dewan rakyat

Sunday, February 5, 2012

Cuti pada hari yang memang cuti...

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku dah cakap kan aku dah balik ganu.. Yup, aku sekarang dah ada kat ganu balik... Walaupun cuti masih berbaki dua minggu tapi nak buat macam mana final year project punya hal terpaksa aku balik..

Walau macam mana pun tetiba aku digemparkan makmal u aku terbakar sehari sebelum aku balik.. Aku tak tahulah korang tahu ke tak... Dan aku tak tahu pun kalau ada keluar dalam paper or tv pasal ni.. Aku pun cuaklah mana tahu makmal aku terlibat sama habis usaha aku selama satu sem ni walaupun kajian aku taklah seberapa mana tapi value dia tinggi nak bagi lepas grade kan... Dan alhamdulillah selamat... Yezzzz...

Aku pun tak tengok lagi sebenarnya (sumber sinar harian online)

Nak dijadikan citer hari yang aku balik pulak tiba-tiba berita lagi gempar aku dapat ialah makmal boleh guna masa waktu pejabat sahaja... Uwaaaaa,,, timeline aku lari... Maka lagi lambat aku siap keje.. Dan bagi kawan-kawan aku yang dapat sama nasib dengan aku mula memprotes,

"Okay kita dapat cuti hari jumaat dan sabtu setelah sekiah lama tak cuti."

"Yeah, nak pegi holiday mana cuti-cuti ni?"

"Jom,pergi main bowling kawan-kawan."

Padahal semua tak ikhlas nak buat statement.. Kalau orang lain seronok dapat cuti tapi bagi kami tahun akhir tidak sebab present progress lagi 2 minggu dan waktu cuti termasuk cuti umum dan waktu lepas pejabat sangat diperlukan bagi mendapat result.. Betapa complicated nyer hidup kami ketika ni kan..

Tapii..... statement last sekali pergi main bowling dapat direalisasikan dengan sempurna (walaupun aku kalah teruk sangat-sangat).. Tak pernah-pernah girls course aku beramai-ramai kuar sesama melainkan ada event.. Inilah dinamakan girls' day out babeyh!!!

Aku malas citer panjang-panjang.. Jom, usha gambar nak?? Aku kan jarang tempek gambar kat sini lagi-lagi ader muka aku... =)

muka bahagia naik bas

Semua nak ketepi

Peace to rumput!!

Aksi terjunan dari profesional

Tempat korang ader bas ni?? Best wooo!!


Menunggu bowling dibuka


Gembira bersama bowling

Okay, setakat ni jelah gambar yang dapat aku tunjuk untuk tontonan umum.. Korang taw tak yang mana aku?? Kalau tak tahu.. Tak dapat den nak nolong...

p/s:: aku ranking second okay dari semua kalau dikira dari belakang.. wakaka..

6 comments:

EZAD AMIR said...

wahhhh lawa giler kerusi bus tu..
bus tu bgerak ke replika je?

CekbOlat-bOlat said...

mesti photografer menonggeng tgkap gmbor korg.. bahaha

aku HaniAsyira said...

Bas ni bergerak lah... RM2 jalan satu k.traganu..

aku HaniAsyira said...

self-timing je pun tp sblum tu mamang tertonggeng la gak.. hahaha

cweet pinky said...

lawa gilerr bas ~

mama aryan said...

lawa bus tu..penah tgk masa g teganu dulu,tp x sempat nak amik gambar..
atil baju merah tu ke?hehe rasa2nya la