dewan rakyat

Wednesday, June 6, 2012

Imaginary friends...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dia selalu kelihatan bermain seorang diri. Becakap seorang diri. Ketawa seorang diri. Orang sekeliling yang melihat dirinya berasa hairan dengan siapa dia bermain selama ini. Katanya, kawan nya bernama Arif. Tapi tak kelihatan sesiapa pun. Kadang-kala ibu bapa nya terdengar dua orang kanak-kanak ketawa dengan riang di tingkat atas bilik nya. Apabila dilihat tiada sesiapa pun bersama nya. Dan dia menjawab itu lah kawan saya, "Arif".


Pernah dengar tak cerita macam ni?? Cerita lebih kurang lah. Cerita yang kat atas tu aku main reka jer. Tak ada kena-mengena dengan hidup dan mati. Kaitannya ialah ada kanak-kanak yang mengaku dia ada "kawan" tapi sebenarnya kita tak nampak siapa-siapa pun.. Pernah tak baca, dengar atau tengok depan mata???

Aku pernah baca je. Tengok depan mata tak pernah. Harap-harap takkan jumpa dengan budak macam tu. Sebenarnya entry ini bukan entry mistik ataupun entry cerita hantu-mantu mahupun kisah syaitan durjana.. Saja nak buat pendahuluan konon-konon gempak.. Ahaks!!

Macam tajuk entry ni, 'imaginary friends' ataupun 'kawan imaginasi'. Lain nya apa yang aku nak cerita ni, kawan imaginasi yang betul-betul imaginasi tanpa unsur benda lain mahupun disebabkan masalah tekanan jiwa sampai seseorang itu berhalusinasi..

Aku ni adik paling kecik dalam keluarga.. Lepas tu, adik-beradik atas aku jarak umur yang jauh dari aku.. Lepas tu pulak, masa kecik-kecik tinggal di kuaters yang kekurangan ataupun boleh dikatakan tak ada budak sebaya aku. Aku kalau nak main dengan kawan-kawan lain terpaksa merentasi jalan raya untuk ke kampung sebelah. Jadi, hidup aku penuh kesunyian ditemani mak dan ayah jer. Adik-beradik lain semua dah merantau jauh duduk asrama..

Bayangkan kebosanan yang amat di rumah. Zaman dulu bukan nya ada apa sangat kan.. (aku tulis zaman macam dan beribu tahun jer).. Aku terpaksa menjadi kreatif untuk hiburkan hati sendiri. Nak main dengan kawan-kawan?? Bukan setiap masa mak aku bagi. Bahaya tau untuk kanak-kanak comel macam aku ni..  Hahahaha..

Jadi, aku terpaksa menubuhkan 'kawan imaginasi' aku sendiri.. Ada 12 orang semua nya termasuk aku. Watak dipilih daripada buku teks darjah dua, cerita A.L.O.N.G punya watak dan ada yang aku reka sendiri.. Nama yang aku ingat sampai sekarang ialah Hamidi, Nani, Red, Eli, Ella, Kodak, Kadok.. Itu jer aku ingat..Dan dengan "mereka" lah aku mula bercakap seorang diri macam orang tak betul.. Lalalala~~

Scenes yang ada ikut suka aku lah. Aku nak jadi doktor, cikgu, kerja pejabat dan macam-macam karektor aku bawak dibantu oleh "kawan-kawanku".. Satu family aku tahu aku jadi macam ni. Tapi mereka tak hairan pun. Selagi aku normal diaorang biarkan jelah. Aku still boleh beza antara imaginasi dan real life ok..

Ada sekali tu sekolah rendah aku buat lawatan pergi Cameron Highlands, excited aku nak pergi. Mak aku kata,

"Kalau nak pergi guna duit sendiri. Duit Atil banyak kan."

Aku sukalah. Tapiiiiiiiiii... Duit tu aku tak tahu letak mana. Mak aku punya lah marah. Selongkar satu rumah. Aku tahu nangis je kena marah. Mak aku tanya letak mana. Aku jawab,

"Atil letak dalam sampul surat yang ayah taknak guna tu. Konon-konon nak main bagi gaji kat pekerja atil."

Lagi lah mak aku marah. Takut terbuang kan. Telefon kakak sulung aku tanya. Sebab kakak aku jenis suka buang barang. Mak aku selongkar tong sampah cari. Tak jumpa-jumpa. Last sekali jumpa dalam laci almari bilik abang. Baru aku teringat aku main bank masa tu.. Konon-konon nak withdraw duit.. Aiyooo!!!

Ada sekali tu bulan puasa.. Suasana sepi jer kat rumah. Ada mak aku masa tu sibuk buat kerja dia depan ruang tamu. Masa tu mood mak aku tak berapa baik. Aku bukan kisah pun. Aku main dengan bahagia nya. Aku tak ingat main apa. Tapi yang pasti konon-konon ada orang datang umah. Mana punya idea lah aku buat pintu peti sejuk tu jadi main door. Mak aku dengarlah pintu peti sejuk bukak, so apa lagi,

"Atil!!!! Mari sini. Tak puasa ke? Kenapa bukak pintu peti sejuk tu hah?"

