dewan rakyat

Friday, February 24, 2012

Jayen..

Bismillahirrahmanirrahim..

Esok cuti yea.. Iye, cuti bagi kawasan terengganu dan negeri sewaktu dengannya.. Tapi... aku macam tak cuti jer sok.. Masih ader keje yang perlu dibereskan.. Fuhhh,,, satu-satu kerja yang kena buat.. Nama pun nak dewasa dah kan.. Lalalalalala~~

Kali ni aku nak citer sorang budak yang waktu kejadian lebih kurang awal tahun 2000 macam tuh.. Sorang budak yang sangat suka baca komik sebab terpengaruh dengan kakak dan abangnya.. Seorang budak yang baca komik doraemon lebih daripada tengok katun doraemon kat tv sebab umah dia tak dapat siaran sangat.. Almaklumlah duduk dalam kampung sikit tapi still enjoy..

Kisah bermula masa kakak dia menetap kat shah alam bersama anak dan suami tercinta.. Dan budak ni still budak lah kan dalam darjah gitu.. Suatu hari ketika dia berkunjung ke rumah kakak nya dan mengajaknya jalan-jalan..

"Jom, along bawak jenjalan nak? Sekali dengan mak ayah.. Along bawak pergi pasaraya baru.. Kita pegi Giant."

Dan dengan konfem lah si budak ni nak ikut.. Dalam fikiran dia nak bawak pergi manalah kan.. So, sekali dengan mak, ayah, abg ipar, anak2 sedare termasuklah kakaknya pergi sekali..

"Kita nak pergi mana Along?" tanya budak tu lagi.

"Kita nak pergi Giant la."

Budak ni fikir.. Wahh,, nama macam hebat je kan.. Macam mana lah nanti.. Biasalah budak dari kampung pegi jenjalan kan.. Bila dah sampai jer...

"Lah, ni bukan jayen tapi giant (sila baca dalam bahasa melayu ejaan nye).."  budak ni cakap dengan konfiden..

"Mana datang giant nyer (baca lagi datang ejaan melayu yea).. GIANT (jayen) lah.." Kali ni mak dia dah nyampuk.

"Dahtu selama ni orang baca komik doraemon tu salah lah yea?" tanya si budak ni lagi..

"Adik baca apa?"

"Jayen tu giant (ejaan melayu lagi) lah."

Dan akhirnya semua terdiam sebelum gelak berdekah-dekah..

Kisah di atas tak tahulah ada kene mengena dengan penulis ke tak.. Lalalalala~~ Yang pasti pasaraya Giant masa tu taklah sefemes sekarang siap memang der gambar giant (gergasi) lagi masa tu... 







p/s:: sok nak pergi pesta buku.. nak ikut??

16 comments:

ciksukaberangan said...

HAHA. pengaruh2 ~

محمد شهريل القنيطري said...

haha..mcm tu pon ada ka..

Domu-kon said...

rasa cam tau je sape budak tu..hehehe

Teenager Housemaid said...

kekeke..

saya pun dulu suka baca komik doraemon..:D

-Incek Fik- said...

hahaaa.. budak tu mesti awak kan?

dan waktu tu mesti awak pronounce bunyik cam gian (orang 'gian' minum air ketum ) kan?

heheee.. comel jer awak ni


*nak taw kenapa Nobita takut nak datang Malaysia?
sebab kat sini melambak-lambak Giant (tak lawak)

aku HaniAsyira said...

@cik suka berangan:: pengaruh apekah??

@Mohamad shahril:: macam ni pun adelah

@domu-kun:: sape2?? sy xkenal lah.. heee~~

@teenager housemaid:: jom,,, tukar2 komik nak??

@incek fik:: sy mang comel pun.. lalalala.. awk bg teka-teki jawab sndiri lak eih..

reenapple said...

betul ke tiada kaitan dengan penulis.. hehehe.

aku dulu baru tahu Giant tu gergasi bukan sahaja nama watak dalam citer Doraemon.. hehehe

akuamir said...

haha,, dulu ku pon panggil jusco dengan sebutan melayu,,hahaha^_^
waooo header tuko,, sori lame ta hadap,, ta sihat,,

::WafaIrdina:: said...

alahai
tertukar sudaaaa
pe pun g giant besss
ley borong bnyk brg :D

Hidayah Maznan said...

haha..pasal giant pon boleh buat entry..
aku rasa aku tau sapa budak tu..kihkihkih

H.J said...

pengaruh komik..haha

Mishter Izwän said...

hahaha, ni msti kisah awk kan . .

CekbOlat-bOlat said...

giant tu adk bradik wa.. wa dolemon versi bulattt.. agaga

Cik Aini Lavender's said...

hai..thanks dear sudi follow,follow u back =p

kita dr segmen yg sama,group no 2 :)

shille yusof said...

hahaha..sambil bace pun aku da dapat agak sape budak tu..haha

Anonymous said...

haha