dewan rakyat

Wednesday, September 26, 2012

Carca-marba

Bismillahirrahmanirrahim..

Rabu ( 19/09/2012)

Aku tengah ada kat dapur. Sibuk nak pikir masak apa.. Kat luar hujan lebat.. Tiba-tiba bunyi petir yang kuat beserta kilat.. Serta-merta rumah jadi gelap.. Sah-sah, suis jatuh lah tuh.. Dan ayah aku cakap,

"Moderm terbakar.. CPU pun terbakar." (ayah aku lah still guna komputer and internet walaupun tahu dah hujan)

Dalam hati.. Adoi, berapa lama lah aku tak ada internet nanti. Dan iya, cukup-cukup tujuh hari aku tak melawat laman sesawang sampai termimpi-mimpi.. Apbila hidup dah biasa ada internet. Macam nilah jadi.. Ish2..

Khamis (20/09/2012)

Setelah sekian lama rancangan tertangguh, aku berjaya menjejakkan kaki ke rumah kawan aku yang nak ke Mesir yang aku cerita entry-entry lepas.. Berjaya menjejakkan kaki ke Taiping setelah lama tak datang.. Terkejut tengok dah ada fly over depan rumah kawan..

Setelah kempunan hari itu tak dapat makan laksa kuala kangsar.. Aku paksa mak aku singgah kedai yang selalu aku pergi dulu.. Dan hilanglah kempunan aku.. Nyum.. nyum..

Setelah lama aku tak datang sini, ayah bawa aku pusing-pusing satu bandar melepaskan rindu.. Sini lah tempat yang selalu aku datang dulu-dulu.. =)

Sabtu (22/09/2012)

Hari ini hari jadi kawan aku.. Dia dah tuntut hadiah sekali dengan hadiah konvo.. Mana entah aku nak cari hadiah untuk dia nanti.. Selamat dia jauh.. Hahaha..

Hari ini juga ada jamuan hari raya untuk bekas pelajar dan guru sekolah tempat ayah aku ajar dulu.. Walaupun musykil jamuan hari raya lepas raya.. Tapi disebabkan jamuan makan aku ikut jugak.. Kalau orang dah ajak makan jangan ditolak..

Masa ini lah aku tahu punya lama ayah aku mengajar kat sekolah tu.. Dari tahun 1966-1993.. Lama tak?? Sampai aku tengok bekas anak murid ayah aku pun macam sebaya dengan ayah walaupun confrim lah ayah aku tua bertahun-tahun daripada dorang kan.. ;P

Isnin (24/09/2012)

Hari ni hari jadi kawan aku yang lain.. kawan yang selalu bagi hadiah dan barang kat aku.. hajat hati nak buat entry khas sebagai hadiah hari jadi.. tapi disebabkan masalah teknikal, internet tak ada terpaksalah aku buat entry lain kalai saja..

Kita hanya merancang Allah yang menentukan.. (^.^)

Selasa (25/09/2012)

Akhirnya penantian selama seminggu, modem baru dan ada.. CPU pun dah ada.. Walaupun aku ni pakai laptop bukan komputer.. So, malam ni aku tersengih jelah meronda lawan sesawang setelah lama berehat baca buku dan tengok movie..

Inilah entry diari aku melepaskan apa yang nak tulis setelah beberapa hari.. Dah lama aku karang entry ni dalam otak tau.. Heee~~

Soalan hari ini..

Apa beza laksa kuala kangsar dengan laksa lain??

p/s:: entry ooi tu lain kali aku cakap..

14 comments:

Chic Na said...

wah.. diari selama seminggu tak online. huhu..

beza? ntah. ejaannya kot. hikhik..

Everything's Everythings said...

Wahhh memang diary betul lah ni..
hahah tataw yg mana satu ak nk comment, Selamat hari jadi buat 2 kawan kau tu, semoga mereka dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur ^^

Laksa Kuala Kangsar pun xpernah cuba lagi so xdpt la nk jawab soalan tu xD

mama aryan said...

akak tak penah makan laksa kuala kangsar..hihi

MizzTina said...

semua msuk dlm entry ni.. mcm diari dh..

Detective Fiqa said...

diari seorang perempuan. hahaha

btwkan laksa johor pun lain :D hahaha

Cik Nur said...

20hb ke taiping..? rumah ade fly over..? situ air kuning.. dah lama dah fly over tu..hihi..

dan maaf sgt2 20hb tu, nur cuti sakitt..huhh,,kalau tak boleh rojer2..

bila lagi nak ke tepen..?

Mieya Atiera said...

Entri lepas rindu selama seminggu tak online

Teenager Housemaid said...

teehee
terasa macam baca diari pulak..
:D

*padahal blog ni memang diari online pun -_-'

:)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ooowwhhh patut lerrr menyepi.....

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

lama xsinggah sni..baca diari..hihi..
br pekena laksa k.kangsar..bezanya laksa dia dia buat sendiri..tebal2 gitu..hihi

Iffah Afeefah said...

dunia boleh berubah kan?

kiera'sakura said...

pernah jadi dlu masa on9 modem terbakar nasib pc tak terbakar sama huuuu

Si Matatajam said...

Kak M nak komen pun tak tau sebab tak pernah rasa laksa kuala kangsar tu camna...macam laksa utara gak ka?

kay_are said...

rajin kemain.. kalau aku takde r nak kumpul story ari2 tak online tu.. kire halal je r sume tu.. =P