dewan rakyat

Wednesday, October 17, 2012

keluarga..........

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ni bukan jenis senang suka, puji dan minat pada drama or filem yang aku tengok.. Nak suruh aku cakap best tu susah lah.. Tapi, kalau nak cakap tak best pun tak adalah cuma suam-suam kuku saja..  Lagi-lagi aku ni jenis malas betul nak ikuti drama bersiri.. Salah satu sebab ialah jalan cerita yang sama takpun aku takut episod last nanti aku tak dapat tengok.. So, jalan mudah semua drama bersiri aku tak ikut.. Nanti tak pasal-pasal dengar aku mengomel taknak tengok..

Sejak duduk rumah ni, adalah jugak tengok sikit-sikit drama bersiri.. Hari tu, cerita seram tv3 Waris yelah aku ikut... Sebab aku dah tengok dari Kekasih Ku Seru.. So, haruslah aku tengok sekuel dia kan.. drama bersiri lain aku tak ikut, cuma tengok kadang-kadang je.. Kalau korang cakap pasal citer indon jangan harap lah aku tengok.. Awal-awal aku reject.. Episod last tak pe.. =P

Tapi, satu hari aku tengok drama ni kat astro.. Drama lain dari lain.. Tak  pernah aku tengok drama macam ni kat Malaysia.. Lagi-lagi cerita melayu.. Walaupun tak ada unsur cinta, aksi or apapun.. Drama ni still menarik bagi aku.. Sia-sia aku ajak mak aku tengok pun suka.. Aku cerita kat kakak aku pasal drama ni pun dia suka walaupun kat rumah dia tak ada astro, sanggup dia tengok tiap-tiap minggu di Youtube..

Kalau korang jenis peminat cerita cintan-cintun, nangis-nangis atau thriller maybe drama ni bukan pilihan korang.. Tapi, kalau korang nak tengok cerita santai, happy, family dan bersangkut-paut dengan dunia realiti korang drama ni amatlah sesuai..

Drama yang aku sebut-sebut dari tadi ialah Keluarga Iskandar.. Mungkin ramai dah tengok dan dah habis pun cerita ni kat astro walaupun aku tahu akan ada ulangan dan macam ada sambungan.. Sesiapa rasa susah sangat nak tengok cerita ni kat astro bolehlah tonton di Youtube.. dari episod 1 sampai latest ada rasanya.. Sebab relaks je akak aku tengok dekat situ..

Google
Drama ni mengisahkan Mak Jah dan 6 orang anaknya.. Abang Long, Abang Ngah, Kak Teh, Uda, Alan dan Ucu.. Anak-anaknya semua dah kawin kecuali Ucu yang still belajar.. Tengok drama ni memang terbayang family sendiri walaupun taklah sama.. Macam mana psiko mak dorang dan betapa havoc nya adik-beradik dorang.. Kadang-kadang aku rasa macam tengok mak aku dalam tv.. =P Aku suka giler watak Ucu sebab pandai dia manipulasi sesuatu dalam gaya bersahaja.. Agak-agak aku macam tu ke??

Drama ni lain sebab macam dokumentari sikit tak macam drama biasa yang nampak macam berlakon.. Dan kadang-kadang rasa macam dorang ni memang real family.. Hebat ke tidak?? Sebab selama ni aku tengok drama lain aku tahu dorang berlakon dan tak macam real.. Tapi drama ni memang semua macam erat je hubungan.. So, drama ni berjaya menipu aku dengan lakonan dorang..

Drama ni kalau korang nak rasa nilai-nilai kekeluargaan, konflik keluarga yang tak berapa dalam dan santai gitu.. Setiap keluarga ada kisah masing-masing.. Dan tag line drama ni.. Hmmm,, aku lupa pulak... Keluarga segalanya kot.. =P

Ni baru betul aku review citer..

p/s:: siapa ingat mimo?? hamster tuh.. dia dah mati.. sekian..

