dewan rakyat

Monday, February 13, 2012

mataku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku dah post benda ni dulu.. tapi lantaklah aku nak post lagi kan.. sebab tu aku taw korang bukan rajen sangat nak belek post aku kan.. Wahahaha.. Opss,, sori... Kepada cik yah time kacih daun keladi komen kat situ.. Aku taw ko mang ingat aku sokmo kan...




Kalau korang lah kalau tengok seseorang tu, apa yang korang tengok dulu. Aku antara dua, tak mata or mulut. Aku tengok mulut saja nak tahu dia merokok ke tak. Law pompuan mang suke lah aku tengok kat mata. Cam lagu dah la pulak.

Cerita sal mata ni, aku asyik teringat la kecik-kecik dulu orang dok ngata aku. Aish.. Saba jelah. Waktu dulu-dulu aku ni kurang lah dapat menerima apa yang tuhan ber ni kan. Mata aku yang agak besar (besar ke?? Orang cakaplah tapi aku rasa biasa je) asyik kena kutuk je. Aku tiap-tiap hari balik sekolah tengok cermin. Besar sangat ke sampai hari-hari orang kutuk. Aku bengang jugak lah. Daripada tadika, sekolah rendah sampai sekolah menengah orang kata benda yang sama. Selamat lah tidak men’down’kan diri aku ni. Ish2
Yang tak tahan nya sampai kawan-kawan mak aku jugak sibuk je kata aku. 

Besar ker???

Mak aku dulu ni kerja dekat pusat latihan pertanian. Setiap bulan mesti ada aktiviti kursus dijalankan untuk menghasilkan produk pertanian. Kadang-kadang menjahit pun ada. Aku pun tak paham pe kene-mengena jahitan dengan pertanian. Lepas ni mak aku ni kira tenaga pengajar lah. Malam-malam mak aku kena mengajar kat dewan. Disebabkan kuaters yang aku tinggal tu agak seram, gelam dan menakutkan, aku sebagai jawatankuasa peneman terpaksa teman mak aku tiap-tiap malam. Memang lah sangat bosan kan. Aku asyik tengok je orang sambil wat aktiviti mewarna or homework (kanak-kanak berhingus lagi). Ada seorang makcik peserta ni aku tengok khusyuk la h dengar mak aku kat depan sambil tulis ke lukis ke aku tak tahulah sambil terjeling-jeling kat aku. Aku wat tak kisah jelah. Abis jer kelas malam tu (malam terakhir) makcik tu dating kat sambil menghulur kan kertsa saiz A4. Aku pun amik lah tanpa perasaan. Sekali tengok kertas tu ada lukisan ikan emas sambil ader arrow kat mata ikan tu cakap:

“Ini mata adik!”


Cissss.. Ada ke patut dia kata mata aku mata ikan. Mak aku pun terkejut tengok. Mak aku kata ader patut kata anak aku macam tu. Sabor jelah. Perasaan tak puas ati menyelubungi. Takpelah aku pun simpan je gambar tu kat bawah meja. Beberapa bulan kemudian, makcik tu dating lagi. Waktu tu aku dah cam ar muka dia. Masa tu time makan. Aku mang suka menyibuk pun time mak aku kerja. Aku pun tarik mak aku dengan selambanya depan makcik tu aku cakap dengan lantangya:

“ Mak, makcik nilah kata mata Atil mata ikan!”

Memang puas gila la ati aku time tu. Ha. Daya ingatan budak-budak jangan main-main ya. Amik kau. Tapi aku rasa dia bukan makcik time kakak kot. Tapi disebabkan dia kata aku dapat dah pangkat makcik., Sorry yea..

Cerita tu tamat disitu lah. Lepas tu tak jumpa dah makcik ni. Entah-entah dia dah segan kot. Tetapi kisah mata ku tak terhenti disini. Banyak lak cite aku. Aku ngan mak aku pergi kedai seorang auntie india ni. Tengah dok belek-belek barang dia cakap kat mak:

“Eh, anak awak ar udang punyer mata macam la,” kata si untie tanpa segan-silu nya.

Dushhhh.. Aku kena lagi. Udang pulak. Adoi berapa banyak binatang nak sama ngan aku ni. Saborrrrrrrrrrrrrr jelah.. Selamat masa aku kecik-kecik law tak memang tarik muka aku kat situ. Aish... Nak bagi perumpamaan bagi la elok-elok sikit. Adoi!

Tapi kan mata aku yang macam ni telah member identiti kepada keluarga aku. Ada satu hari aku g beraya. Aku tak tahulah dia ni kawan kak aku. Tiba-tiba dia tanya,

“Adik, adik Hani ye?” tanya abang kawan aku ni.


“Yup, adik Hani. Macam mana tau?”


“Sebab mata sama lah.” Ops, ok, orang boleh kenal aku ni sapa. Mang baguslah mata adik-beradik semua sama. Menunjukkan kami semua adalah anak mak n ayah aku lah kan.

Aku n kakchik (sama ke??)

Hmm.. Setelah aku meningkat umur ni. Aku sudah menerima apa yang Allah kurniakan ni. Yelah, bukan ramai ada mata cam aku kan. So, aku ni insan istimewa lah kan. Alamak, aku dah perasan sendiri. Setiap ciptaan tuhan ada sebab dan musabab nya. Tapi aku yang tak pandai jaga mata sendiri. Tengok sekarang dah rabun. Lesson nya, hargailah apa sahaja yang Allah beri kerana itu yang terbaik untuk kita. Bagi aku mata inilah identiti aku. Aku mungkin lain kalau lain nya mata ini kan. Orang pun ingat n kenal aku sebab mata lah. Cewahhh...  Teringat lak ustaz bahasa arab aku kat sekolah menengah dulu,

“Cuba kamu tengok kat Hani ni (nama aku kat sekolah) sebab apa orang boleh ingat dan kenal dia?” tanya ustaz aku dekat beberapa orang senior aku. Dan diorang confident jawab depan aku n depan ramai orang.


“Sebab mata dia besar ustaz!”

Ok, aku tak tahu nak cakap pe dah.. Sabor jelah..


Aku bukan tak ada idea nak tulis entri baru tapi saja suker2 repost... (aku memang suker cari alasan kan)


p/s:: banyak betul aku mengimbau zaman silam aku kan... tapi aku suker sebab rasa diri cam dah tak berapa tua.. wakaka..

7 comments:

Hanamiko Sakura said...

ish... tak baik kutuk2 orang.... kalau nak kutuk.. biar kutuk perangai mereka... yang kutuk rupa, bentuk etc... kerana itu semua ALLAH yang cipta... kalau kutuk rupa tak encem... bermakna dia mempersoalkan kejadian ALLAH.... bukan kah kejadian ALLAH ada makna tersirat???

Teenager Housemaid said...

lawa apa mata besar ni..>:D

aku HaniAsyira said...

hahaha.. lawa ke... tape identiti kan...

akuamir said...

gambar tu macam saje jerk na besarkan mate,,haha.. :D

tapi kalau pempuan mate bulat kan comel,, OPPSS

aku HaniAsyira said...

hahahaha.. nak kate comel la ni... yezzzzzz...

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

hahahahaha... ada jugak org nak buat entry macam nie... hehehehehe... lucu laa awak nie...

aku HaniAsyira said...

rajinnye baca smpai bawahh