dewan rakyat

Monday, October 22, 2012

cengkerang...

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap kali aku tengok stesen minyak ni mesti nak tergelak.. Apatah lagi kalau lalu stesen ni kan.. Mesti teringat je.. Agak-agak korang dapat teka tak stesen minyak apa daripada tajuk yang aku letak??

Cerita nya bermula begini...... (ada effect angin bertiup kat situ)

Masa tu aku sorang je tinggal kat umah sewa untuk beberapa hari disebabkan projek aku yang dah mula daripada housemates lain.. Beberapa hari lepas tu, kawan aku balik.. Biarlah aku namakan dia c_comey sebab dia sendiri yang save no dia dalam fon aku dan letak nama ni.. So, biar jelah kan... Kami bosan duduk rumah sewa sebab tak ada buat apa so dia ajak lah aku jenjalan naik motor.. Aku malas nak bawa kereta bawang ungu walaupun dia tinggalkan untuk aku guna.. Masa ni lah nak jenjalan dengan c_comey naik motor.. Padahal selalu je aku tumpang dia.. =P

Hajat hati nak pergi bandar kuala terengganu tapi sebelum tu c_comey nak singgah kedai keropok lekor dulu.. Kedai keropok lekor yang pertama kali aku jumpa nak order guna sistem nombor macam dekat bank or pejabat pos.. Tapi, kami nak beli keropok dah goreng tak payah lah amik nombor.. Cuma sesiapa yang nak beli yang tak goreng wajar lah amik nombor melainkan korang tempah siap-siap macam selalu aku buat..

Disebabkan minyak motor c_comey tak berapa nak ada, dalam perjalanan nak pergi kedai tu jumpalah stesen minyak ni.. Nampak macam baru buka tapi ada sebuah je kereta kat pump minyak tuh.. Kedai dalam stesen minyak tu nampak dah buka je.. C_comey membelokkan motor nya masuk simpang stesen tu walaupun aku tengok dua-dua jalan nak masuk dan keluar kena hadang dengan barrier atau halangan yang macam empat segi tuh.. Kalau kereta confirm tak boleh masuk tapi dah motor.. Selit-selit lepas jugak..

Bila dah berenti dekat pump minyak tu, c_comey suruh aku pergi bayar kat dalam kedai tuh.. Aku pun pergi lah.. Sementara tu, lelaki empunya kereta yang ada sebuah je kat pump minyak tu datang sembang dengan c_comey.. Aku jalan nak menapak masuk kedai tapi dari luar aku tengok dua pekerja perempuan dalam kedai tersengih-sengih tengok aku.. Aku pun pelik lah.. Aku salah pakai ke?? Ada yang tak kena ke?? Aku buat salah ke?? Takpun sebab aku pakai helmet tak tanggal lagi ke?? So, cepat-cepat aku tanggal helmet.. Tapi, yang pelik lagi ialah lama pulak lelaki tu sembang dengan  c_comey dan c_comey pun panggil aku suruh patah balik..

Masa aku dah pergi kat motor tu, barulah lelaki tu cakap,

"Dik, stesen minyak ni bukak minggu depan."

Kami pun apa lagi cepat-cepat naik motor terus pergi dari situ.. Ceittt.. Yang lelaki tu punya panjang mukadimah dengan c_comey baru nak cakap.. Aishhh..

Sampai sudah kami tak pernah pergi pun stesen minyak tuh.. Cuma kalau lalu memang tergelak bila teringat.. ^_^

Aku dan c_comey dalam kegilaan.. Ada seram tak muka aku??


24 comments:

Cik Nur said...

laa...nape tak pergi hari pbukaan stensen minyak tu..?

Malu eh..?hihihihi...

tapi , kalau nur pun , smpai sudah kot tak singgah..hihiihih...

Cik Nur said...

atill...agak2 lalu dekat stensen minyk cengkerang, pasti terimbaukan kenangan ni..kikikiki

CekbOlat-bOlat said...

hhahaha . rasmi stesen minyak ye . silap tak suruh ambik gunting nak ptong reben :D

zera eira said...

pehhh! alaa cakap je, saya datang melawat je ni. hahaha

Chic Na said...

haha.. malunya. diorang ni pun saje je kan, bukannya nak tulis besar2 stesen minyak belum bukak. at least ada kenangan kat situ. :)

kay_are said...

cakap r ko nak mintak keje kat situ.. cengkerang = shell? teringat stesen shell kat slim yang cukup epic tu..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

kalau cengkerang..dah tentu shell...

haha.. kalo moon pon malu gak...

tapi...apa tuan empunya tu buat kat situ? ntah2 dia pon terkena cam korang tak.. termalu sendiri..nak isi minyak jugak.. rupanya xbuka lg..ngeee

kiera'sakura said...

hahahahahaha ok maaf gelak kejap hiihihhii.. ntah2 pekerja kedai tue mark awak ngn kawan awak. bila nmpk je motor korg

"haaaaa dorg la yg dtg masa kdai tak bukak lagi tue" hihihihihi, gurau je ;)

Syaifuddin Alias said...

hehe .. eh jap, gambar awak tu macam ada orang ketiga je belakang awak..errr...


gurau je :D

Kesuma Angsana said...

ha ha ha

Azlan Strider said...

hahaha..minggu depan??lama lagi tuh..nasib baik mintak motor tak abis tengah jalan..hehe..btw, kete yg ade tu mesti kete owner stesen minyak tu kan??hehehe

Regards,
-Strider-

Si Matatajam said...

Ha ha..M siap dok gelak sambil taip komen ni...stesen Shell kan..

Detective Fiqa said...

takk ponn seram. comell adelah hehehe

Encik H said...

err..seram..kot..hahaha

Dezee said...

Yang kat belakang tu siapa?Dia lagi seram.. XS

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hahahaha......len kali pasang la banner beso2 stesen minyak belum dibuka kihkihkih

Jna marcello said...

wkkkwkwwkwkkwkwwk
sumpah ni lawak!! klau nk jd 1st customer pun tggu laa opening dlu kakak hahahahha *klakar laa awk ni ;D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

hehehe..mesti shell kan :-)
pelanggan yang bagus ni. tak buka dah mai nak isi minyak :-)

Hami Asraff said...

:)

TiranaAduka said...

kirim salam pd c_comey tu..tau!

hainom OKje said...

First customer tu..... ada ong lah Hani...he...he..

mama aryan said...

haha..tipah tertipu ye..patut letak je banner bgtau tarikh buka stesen tu kan

Shasha Yacob said...

haha, alala kenapa lah xcaver je.

QA's ~ mamapapa said...

ahahahah!!!!lucu btulla u ollssss ni..tp mesti u olllsss tak boleh tgk stesyen myk tu kn..sure tak boleh brhenti gelaknya ,kehkeheke!!!