dewan rakyat

Thursday, April 12, 2012

Pergi tak kembali..

Bismillahirrahmanirrahim..

9hb April 2012

"Atil pergi kemas baju dalam dua malam macam tu.. Nak hantar wheel chair untuk Pak Busu (pak sedara) sebab kata mak usu, pak busu tak boleh jalan lak."

Aku yang terbangun dari tidur sebab baru sampai daripada kuala terengganu dalam pukul 5 pagi tadi.. Walaupun dalam bas tidur saja tapi 8 jam duduk dalam keadaan sejuk lagi membuatkan aku lenguh-lenguh.. Aku bangun jugak kemas beg walaupun badan macam berat je nak bangun..

Dalam kereta aku tidur lagi.. Selamat air liur tak meleleh-leleh.. aku duduk seat belakang ditemani wheel chair yang memenuhi ruang menuju ke destinasi Pandan Indah..

Sampai saja rumah Pak Busu di flat aku tak tahu nama, aku bersama ayah angkat wheelchair yang berat ke tingkat 2.. Setiba depan pintu dan mak aku yang ada kunci rumah terdengar bunyi,

"Uwekkkkk." 

Iye, Pak Busu muntah-muntah dan terbaring saja dalam bilik.. Aku yang memang takut kalau tengok orang sakit hanya melihat dari jarak yang agak jauh daripada mak ayah aku.. Nampak sangat Pak Busu lemah..

"Abang cakap nak bawa Daud balik hospital Slim River saja. Senang sikit nak lawat ke, uruskan apa-apa.. Kalau kl nanti abang tak tahu sangat.. Susah nanti," mak aku cakap kepada mak usu dan pak busu..

Pak Busu dan mak usu ikut saja.. Aku yang tengok kesian sangat.. Yelah, sihat-sihat selalu tetiba sakit macam ni.. Kami tunggu Pakwe Zainal datang (pak sedara) sebelum bawak balik Slim River.. Macam mana nak angkat Pak Busu aku yang agak besar tu (keturunan ayah aku besar-besar).. Walaupun cuba banyak kali untuk memapah atas kerusi roda pun pak busu tak terdaya nak duduk atas nya sehinggalah dipaksa ayah untuk kuatkan semangat..

Ayah dan Pakwe Zainal sorong kerusi sampai tangga.. Tapi kudrat ayah aku bukan kuat mana nak angkat turun tangga tu kan (tak ada lif ye).. Tapi nak buat macam mana ada pulak orang muda turun dari tingkat atas untuk ke bawah menghulur kan bantuan.. Baru nak turun satu anak tangga ada pulak anak muda laki lagi yang naik tingkat atas tolong pulak.. Alhamdulillah, ada lagi orang yang baik kan dalam dunia ni..

Sepanjang dalam kereta, seat depan terpaksa diturunkan sehingga keadaan baring sampaikan aku terpaksa duduk merengkot kat belakang sebab Pak Busu memang tak larat nak duduk.. Setiap beberapa minit dia tanya,

"Lambat lagi sampai bang?"
"Kita dah kat mana?"
"Jauh lagi ke ni?"

Belum lagi keadaan nya gelisah sangat-sangat.. Sakit pinggang lah.. Silau mata lah.. Padahal sakit nya mula daripada sakit sendi kaki je.. Tangan dia sejuk sangat sebab aku rasa sejuk nya tangan dia.. Belum lagi dahi berpeluh-peluh.. Hmmm..

Sampai saja Hospital Slim River ayah terus bawak ke wad kecemasan.. Aku ingat lagi dia cakap,

"Kita dah sampai ye bang?" Sebab aku orang terakhir keluar daripada kereta sebab aku kan duduk sempit kat belakang so lambat sikit boleh keluar..

Masa tu beberapa orang attendant tolong angkat atas wheelchair tapi lepas dah diangkat aku nampak macam Pak Busu dah tak sedarkan diri..

Kami tunggu kat luar lama.. Dari pukul 6 petang sampai 8 malam.. Mula-mula doktor ada keluar dia cakap,

"Saya rasa dia kena kencing manis.. Sebab gula dalam darah dia tinggi.. Lepas tu sesak nafas.. Kami masukkan tiub yea."

Beberapa minit kemudian doktor keluar lagi,

"Kami rasa macam kena masukkan dalam ICU." Kami semua terdiam..

