dewan rakyat

Saturday, January 7, 2012

mati aka meninggal dunia aka death

Bismillahirramanirrahim...

Entri kedua aku untuk bulan Januari 2012 ialah TENTANG DHIA.. Hahaha.. Bukan-bukan, yelah tentang dhia kan banyak sangat orang yang mati dalam citer tuh... So, mang aku nak citer sal mati lah sebenarnya..

"Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh" (An-Nisa': 78) 


Amacam ada sentap tak sikit?? Ada tak antara korang yang selalu ingat mati ni?? Aku, macam hari-hari ingat mati kalau aku dok sendiri-sendiri lah.. Tapi kalau tengah gelak tak ingat dunia tuh, tak ingat dah.. Kalau lah tuhan tarik nyawa aku masa tengah sakan gumbira tuh macam mana lah kan.. Aishhh... Ingat-ingat kita boleh lari ke daripada mati.. 


Aku lagi sentap kalau balik rumah, mak aku siap tunjuk mana kain batik dia letak kalau nak tutup kalau mak meninggal nanti,


"Atil, mak letak kain batik dalam almari ni, celah sini taw.. Lepas tuh, ada lah duit mak letak kat situ, sini, sana.. Celah fail.. Kalau nak cari dokumen ke kat sini hah mak letak.. Bla.. Bla.. Bla"


Aku dengar rasa macam nak nangis tapi ku tahan juga.. Buat muka selamba jer. kadang-kadang aku cakap gak,


"Manalah tahu nanti atil yang pergi dulu mak."


Mak diam dah lepas tuh....


Kalau pasal mati memang rasa.. Aduhai,,, aku tak bersedia nak mati.. Macam mana nanti aku kat sana.. Kena seksa ker,, amalan dah lah tak banyak mana.. Takut bila pikirkan hal mati ni.. Tapi mang mesti ingat kan.. Kita takkan hidup selama-lamanya..



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)


Jadi nya, kalau rasa nak diri tu nak jadi pintar ke, bijak pandai ke, kenalah buat persediaan lepas mati kan.. Kene buat apa persediaan apa?? Rajin-rajinlah kanlah diri buat segala suruhannya dan tinggalkan larangannya.. Kalau aku citer pun apa yang disuruh dan apa yang dilarang aku rasa semua orang tahu cuma buat-buat tak tahu je termasuklah aku.. 


Dunia nampak indah sebab ada depan mata, tapi kita tak tahu lagi betapa indahnya akhirat kalau kita lebih bersedia.. =)


p/s:: mood exam mang macam ni.. 











1 comment:

mama aryan said...

teringat arwah mak akak..yg sebelum perginya,dia dh bgtau adik akak kt mana dia simpan semua benda..duit celah tikar,telekung yg dia nk guna masa meninggal..tetiba sedih lak sob3