dewan rakyat

Monday, October 15, 2012

Bangunan itu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Disebabkan entri hari tu ramai yang ingat aku buat review citer tu.. Aku dah lama tak tengok movie baru pun.. Agak-agak rumah ni dekat dengan wayang takpelah jugak kan.. Cuma ada bangunan bekas panggung wayang yang sudah dijadikan supermarket adalah.. So, kalau aku buat review pun maybe pasal drama kat tv.. Padahal aku dah tengok Taken 2, Hotel Transylvania, movie apa entah lagi atas dasar download..  =P


Ramai pulak tanya pasal GM tu kan.. Aku tak ada benda nak cerita pada hari Isnin yang permai lagi sejuk sebab dari pagi sampai petang hujan + mendung saja dan mak aku dah pergi rombongan rakaman Tanyalah Ustaz dekat Sri Pentas jadi molek lah kiranya aku cerita pasal tu..


Ada yang tanya apa tu GM.. Aku pun tak dapat nak jawab.. Sebab memang besar-besar dia tulis GM Klang je pun.. Kalau tanya area mana.. Area Bukit Tinggi.. Berdekatan pun AEON Bukit Tinggi.. Aku pun tahu jalan pergi situ sebab dekat dengan rumah kakak.. Kalau naik highway dari rumah kak aku pandai lah.. Kalau tak, jangan harap aku tahu..

Dulu-dulu, GM ni macam sederat je.. Ada bahagian dia masing-masing.. Ada beberapa blok lain-lain warna.. Aku datang GM yang lama tu dari mula dia buka sampailah lah dah tak berapa banyak kedai.. Tapi, bukan selalu pun aku beli barang.. Banyaknya teman mak aku je cari barang dia.. Selainnya cuma cuci mata saja..

Google
Lepas tu, GM yang baru ni yang bertingkat-tingkat tu dibina sebelah bangunan lama je pun.. Dengar cerita GM lama ni nanti dirobohkan, nak buat car park.. Macam rugi je kan..

GM baru ni ada 4 tingkat tak termasuk car park, kalau tak silap.. Bawah sekali ada food court yang tak banyak lagi kedai buka.. Aku dah pergi 2 kali termasuk yang hari tu.. Kiranya, aku dah masuk situ dari tak berapa banyak kedai sampailah hari tu, majoriti kedai dah buka..

Kalau tanya apa jual kat situ.. Macam cik nur cakap bukan barang perempuan je.. Bagi aku siapa nak shopping kat sini kena beli borong ataupun satu barang lebih dari 2 baru dapat murah.. Kalau tak sama saja harga dia dengan tempat lain.. Mungkin sebab tu aku jarang beli barang kat sini except mak aku sebab mak aku berniaga sikit.. Untuk orang berniaga ok lah sangat.. Gadget2 pun ada.. Barang-barang bayi ada.. Sampai aku tak tahu barang apa pun ada.. Lagi-lagi aku tengok patung yang tak pakai baju berderet-deret..

Tapi, yang penting penat pusing satu tempat tu.. Lagi-lagi sekarang dah macam mall kan.. Ada lorong-lorong punya banyak untuk kedai-kedai yang tak berapa besar.. Banyaklah kedai dalam tu.. Aku berjaya rembat beg saja yang dikongsi bersama kakak aku sebab satu beg harga biasa.. Dua beg RM 40.. Lagi-lagi memang aku nak pun beg macam tu.. Tapi, kalau jalan tengah aku tak ada mood langsung nak shopping or memang tak ada duit pandang sebelah mata pun aku tak heran.. =P

p/s:: khusyuk2 tulis entri, tiba-tiba iklan movie untuk tiga hari kat tv.. LOL~~

28 comments:

Azlan Strider said...

owh..kira macam tempat pemborong laa nie..rasanya kat chow kit ade satu banguna nama plaza GM..maybe satu kompeni kot..hehehe

Regards,
-Strider-

KorN said...

aku rase mcm pernah pergi kat sini.. tp aku dok penang.. tp mcm mane lak aku rse mcm penah pgi? ish ish ish.. musykil ni...

Cik Nur said...

hari tu pergi, cik nur berkenan sarung kusyen untuk kereta.. memandangkan nak cepat, xjadi tukar..harga pun berpatutan sgt. :)

ingat kalau g umah makcik lagi, ingat nak g la GM..tapi susah la pulak nak cari kedai apek tu..

umah mkcik cik nur, kat bandar putra.. pakcik lah kat shah alam.. perumahan baru..

TiranaAduka said...

salam

Barulah ta tau.
Nice kongsi info. By the way.. Maaf TA SINGGAH PETANG DISINI.

Encik H said...

yeahh..baru jer tengok Untuk Tiga Hari..tengok online..hahaha

p/s: GM tu apa? General Market ke?

aku HaniAsyira said...

Encik H:: sudah diberitahu.. tak tahu apa itu GM.. aiyokkk

aku HaniAsyira said...

cik nur:: boleh lah kita jumpa kat sana je.. kalau arah sana selalu lah g..

Sue PeLik said...

esok nak g shopping jgk laaa!!!! hihihihi

hainom OKje said...

Sebelum tgk gambau tu...OKje igt apalah GM ni...rupanya shopping complex.... kat ne ni Hani...

Jna marcello said...

mestii ramai org kan??? cerita utk 3hari tu best x?

aku HaniAsyira said...

hainom Ok je:: area klang dekat dgn shah alam kak..

jna:: tak tgk lagi citer untuk 3hari tuh.. =)

Chic Na said...

boleh sesat kot pegi situ kan. cam besar je.

Shasha Yacob said...

dah maju tempat tu, tu la nak kena round2 .

Domu-kon said...

ada gaya jadi promoter nie..pe kata atil review tmpat mnerik kat Perak..hehehe

Iffah Afeefah said...

mmg lame da teringin nk menyakan kat gm tu

lom de ksmpatan

zera eira said...

baru tahu pasal GM. ta kesah la kat mana pon, yg penting, kita shopping! hahaha!

Si Matatajam said...

Katanya, kalau borong aksesori wanita kat sini mmg best..murah kan.,

CekbOlat-bOlat said...

weww . rmai buat review tmpat mereka pergi . tpi Kedah takde tmpat best pun . haihh

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

owwhhh kat mall ni..byk jual borong2 ke?

Detective Fiqa said...

Ohhh gituu

Dezee said...

Heihei..rasa mamcam tgh wiki pasal GM Mall je..Klang jauh..xleh pergi.XD

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

besar gak GM tu kan

kiera'sakura said...

kalau kat ipoh GM tue stand for Greentown Mall. klu kat klang tue tatau la pulak kenamanya hihihihi

mama aryan said...

akak penah pg sekali je..walapon lalu sebelah GM tu berkali-kali..hehe

kay_are said...

owh.. dekat area bukit tinggi ke.. patut r aku tak pernah nampak.. jarang sangat aku g sane.. jammed!

Yana Libra said...

oooo..cam menariklah~

Inspektor Azim said...


tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek :)


Tak Mungkin Benar

TiranaAduka said...

meneliti komen2 disini bolehkan?