Disebabkan masa tu waktu maghrib, aku dan ayah pulang dahulu ke rumah untuk solat (jarak rumah dengan hospital dekat je).. Tapi tak lama lepas tu, ayah aku dah pergi hospital kembali, mak aku call,

"Ayah mana?"
"Ayah dah pergi hospital dah."
"Hmm.. Atil, Pak Busu dah tak ada.. Doktor suruh tunggu dalam 15 minit lagi."

Aku yang dengar dah terdiam..

Lepas tu, tak lama kemudian ayah aku call pulak,

"Atil, cakap dengan mak Pak Busu memang dah tak ada."

Waktu tu mak dangan mak usu baru je sampai rumah sebab nak solat pulak.. Aku duduk depan pintu panggil mak aku sampai geleng kepala.. Mak aku bagi tahu kat mak usu sambil peluk tapi mak usu terima dengan tenangnya..

Hmmm,, macam dalam mimpi Pak Busu dah tak ada.. Yelah, tiba-tiba jatuh sakit, tiba-tiba aku yang baru sampai dari Terengganu ni dan tiba-tiba aku lah anak sedara yang paling akhir bersama nya padahal bukan aku yang paling rapat dengannya..

Masa dia meninggal dunia ketika ini penuh dengan konflik dalaman keluarga.. Sepupu-sepupu aku yang lain ada berselisih fahan dengannya tapi arwah adalah seorang yang sangat baik.. Memang bapa saudara yang paling rapat dengan anak buah nya.. Terkilan aku beberapa minggu sebelum aku tak balas chat daripada nya di facebook.. Belum lagi aku tak salam pun dengannya hari itu.. Cakap pun tak.. Tapi aku lah anak saudara yang terpilih untuk ada dengannya di saat akhir.. Anak saudara yang duduk jauh pulak tu..

Insiden rasa macam drama tv.. Wad kecemasan, doktor, telefon dan sebagainya.. Hmmm..

Ada mak saudara aku cakap,

"Lepas ni kita tak dapatlah makan lempeng orang putih dah (pizza)." 

Dialah bapa saudara paling rajin belanja pizza sampai anak-anak saudara aku ingat dan lagi dia tak ada anak.. Kamilah tempatnya bermanja..

*mula-mula macam malas balik umah tapi aku gagahkan diri balik juga.. Patutlah ini sebab nya.. (aku cuti seminggu..hee~~)

43 comments:

Liselle MonCherie said...

Innalillah wa Inna Illahi rojiun,
Semoga beliau ditempatkn bersama-sama org yg beriman~ Amin.

CekbOlat-bOlat said...

Innalillah.. sedihnye berlaku depan mata @_@

sabar ye kawan (^^,)

Ejam said...

Innalillah wa Inna Illahi rojiun...

baca dari awal. membuatkan ia bertambah sedih, inikan pula orang yang mengalaminya sendiri.

pandan indah? kat flat lima tingkat xde lif? ke kat mana? hurmmm..

but, syukur alhamdulillah, mak usu boleh terima dgn tenang. hurmmmm..

"Insiden rasa macam drama tv.."
drama tv yang amik dari reality, cik Hani... :)

kene kencing manis ea? hurmmm... bahaya nya... Pakcik ejam pun baru je meninggal bulan 2 aritu. pun sebab kencing manis. but. syukur alhamdulillah, dia meninggal dalam tidur. so tiada saat sengsara/terseksa(Wallahualam). Makcik pegang tangan die, sejuk, cek nadi, rupanya dah meninggal lepas subuh, so, itu solat terakhir lah tuk arwah.

eh.. maaf. ter lebih cerita pula.. :)

apapun2. takziah tuk CIk hani sekerluaga.

dan btw, Moga2 sepupu2 cik hani semua dapat maafkan dan halalkan semua masalah/hutang arwah. insyallah.

semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin..

Domu-kon said...

inalilah..semoha pAK bUSU di tempat dalam kalangan orang yang beriman..amin..

hanya Allh je tahu..apa yang berlaku.. pda Dia datang..pda Dia kita kembali..

lisa said...

innalillah..lisa baca pun mcm terkejut jugak sebab yelah hani baru je jumpa arwah, pastu dgn lajunya pergi hospital dan kemudian dah tiada..macam baru je aku jumpa dia tadi dan sekarang dia dah takde?
Allah lebih sayangkan arwah :')

Hanamiko Sakura said...

inalilah.. semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah..

