dewan rakyat

Thursday, April 5, 2012

Berumah di tasik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Perhatian: entry mungkin banyak gambar bagi menerangkan lagi cerita ni.. keh...keh..keh

Semalam aku stop cerita sampai gambar houseboat kan.. Jangan risau kawan-kawan.. Walaupun luar macam houseboat movie anaconda tu tapi dalam nya much better.. Bukanlah aku kata luar setinggan dalam kondo.. Itu melampau lah.. Tapi sekurang-kurang nya ada 4 bilik tuh siap dengan katil dan tilam empuk (biasalah dah lama aku tak tido atas katil + tilam).. Houseboat ni 2 tingkat yea.. Ada dapur for sure untuk masak.. Ruang makan ataupun tempat berehat-rehat + tengok tv.. Cuma, toilet masih kurang memuaskan tapi kira ok lah kan.. Hajat hati nak tahan perut sampai balik tapi apakan daya aku makan banyak malam BBQ.. Aishhhh..

Aku tak cerita lagi kan aku pergi berapa orang.. Aku pergi dalam 20 orang macam tu.. Masuk anak boat (nak cakap anak kapal ke?) semua sekali 25 orang.. Bilik terpaksa bahagi dua, 2 bilik untuk perempuan dan 2 bilik untuk lelaki (ada 3 org kwn laki aku pegi dan selebihnya anak boat).. Jangan risau bilik anda takkan dimasuki lelaki sebab kami dah letak pembahagi siap-siap..

Makan semua kena masak sendiri lah.. Sebab tu lah aku dan yang lain penat-lelah menyiapkan ayam, daging semua.. Dan lagi kami bahagikan tugas siap-siap.. Aku dan safi rania ditugaskan memasak bihun goreng untuk malam.. Yang pasti aku sediakan bahan jer.. Aku tak pandai masak dalam skala besar ni.. Hohoho.. Jadi tanpa membuang masa kita layan gambar lah.. Senang bagi korang bayangkan.. Mana tahu ada siapa-siapa yang nak try pergi nanti... Lagi-lagi siapa yang suka memancing elok sangatlah.. =)

30hb Mac 2012
10 am (on the way air terjun)


Permandangan sekitar


Girls yang bercuti bersama
Sebelum sambung gambar.. Nampak tak piring kat tepi tu.. Walaupun tak ada line tepon tapi rancangan tv tetap ada.. Hohoho..

10.30 am (tiba di air terjun lasir)


Capture daripada tempat boat berhenti
Mandi di tasik kenyir
11.30 am
Habis bermandi-manda.. Team masak tengahari pun siap.. Kami pun makanlah sebelum sambung mandi kat air terjun lasir lepas zohor nanti..

team masak tengahari 
Mata ke-3.. keh2..
2 pm (air terjun lasir + titi gantung)


Titi gantung 
Siapa-siapa yang nampak tak kawan aku baju hijau tu.. Tulah yang elbow dia fracture masa main futsal hari tu.. Tapi gagahkan bercuti kat kenyir ni... =)

Canti kan..
 Malam tu kami BBQ ayam, sosej dan juga ikan bakar yang ditangkap oleh abang-abang boat yang baik hati.. Gambar malam tak ada.. Lagipun banyak sangat gambar kan..


31hb Mac 2012
Subuh-subuh tu.. Eh, bukan! Tapi sebelum subuh lagi saja jer abang boat kejut kitaorg sambil ketuk papan area bilik kami.. Aiyok!! Ada kawan aku kata saja nak buat fire drill.. Ada kawan aku marah cakap napa?? Boleh pulak jawab nak suruh buat sarapan.. Adoi!!!

Muka yg rajin buat serapan.. keh..keh
Lepas tu kami pergi air terjun lagi sampai atas.. Kali ni mandi air terjun lagi tinggi lah.. Best2.. Walaupun aku penakut air.. Tapi enjoy.. Disebabkan terlebih seronok ada kejadian yang tidak dingini berlaku lepas tu.. hmmmm...

Kami balik lepas pergi mandi air terjun tadi.. Aku mandi dalam bilik air sambil boat tu bergerak.. Dengan pantas lah aku cuci badan kan.. Dah lah serba tak kena rasa.. Yang pasti kami snap gambar jela masa dalam perjalanan balik.. Lebih-lebih lagi ada kawan aku yang buat movie untuk subjek diaorang..

Retis baru (ni bukan aku ei)
Team production..
Lepas tu aku perasan setiap gambar snap mesti ada aku.. Sebab bukan aku punya kamera dan nampak sangat orang suka snap gambar aku... Keh..keh..keh.. Kecuali kamera aku lah macam yang retis ni.. Ni yea aku yang snap..

Kepada sesiapa yang nak pergi... Boleh lah.. Serius seronok.. Macam dapat satu pengalaman lain.. Sewa boat ni dalam RM1000++ macam tu.. Tapi kami dapat kurang sikit lepas tu pergi ramai-ramai pulak kan.. So, kuranglah sikit bajet.. Nak merasa adventure walaupun taklah adventure mana tapi dapat menenangkan fikiran sebab sejuk!!! Boleh relaks dan yang penting boleh mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan.. Kalau dengan family pun boleh.. =)

*4 minggu berturut2 aku buat aktiviti outdoor.. Time for face treatment.. Hahaha... Memakai kembali Tia Amelia aku.. Keh..keh..keh.. (duit melayang-layang)

34 comments:

Liselle MonCherie said...

