dewan rakyat

Thursday, October 4, 2012

..Dia...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah beberapa hari fikir nak buat entri apa.. Hmm.. Tapi tak dapat idea jugak.. Disebabkan hari tu aku nak tulis entri khas untuk kawan aku punya birthday yang lepas-lepas tu... Aku decide aku tulis entri tulah walaupun sebenarnya dia tak tahu pun kewujudan blog ni pun.. Anggap hadiah untuk dia.. wakaka..

Dia kawan sekolah aku.. Hmm,, masa sekolah tak pernah pun tegur rasanya.. Entahlah aku tak pasti.. Tapi aku kenal lah dia.. Cuma tak bertegur sapa pun.. Mungkin sebab tak pernah sama kelas dan tak ada hal penting so tak adalah aku nak sembang bagai..

Habis sekolah, dia sms aku rasanya.. Banyak kali aku tanya siapa tak nak jawab.. Aku syak kawan sekolah sebab kawan sekolah je suka pekena aku bukan-bukan.. Dapat mesej dia mang kelaka la.. Kelakar sebab merepek-repek apa entah.. Sampai sekarang sah-sah jadi bahan aku kenakan dia... Aku tanya kawan aku yang lain no siapa.. Tak ada nya kawan aku tu nak jawab.. Boleh pulak dia jawab,

"No komen."

Ingat retis ke nak jawab macam tu.. Aku tanya no je pun.. Disebabkan dia taknak jawab aku cari sumber lain.. Sumber lain bagitahu aku siapa gerangan no tuh.. Masa aku tahu no siapa memang aku gelak sakan kat dia.. Dah nak kenakan aku.. Bajet buat ayat ngorat.. Mana lah aku tak gelak bila tahu siapa dia.. Lagi satu, kawan yang cakap no komen tu kawan baik dia yang telah diberi amaran jangan bagitahu dia siapa.. Dia tak tahu aku spy yang hebat.. =P

Lepas tu, kami contact lah sekali-sekala.. Tapi, habis matrik aku tak tahu dah apa jadi kat dia.. Loss contact macam tu je.. Lagipun aku tukar no.. Eh2, bukan aku pakai 2 no tapi no lain yang aktif..

Bila zaman facebook memuncak masa tu aku jumpa dia balik. And then, dia dapat no aku balik.. Tapi taklah contact selalu.. Dia ada life aku pun ada life sendiri.. Walaupun tak contact selalu yang syok nya macam-macam benda dia bagi aku.. Bukan aku kawan baik sangat dia kan.. Dia bagi aku domo masa besday aku.. Sanggup pos ke Terangganu.. Bagi aku itu-ini.. Dan last sekali waktu raya aritu anta kad raya.. Ingat kawan aku lagi sorang sebab ada duit raya.. Sekali dia da.. bagi pulak duit Thai.. Kira lain dari lain kan.. =)

oh, yeah!! saya domo..
Tapi, aku paling ingat masa kawan dengan dia ialah ada suatu masa.. Aku hantar mesej dia tak balas.. Aku ingatkan busy ke apa ka.. Sampailah dia call aku kata aku tak balas mesej dia.. Rupa-rupanya mesej dia tak boleh sampai.. Aku penat search dalam nset kot-kot aku block ke apa.. Tapi, tak jumpa..

Dah berbulan-bulan sejak bulan 12 tahun lepas sampailah bulan 7 or 8 aritu.. Ingatkan ada orang sabotaj ke apa.. Mulalah buat spekulasi sendiri.. Rupa-rupanya memang aku yang lock dia.. Aku tak pandai nak godek-godek nest rupanya.. Ahaks!!

Untuk ko kawan aku.. Sorry lah block ko tak sengaja weyh.. Aku tak expert nset aku sendiri.. Lama pulak tu aku block ko kan.. Anyway, ni lah hadiah hari jadi yang aku mampu bagi.. Tima kacih bagi aku macam-macam.. Nak bagi lagi masa next besday pun boleh.. (^.^)

p/s:: lepas publish ni laju-laju aku bagitahu dia kewujudan blog ni.. woooo~~

25 comments:

Everything's Everythings said...

Wahhh duit Thai eh? special juga tu kan? xD
Ap2 pun happy birthday utk dia ^^

Chic Na said...

sweetnya dia bagi hadiah macam2. best kan ada kawan baik. moga persahabatan korang will last forever. :)

Iffah Afeefah said...

hahaha tggu kedatangan dia la nmpaknye kami sume ni heeee

hainom OKje said...

Boboy eh Hani.... mula-mula kawan...lama-lama suami...he...he..OKje doakan yg terbaik untuk Hani!

Detective Fiqa said...

waaa domoo. hehehe untunglahh~~ hehee

Edy Fee said...

wah ade org cuba ngorat....pewwit
header bru ke

Miz Pineapple said...

trick nk tackle tuu..hehe..kiutnya domo~kun..XD

~Cik Sweety~ said...

hehehhe..geli hatii..

Domu-kon said...

hacchhuummmm..!!! huk2..sape tu yer.. haachhummmm-->sambung balik bersin..

Cik Nur said...

baiknya kawan tu..sian dia atil block dia.. agak apa yg dia fikirkan ketika itu.. :)

lepakk.com said...

Hahaha mcmana boleh block pulak...

Iznie said...

tunggu dia juga...hehe


:D

salam ukhuwah....

mama aryan said...

ehemm..sapa kawan tu??hehe.. semoga persahabatan tu berkekalan insyaAllah

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

siapakah dia? meh arr kasi gambar..nk tgk wajah beliau.. hehe

Aziela said...

Pada tilikan akak yg dah senior nie, ada ciri2 melebihi sahabat nie. Jangan segan, jangan ego yer, for both of u. Oh, happy birthday for si dia tu.

zera eira said...

ehem ehem ehem. haa, siapa tu? pewittt~

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah siapakah gerangan dia tuh hehehhe

cik Oren said...

ehem2..macam kenal je sape tohh

Cik Aini said...

bestnya..
mmg best kalo dpt mcm tu kan..
hrp2 berpanjangan selamanya eh :)

psst!ehem2 ke dia tu :)ececece
malu2 la tu ;p

kiera'sakura said...

pernah dapat sekali ank patung dari kakak. wlaupun kaki dia dah ptus tetap simpan. hihihi

Syaifuddin Alias said...

comel domo tu tau :D
saya lagi comel dari domo :P

Miss Volvo said...

domodomodomo

eh mana blh anggap hadiah klu kwn tu tak tau kewujudan blog ni haha

kay_are said...

laki ke pompuan? laki ke pompuan? laki ke pompuan? main cover2 jantina r pulak.. mesti laki nye r ni.. waah. (0.0)

piko ija said...

nk jugak ank ptung tu..hihi

Yana Libra said...

ehem ehem..laki ke perempuan tu~~