23 comments:

Cik Nur said...

Dah habis dah semalam..!
kalau ada sambungan tahun depan, nur antara beribu2 org yg akan menonton..

keluarga iskandar memang best..!
santai dan seronok..!

xsangka atil pun ikut juga ye.. :)

Cik Nur said...

uikss...lupa nk tnya, mimo mati kenapa..?

Chic Na said...

alaa tak ikut citer ni. macam best je.

mama aryan said...

akak tak ikut citer nih..penah tgk sekali je..

Detective Fiqa said...

mimo? dah mati ?

btw sy tak de astroo~~ =="

Domu-kon said...

tau cerita tu..dah pernh tgok skali je..hehhe..tapi suka azhr sulaiman dlm citer tu..penakut api..

CekbOlat-bOlat said...

bolat smenjak cuti sem ni mmg akrab dgn tv . bolat tgok yg ulangan je skrg . tpi keluarga iskandar ni mmg relaks . lawak pun bleh than jgk . sesuai tnton dgn family . babah bolat yg ganas tu pun setia dgn drama ni wlaupun dh ulangan .

fenomena . kehkeh

kay_are said...

best ke cite tu? memang ade kat astro pun cume maybe sebab aku not so into cite2 bentuk humor ni tambah2 melayu yang bese lawak di buat2, aku tak tengok pun lagi cite tu.. huu

Iffah Afeefah said...

ermm tula ramai da sebut2 sal keluarga iskandar

xde ksmpatan nk tgk

Yana Libra said...

nampak macam best, tp pening tengok kamera gerak2..huhu~

kiera'sakura said...

nanti nk cuba cari la ramai yg kte cite nie best..

sama mcm saya tak suka layan drama bersiri cuma tgk klu minggu akhir.. haaa rajin la menempek kt depan tibi tue hihihihi

takziah untuk kematian mimo

inche hlovate said...

hahaha suka gak tengok cerita keluarga iskandar ni.. sya tak suka tengok cerita yg sedih2 ni..

Syaifuddin Alias said...

saya tak suka cerita sedih

hainom OKje said...

Betul tu Hani.....OKje tak pernah mis tengok cite ni dari awal sampai habis! BEST! 5 bintang!

shar90 said...

igat xbest citer tu... hehee xD

Inspektor Azim said...


tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek :)


Tak Mungkin Benar

Jna marcello said...

aikk tbe2 rasa nk tgk jugakk ;))) kat rumah tu ade astro tp mmg da kongker xabes master chef siang mlm pg ptg..tp jarang pulak mak masak hahahaha tu confused ape muslihat mak saya tgk cerita master chef tu ;))

Emma said...

dlu time cuti sem, layan gak citer ni, tapi skang dh balik kampus, dh xdpt layan lah citer ni.. huhu.. tapi, citer ni mmg best.. :)

TiranaAduka said...

salam hani.
Tirana aduka surender bab ni..adoi.

Salam kenal..

Telor Power said...

dak opis aku ada gak cakap pasal citer ni dulu...

memandangkan aku tiada astro...jadi aku ikut saranan ko sis tgk kat "tiub awak" tu...

kena cari wifi nih

Azlan Strider said...

ramai gak orang kata drama nie best..sy tak pernah tgk satu episod jer..tapi tengok iklan dia memang nmpak cam best..hehehe

Regards,
-Strider-

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

keluarga iskandar dh tamat kan...akak pun suka cita ni sbb di cita bab kekeluargaan yg mcm real sgt2 kan :)

Cik Aini said...

eh2..
kita pun tgk tau cite keluarga iskandar tuh..mmg layan lah cite tu..tiap mggu ada sj kisah ank2 dia,yg paling best masa Mak Jah tdur mimpi siap ngilai2 tu..pnya ai gelak besar tgk ank dia Adibah tu..kalo ai pun seram mcm tu.hahaha