlm situasi kita,bila dgr org ckp sabar je ringan je tgn nk lekat kt muka XDD huhuhu

Sue PeLik said...

saya memang di cari. sebab saya memang kaunselor terlatih. huhuhuhu. masalah saya, saya cari awak leh tak??? huhuhu

widiea azira said...

tak dapat selesaikan masalah sekali pun. at least jadilah pendengar yang setia. kan.

widiea azira said...

tak dapat selesaikan masalah sekali pun. at least jadilah pendengar yang setia. kan.

Fendy said...

susah nk cari kawan yg betol2 faham situasi kita..

Mr.Clive said...

susah sbnrnya nak mendengar...skill yang kebanyakkan kita sgt sgt lemah... :)

hi cik hani!!!!!!!! :D

CekbOlat-bOlat said...

layak mohon jdi cikgu kaunseling bolat . bahahaha

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

salam jumaat atil...mama aryan rajin dok godek entry2 lama kan...hehe

Yana Libra said...

atil ade rase empati yg kuat mungkin?

Cik Aini said...

eh..
ai pendengar yg setia tau..kdg2 boleh jd penceramah bebas jugak..hahahaha
siap bleh nangis2 bersama woo sbb mghayati eh bukan2..sbb kita merasai..ha tu baru betul..

psst! meh la kalo Atil nk pnjm bahu ai...bleh je.hehehehe

Edy Fee said...

ahha edy tak suka sagat dengar mslh org ..sebab nnt serabut kepala...my problem pn dh byk.ehhe