Best!! Seronoknya adventure! Tapi masalah nk membuang tu...ehehehe XD.OKlah active outdoors :D
mweehehehe

Hanamiko Sakura said...

seronok buat aktiviti outdoor... memang feveret aktiviti lah :D

Yana Libra said...

macam seronok je tgk~ :)

Teenager Housemaid said...

whoa..cantiknya tempat ni..:DD
bestnya..:DDDD
kehkehkeh...mata ketiga..xD

Wafa Irdina said...

wahhh..besny
teringin nak houseboat
p purse ksong
2gu bakal suami sponsor lar..honeymoon ats houseboat
cheeewahh..hihi
:D

Si DauN CeRi said...

alahmak aiii.. besnye kalau dpt pg nii.. dah lama tak pg jln2 bercuti~


tggu honeymoon la agaknya. ha3

Azlan Strider said...

hehehe...tgk gambar cam best jer...ntah bilaa laa ade masa nak pergi tasik kenyir..hehehehe

p/s: cammana nak ilangkan kartun pompuan tu??menganggu time nak baca entry..hehehe

Regards,
-Strider-

Ihsan Arifin said...

berbaloi baloi habaq hang.
pasni panjat la gunung everest pulak :p

zaza iman said...

wahhh...jelesnya zaza tgk..lama dah xrasa situasi mcm ni..

-- ha ah IK tu jutawan internet-- =)

Edy Fee said...

sempat lagi buat photoshoot..hehe terbaikk

lisa said...

pergi dalam 20 orang? eeehhh mesti best gila kan!! buat aktiviti semua sama2 :)

Domu-kon said...

dengkinya.. dah laama x join apa2.. sob2.

H.S Wijaya said...

outdoors activities ni cool! tapi saya ni penakut air.

Saya salute kawan sebab kawan berani pergi walaupun takut air! :D

saya kalau nak pergi mana-mana,benda paling sensitif ialah toilet la.toilet rumah juga yang biasa dicari.hahahaha

line telefon tak de tapi tv ada ? cool gila! xD

Cik Nur said...

bestnyerrr...! teringin lak nak bcuti..!
tapi xde masa...huhuhu

Ejam said...

uish. lakinye mana? 2-3 orang je? takleh jadi ni! kene ikut ni next time!!! :D

agak2 tandas die acano la ea? ehehe... mesti menakutkan.. :D

gambar malam xde? nak tgk suasana malam.. hurrmmmm...

1k+++ wow... fiewww... @.@...




RE : Liselle MonCherie "Tapi masalah nk membuang tu...ehehehe"
ala susah apa cik Liselle MonCherie , pergi la berenang. pastu lepas la dalam air tu. buat2 tak bersalah. ahaha...

aku HaniAsyira said...

ada jer toilet dia elok... tapi.... xleh kunci lak.. penat pesan kat org jgn bukak

aku HaniAsyira said...

taklah rajin sgt.. sem ni jer yg rajin.. heee~~

aku HaniAsyira said...

try lah.. best.. kalau dalam 20 org baru rm50 sorg.. =)

aku HaniAsyira said...

hahaha... diaorg tak pasan sy nyebok blakang..

aku HaniAsyira said...

hahaha... syg oi...sanggup ke honeymoon atas houseboat dgn anak2 boat sekali tuh?? =)

aku HaniAsyira said...

aiyok... cik daun ceri nak ei honeymoon sme2 dgn org len.. keh2

aku HaniAsyira said...

pergilah.. suatu hari nanti.. =)

dah ubah dah.. ganggu tak lagi??

aku HaniAsyira said...

aiyok... baik panjat gunung tahan dulu..

aku HaniAsyira said...

nanti bila cuti2 try lah.. =)

aku HaniAsyira said...

dah bayar mahal2.. wajib kena snap gambar..

aku HaniAsyira said...

besttttttttttt...... kenangan lah nanti.. =)

aku HaniAsyira said...

ala.. saba ei.. sikit je lg.. nnti kiter holiday sesama.. =)

aku HaniAsyira said...

sy tak ada water confidence tapi still lagi berani kalau dah ada dalam air.. =)

tulah... memang kalau tak nak tahan perut je.. tapiii.. toilet dia ader 2.. satu lg ok jer..

astro tu.. siap ader HBO.. hehehe

aku HaniAsyira said...

insyaallah.. masa itu akan tiba.. =)

aku HaniAsyira said...

hahaha.. laki kena sikit lah ejam.. mana boleh ramai2.. tak selamat nanti..

tandas dia oklah.. siap ader pelapik lagi.. der tandas dudul dgn bertenggong lagi.. yg duduk ok jer..

malam sgt gelap.. tak berbaloi tangkap sebab tak nampak apa.. =)

1k satu boat kalau ramai2 mcm sy pegi dalam rm50 lah.. =)

yg Liselle tu, betul sesangat..

محمد شهريل القنيطري said...

ramainyer org komen..hehe,lgi ramai dri dalca..cantik gila tempat ni,bgoz-bgoz blh buat reunion sklh dlu kt cini

aku HaniAsyira said...

betu2l.. mesti lagi best sebab nanti semua laki.. lagi senang..

banyak komen sbb sy balas.. kalo tak xder nyer.. =)

ciksukaberangan said...

bestnye! tak bosan. macam2 aktiviti boleh buat. tempat pun lawa. buat photoshoot mesti awesome! huhu. tv pun ada. huhu... untungnye dah pergi~ >,<

Ihsan Arifin said...

alang alang buat rekod terus la.
gunung everest je kottttt