Cik Nur said...

Al-fatihah..moga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..

zaza iman said...

alfatihah utk arwah..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

inalillahiwainnailaihirajiun... smga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

aku HaniAsyira said...

aminnn.. terima kasih.. =)

aku HaniAsyira said...

tulah.. walaupun dah banyak kematian berlaku di depan mata tp inilah satu2 nya mengejutkan dan tak disangka..

aku HaniAsyira said...

takper.. tima kasih.. tima kasih baca entri panjang lebar.. betul lah kot yg lima tingkat dekat dgn masjid..

memanglah.. tp kadang2 drama mcm terlebih dibuat2..

arwah tak salah kat sepupu2.. tp sepupu yang bersalah.. ada nampak penyesalan di wajah mereka kerana buat arwah mcm tu.. tp keadaan dia pergi tenang je.. mcm tak disangka.. arghhh.. mintak2 pergi mcm tu nanti..

aminnnnn..

zera eira said...

al-fatihah utk arwah. sabar ye sayang. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg diredhai Allah.

Azlan Strider said...

Takziah dan al fatihah...Moga rohnya dicucuri rahmat...

Regards,
-Strider-

nurul syuhada said...

Innalillah .. al - fatihah untuk arwah . moge arwh ditmpatkan dlm klangan org yg briman . insyaALLAH. AMIN ..

iyka syafika said...

takziah dear...alfatihah...kita iringi pemergian beliau dengan doa dri org2 tersyg.sbb benda tu yg akan bntu dye nnti.

Zaza Fakharuldin said...

takziah. ingat, sekarang ni giliran dia, esok2 giliran kita pulak.

Ros said...

Assalamualaikum,

Al Fatihan buat arwah dah takziah ya....semoga rohnya diterima disisi Allah dan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman...

Mr.Clive said...

takziah buat Hani...
kenanglah jasa dan memori indah tentang bapa saudara kamu itu...sedih dan tersentap membaca entri ni...

محمد شهريل القنيطري said...

inalillahi wainnailaihi rajiuun,moga arwah bersama org-org yg bertaqwwa...

SYIRA RAHIM said...

semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

awk terpilih utk bersama dgn arwah di saat-saat akhir kan. walaupun tak rapat dgn arwah.

tiba-tiba rindu arwah atuk :'(

Teenager Housemaid said...

:')
alfatihah untuk pak busu...

Cik Aini Lavender's said...

takziah & alfatihah tuk arwah..
moga ditmpatkan d kalangan org2 beriman.amin

~Sweet Honesty~ said...

salam takziah..moga rohnya dicucuri rahmad Allah.. Al-Fatihah tuk beliau..

aku HaniAsyira said...

aminnnnnnn... masa kita tak tahu bila kan..

aku HaniAsyira said...

tulah.. balik konon2 nak hepi tak sangka lak..

aku HaniAsyira said...

tima kacih.. al-fatihah juga..

aku HaniAsyira said...

terima kasih...

aku HaniAsyira said...

aminnnnnnnnn...........

aku HaniAsyira said...

aminnnn... terima kasih..

aku HaniAsyira said...

tima kacih...

aku HaniAsyira said...

insyaallah.. aminnnn....

aku HaniAsyira said...

tulah.. dah lah arwah tak ada anak.. kamilah anak2 nya

aku HaniAsyira said...

tima kacih... sok2 kita kan..

aku HaniAsyira said...

waalaikumusslam.. tima kacih.. aminnnn..

aku HaniAsyira said...

tulah.. ingat sgt.. naik moto keliling kl.. =)

tima kacih..

aku HaniAsyira said...

aminnnnn..

aku HaniAsyira said...

sedakah lah doa tu arwah atuk kalo rindu..

tulah ramai anak sedare sy yg terpilih..

aku HaniAsyira said...

al=fatihah..

aku HaniAsyira said...

tima kacih..

aminnnnn...

aku HaniAsyira said...

tima kacih... aminnnn

ciksukaberangan said...

takziah. moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. amin~

aku HaniAsyira said...

aminnnnnnnn..... tima kacih..