dewan rakyat

Friday, August 3, 2012

Ghifari

Bismilllahirrahmanirrahim..

Abu Dharr al-Ghifari antara yang terawal yang masuk Islam ketika Rasulullah menyampaikan dakwahnya..

Tapi.. tak adalah aku nak cerita sejarah Abu Dharr pulak.. kalau nak tahu cari sendiri...

Pernah tengok tak drama Ghifari yang ditayangkan dekat tv Al-Hijrah?? Lakonan Aqasha dan Zain ruffedge kalau tak silap.. Lama dah citer tapi aku baru jer tengok hari tu memandangkan baru dapat tengok tv yang lebih dari 3 channel..

Citer pasal Ghifari (Aqasha) dan majikan dia zain (tak ingat watak dia).. Ghifari ni baik, memang baiklah orang tipu dia boleh pulak dia maafkan macam tu jer.. Bukan tipu sikit-skit habis bankrup kot dia kena.. Tapi dia relaks jer..

Yang majikan dia yakni zain tu pun baik jugak.. Baik dari segi taat dalam perintah agama.. Cerita ni bukanlah macam cerita biasa yang majikan dia kurang agama ke apa cuma dalam perspektif lain.. Majikan dia sisi tak baik adalah bagi kerja dekat si Ghifari sebab nak balas dendam.. Ghifari kawan dia dari sekolah.. Pelajar berpotensi.. So dia jealous dengan Ghifari dengan bagi kerja jadi driver je... Masalah zain itulah suka merungut, buruk sangka dengan orang walaupun dia cukup solat 5 waktu semua..

Alkisah nya terjadi bila zain hilang selera makan.. Apa sahaja dia makan semua nya tak sedap (suka sangat mengomel kan).. Masa itulah dia sedar kesalahan dia dan belajar sesuatu daripada Ghifari.. Cerita seterusnya korang tengoklah sendiri.. Kot-kot ada kat youtube kan.. Ni drama tak bersambung yea.. =)

Bagi aku citer ni best.. Lain daripada lain.. Lawak pun ada.. Korang akan dapat pengajaran yang berharga dalam citer ni.. serius ni.. Antaranya ialah,

-Tak guna kalau kaya tak membantu
-Tak baik tindas pekerja kita
-Sentiasa memaafkan orang
-Jangan ingat kita hebat masa sekolah akan hebat juga pekerjaan kita
-Jangan perkecilkan orang lain mana tahu nanti dia 'besar' dari kita

Ada watak tuh, dia pak guard jer tapi 9A weyh masa SPM tapi suka gelakkan orang.. Tengok-tengok orang yang digelakkan lagi berjaya dari dia.. (bila time pak guard ni lawak)

So, aku syorkan korang tengok  ni.. Citer yang betul-betul aku suruh tengok daripada tengok Dejavu di Kinabalu yang entah pape tuh.. Pelakon yang sama citer dia berbeza.. ops, ada peminat citer tu ei.. (^.^)

Pelakon lain citer ni.. Ayu Raudhah.. Comel jer dia.. heee~~

12 comments:

~Sweet Honesty~ said...

terase ai tauu..ai ne peminat dejavu lu taw..hikhikkk..

Chic Na said...

tak tengok pun. tapi macam best. kena cari la macam ni. hihi..

Zul De Alexis said...

sm x penah tengok lagi..tapi nmpk menarik bila hani cerita..wah boleh lah layan pasnie

Cendol said...

laa bersungguh dah bace kamu punye sinopsis tetibe kene cari sendirik.hoho okay jgk.mcm best ni.Ghifari ye tajuk dia?nanti busan2 boleh cari ni.tenkiu share.

Elysa Sofia said...

takde astro kt rumah..:(

Cik Nur said...

xpernah tgk pun.. nanti nak cuba carilah dkt youtube. :)

sbb atil citer ni mcm best je.. :)

Domu-kon said...

tak pernah tengok..inshaAllah if ada masanya..saya cari okay..hehehe...

p/s: tak terasa bukan peminat dejavu tu.. entah pape.. nak matilah..xnak hdup lah..aiiggooo...

zera eira said...

ta pernah tgk, nnt na try search lahh! :)

Shahril Nasir said...

betol tu..setiap kejayaan yg diperolehi jgn terlalu bangga kerana sekelip mata sahaja ALLAH blh menarik nikmat itu...

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

sy xleh tgk tv mlysia..on9 pun lmbap..huhu...hani..nak tnya..g madinah x hr tu? blh msuk makam nabi s.a.w musim pose?

Mr.Clive said...

semakin matang dari segi penulisan dan pendapat...bagus bagus! caiyok caiyok!

kay_are said...

lumrah hidup.. kite mane tau ape jadi kat kite masa akan datang kan? hebat sekarang tak semestinye hebat mase depan nanti.. so sentiasa beringat je r.. =)