dewan rakyat

Tuesday, September 4, 2012

duit raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa yang tak nak duit raya kan.. Sampai sekarang aku nak lagi kalau orang bagi.. Tak adalah sampai terhegeh-hegeh nak mintak melainkan kakak atas aku.. Hahaha.. Bila cerita pasal duit raya ni teringat masa kecil-kecil dulu.. zaman aku sekolah rendah sewaktu aku tinggal dalam kawasan kampung lagi..

Waktu tu best betul.. Aidilfitri or aidiladha sama je meriah nya.. Sia-sialah aku cakap kat family aku taknak balik kampung sebab nak raya situ.. Almaklumlah kawan pun ramai.. Tapi tak ada nya mak aku bagi.. Sah-sah balik kampung jugak tapi raya kedua mesti ada rumah dah..

Disebabkan aku beraya masa hari raya kedua, so aku tak ada geng nak beraya sama.. Tapi, aku angkut jugak sorang kawan aku tu pergi jalan rumah orang.. Masa tu aku tak kisah sangat duit raya.. Dapat itu rezeki lah.. Kalau tak dapat dah nasib.. Yang pasti aku suka bertandang rumah orang sambil makan macam-macam.. Raya kedua sah-sah makanan still best kan.. ada rumah bagi RM 1, 50 sen, dan ada yang tak bagi pun.. Tapi aku tak kisah .. Kepuasan beraya tu lagi aku suka.. Lagi-lagi nak bergaya tunjuk baju raya baru.. Itu pun penting jugak..

Bila aku beraya masuk kampung yang ada ramai kawan aku, mereka pun join aku sekali walaupun sebenarnya mereka dah beraya masa hari raya pertama.. Konon-kononnya teman aku lah kan.. Dapat makan lagi.. Nyum..nyum..

Apabila aku dah beraya rumah kawan aku yang duduk hujung kampung sekali, kami nak balik lah.. On the way nak balik, ada opah panggil kami ajak datang rumah dia.. Rumah dia, hmmmm,, usang sangat.. 100% papan.. Opah tu pun dah uzur sangat.. Tapi sebab hormat dia kami naik jugak rumah tu.. Opah bersusah-payah hidang kan kami kuih raya dengan air kopi kalau tak silap.. Walaupun kuih raya dalam tin je, kami makan jugaklah.. Dah orang hidang.. Sembang-sembang kejap, kami pun minta diri nak balik.. Tapi, dia suruh kami tunggu..

"Kejap eih, opah ada benda nak bagi."

Dia susah payah amik tin milo or susu kot (aku dah lupa tin apa), dia buka dan keluarkan syiling yang ada dalam tu..

"Ini je opah bagi mampu kat kome," opah tu hulur kami setiap sorang 20 sen.. Aku dapat 25 sen.. Up sikit.. Lagi best ada duit Singapore..

Rasa-rasa apa perasaan korang lepas tu.. Mesti terharu kan.. Sampaikan satu family aku tahu cerita ni.. So, setiap kali anak saudara aku ungkit pasal duit raya, mang inilah bahan cerita aku bagi.. Aku je dalam family yang merasa semua ni.. Kakak dengan abang aku pun tak merasa.. So, memang nak kena lah anak saudara aku yang merengek kalau tak dapat duit raya.. Huh!!

Entry ni aku buat sebab hari tu masa beraya ke Kajang, anak saudara aku yang darjah 5 dan 6 tak dapat duit raya.. Yang darjah 5 tu mengamuk sakan lah sebab adik dia dapat.. Siapa suruh pakai bergaya sangat mengalahkan mak saudara dia.. Aku pakai t-shirt je.. Dan lagi stress bila dia dianggap menantu dalam family kami masa beraya tu.. Padan muka!! Cepat sangat membesar.. Maknanya dia nampak lagi tua dari aku dan kakak aku.. Wakakaka..

p/s:: aku tak ingat kisah ni masa adilfitri or aidiladha.. banyak kali sangat beraya.. ;P

19 comments:

Detective Fiqa said...

wahhh :p untunglahh dapat duitt rayee hahaha :p kite pun hehehe

Chic Na said...

terharunya kisah opah tu. ms kecik2 dulu seronok raya sbb dpt merayau ngan kawan2, takdela semata2 nak duit raya. budak skrg dpt singgit pun mengomel je.

Azlan Strider said...

wah..untung laa...kalau macam i ini dah tak boleh collect duit raya..kena bagi lagi ade laa..hehehe

Regards,
-Strider-

Cik Aini said...

kesiannya..rs mcm x gamak lak nk ambik tp kang nti opah tu kecik hati lak kan ..
zmn skrg suma bg duit ringgit dh..plg ckit pun rm1 tu pun merungut lagi =)

mama aryan said...

akak dulu penah dapat 5sen je,kawan2 lain dpt 20sen,sebabnya masa tiba kat akak makcik yg nak bg duit raya tu tetiba sakit perut,terus dia bg 5sen je kat akak..dlm hati bengang je ngan makcik tu,xde waktu lain ke nak sakit perut ..hehe

elyna mirsada said...

dak zmn skg da xknl duit sen2 ni..hehe

Cik Nur said...

terharunya kisah opah tu.. baik betul opah tu kan, nampak keikhlasan diakan...

untunglah dapat duit raya..hihihi

Ejam Ejam said...

bila dah besau. turn kite plak bagi budak2. ehehe...
kan? :)

boni kacak said...

awak buat saya rasa sedih dengan kisah opah tu..walaupun dia susah macam tu, dia tetap bagi duit raya. dan dia panggil awak beraya sebab dia juga nak merasa suasana raya tu.. mesti sedih kisah hidup opah tu.. kalau dia masih hidup, saya teringin nak jumpa dia..

Domu-kon said...

dah lupa tentang duit raya..sebab masa kecik2..mak kita cakap..kita jenis tak peduli sngt duit raya.. dah besar2..nyesal tak sudah..hehehe

reenapple said...

hahaha.. duit raya makin bertambah umur semakin sedikit jumlahnya.. =P

Shahril Nasir said...

hehe..untungla dpt dripada x dpt teroz...tapi seingt2 dalca..lgi tinggi umur lagi bertambah jumlahnya..serius!

kay_are said...

ingat ko nak cite pasal dapat duit raye.. langsung takde =__= mase kecik2 dulu.. memang aku serbu je umah sape pun.. sekarang ni tak r sebab dah tau malu =P

Cho Zila said...

kecik2 memang tak sempat nak kutip duit raya sebab rumah tok akak sentiasa penuh ngan orang .. so tak leh raya kat rumah orang... cuma pagi raya pertamajer leh jalan tupun rumah tok guru ngajijer... ngan jiran sebelah nyebelah.. lepaihtu kena singsing lengan basuh pinggan, buat air... penat giler..
kadang2 dapat gak duit raya orang datang.. yang penting lepaihtu tok bagi duit...

cweet pinky said...

sedehnya , kalaw CP maw CP yang hulur duet kat nenek tu .. sian dye ,,

cik nana said...

same la dulu arwah nenek pun kalau nak bagi duit mesti amik dlm bekas tin dia. huu T_T

MizzTina said...

akak dh 27, msh dpt duit raya.. caye x?? sbb org tu kata, akak kecik sgt.. nt awk dh keje, awk lak bg duit raya..

Edy Fee said...

wah lama ak tengok org bg duit aye posen2..nostalgia gle

Yana Libra said...

sebak kejap baca pasal opah tu..walaupun dia susah, still bagi duit raya..

masa jalan raya, jangan semata2 nak dpt duit raya je kan..niat ziarah menziarahi tu lg penting~ :)