dewan rakyat

Monday, January 2, 2012

maaf aku terpaksa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Di lembaran baru tahun baru aku mulakan segalanya yang baru.. Aku koyakkan coretan ku di buku lama.. Kira-kira mahu jadikan buku nota bagi sem baru.. Aku buangkan kisahku bagi aku mulakan hidup yang baru.. Bajet lah tahun 2011 berduka sangat.. Tak ada yang berduka pun. Cuma aku mahu buatkan 2012 lebih mantap dan bergaya dari 2011..

Maaf andai aku ada terkasar bahasa.. Dan maaf kepada somebody yang aku terpaksa remove kan dirinya dalam hidupku tanpa akhir kata.. Kali ni aku tinggalkan dirinya macam tu saja tanpa penamat bicara.. Sekurang-kurangnya aku lagi suka.. aku tahu dia takkan cariku lagi.. Maaf aku terpaksa..

Maafkan aku lagi kerna memulakan tahun baru ini dengan entri tak berapa gembira.. Supaya entri ini pengakhirannya entri berduka ku.. Dan mungkin juga sebab aku dah nak exam.. So, otak bercelaru, jiwa tak menentu membuatkan aku hilang punca... Maafkan aku kerna terpaksa..

Maafkan aku kerna ayat entri ni seakan berpuitis sebentar kerna diriku memang begini (ni ayat bajet).. Aku akan berpuitis bila diriku berseorangan.. jadi jangan biarkan aku keseorangan tanpa teman di sisi.. Maaf aku terpaksa..

(maaf lah aku merepek-repek untuk entri awal tahun ni.. Tapi apa salahnya baca ayat aku macam ni kan.. Comel kan.. Maaf aku terpaksa ) Peace no war!!! =)

p/s:: aku betul-betul nak mulakan hidup baru..

5 comments:

Edy Fee said...

klau ade pon knagan pahit 2011...buat pengajaran je..hahaha jom mulekan buku baru

aku HaniAsyira said...

dalam pahit ader manisnyer.. =)

::WafaIrdina:: said...

tutup buku lama ..buka buku baru..semoga dipermudah..inshaAllah ^^

aku HaniAsyira said...

betul2... tukarkan jd lagi2 bagus kan..

mama aryan said...

semoga 2012 lbh mantap & bergaya ye atil