Tak pasal-pasal hari tu aku kena bebel..

Aku main sorang-sorang ni sampai lah aku darjah 6.. Giler teruk perangai aku. Masuk hostel dah tak main. Nanti ada orang kata aku sewel pulak. Lagipun masa tu aku dah ada ramai kawan.. So, nak buat apa kawan-kawan tak nampak tu kan.. ;P

Perangai aku macam dah diperturunkan kepada anak saudara aku.. Semua cakap,

"Ikut perangai maksu lah tu."

Adoi!!!

*Jangan risau semua aku masih waras. Kalau tak waras aku takda tulis kat sini dengan jaya nya. Jangan pandang serong dengan aku sudah. Tak pasal-pasal ada ambulans amik aku jap lagi.. Hahahaha.. Atau korang pun sama macam aku kan..kan..kan..kannnnn..


21 comments:

Yana Libra said...

pelik je..hehe..nasib baik tak pernah buat camtu masa kecik dulu..biasanya selalu paksa anak jiran sebelah main sama~~ :P

Cik Nur said...

hehehehe..mmg pelik, nur pun xpernah gak buat mcm atil buat..mungkin sbb kwan nur duk sebelah umah je kot.. :)

shar90 said...

hehehee... mcm best je, nk try lah... sbb mse kecik sye full action, xsempat nk try ... hahaaa xD

-Incek Fik- said...

"imagination is better than knowledge" -ungkapan dari Albert Einstein.


masa kecik tak pernah imagine nak buat 'kawan ilusi'.. tapi pernah imagine tyme makan coklat roka yang rege doploh sen tu cam makan coklat ferrero rocher tu. tehee~


kira boleh ker?

Hanamiko Sakura said...

urm.. kawan imaginasi tau dari tv.. tengok citer omputih.. hehe, btw.. saya tak pernah pun merasa ada kawan imaginasi tu.. =)

محمد شهريل القنيطري said...

hahaha..cm tu rupanya kisah hidop Atil time kecik...hihi

aku HaniAsyira said...

rasa2 orang yang tak da kawan macam sy masa kecik jadi macam ni.. jangan salah faham sudah.. hohoho..

Yumida said...

unik jgk kan hani nih...hmmm..sy rsnye xde kot..lupa la...zaman kanak2 x bez mmg camtu..olwes lupa je

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

sampai drjh 6 ek..huhu..dila klu ckp sorg2 pun mak tgk plik...hihi..tp cite yg kt atas tu ada yg prnh trjadi..kes spupu dila lak,ank dia mlm2 xtido..mak dia nmpk mcm tgh main ngn someone...siap gelak2..tngahari xmcm tu plk..serius dgr mmg mnakutkn...huhu

kay_are said...

kalau realiti adik last aku ade sorang. Tapi die pun tak nampak, orang lain yang bagitau. Ape pun sampai 12 ko create? sunyi taha melampau tu.. tapi normal r tu.. dulu pun aku selalu gak main lawan2 sorang2.. aku r hero, aku r orang jahat.. bile pikir balik.. macam ape je.. -__-

Domu-kon said...

takutnya..atil.. sekarang if xd kawan nak main..meh kat mis domu..kita main berdua..waahhh....

Adylia Qarissa said...

ingat cerita mistik!! hihii

Hani Shaa said...

hehehehe..pelik laaa, Hani pun tak pernah gak buat mcm awak buat..mungkin sbb kwan Hani duk dekat-dekatje kot.. :)

Mr.Clive said...

serious masih waras?ekekekeke...

hoho...slalu kalau citer hantu omputih,mesti ada kanak2 yang ada kawan imaginary ni....
tpi tak sgt2 spooky,ok? XD

Riswin Zahari said...

beyond the imaginary.. ^_^

Cik Aini Lavender's said...

hahaha..x pernah la lg smp mcm ni..

nasb skrg dah x jd mcm tu kan Atil?maybe sbb dh pass kat ank buah kot..hehehe :)

littledolphin said...

saya pun macam tu jugak masa kecik.lagi-lagi saya ni anak tunggal.so memang banyak kawan imaginasi.hihi xD

yg pasal bukak peti sejuk tu,tak sempat nak explain ke kat mak?kesian kawan kena marah camtu je...

Mr.Clive said...

apa khabar kamu harini cik hani oiii?? weeewuuuu

Teenager Housemaid said...

heheheh...
a lil bit similar situation with me ...=)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

errrmmmm ok.... 1st time moon baca cerita camnie...

selama ni xpenah dgr lagi....

cweet pinky said...

CP takde kawan imaginasi sebab duduk area kg yang ramai kawan *tp lelaki la* then adew adek pompuan sorang :D