dewan rakyat

Sunday, December 30, 2012

Kecil tapi bermakna

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu aku cakap pasal cerita The Hobbit. Disebabkan aku cakap ada kaitan dengan The Lord of the Ring, korang agak aku peminat cerita tu kan. Erkk.. Padahal seumur hidup aku, aku tak pernah tengok LOTR. Tengok iklan, tengok cd, tengok kat tv sekilas pandang adalah. Tapi, tengok betul-betul, tak pernah pun. Aku ingat muka hero dan telinga dia je, jalan cerita satu pun aku tak tahu. Bila cik nur cakap watak tu pun aku tak tahu. Zaman LOTR tu masa aku sekolah rendah rasanya. Masa tu aku tak suka tengok cerita epik macam gitu. Jadi, tak adalah aku layan. Walaupun aku suka cerita fantasi. Tapi, waktu bebudak cerita genre tu tak boleh hadam. Lain lah Harry Potter.. =P

Sekarang ni dah penghujung kalendar masihi 2012. Nak masuk tahun 2013, sepanjang tahun ni, buat pertama kali aku buat senarai keinginan aku untuk tahun 2012. Selalunya, benda yang aku nak buat tak pernah nak rancang. Main redah je. Nampak sangat diri ni tak teratur kan. Takpun ingat dalam kepala sebab selalunya impian jangka panjang. Jangka pendek takda pun. Tapi, tahun 2012, aku beli planner dan plan sendiri. Entri kali ni aku nak tulis apa yang dapat aku buat. Cuma yang kecil-kecil saja kecuali yang pertama tuh. Yang tak dapat, kita diam kan saja. Injakkan ke tahun 2013 nampaknya. ^_^

Umrah
Syukur alhamdulillah untuk kesekian kalinya aku dapat jejakkan ke dua tanah suci tersebut setelah melalui onak dan duri. Aku ingat lagi, Ramadhan tahun sebelum tu, aku menangis teresak-esak setiap kali lepas solat doakan moga aku dapat pergi untuk Ramadhan akan datang. Lagi-lagi bila pandang tikar sejadah ada gambar kaabah. Bila aku bangun solat malam lagilah teruk aku menangis. Aku rasa sepanjang tahun aku doakan benda yang sama bersungguh-sungguh. Doa paling berusungguh aku pohon. Aku tak cakap kat sesiapa pun. Tiba-tiba mak dan kakak aku cerita mereka ada perasaan yang sama. Tengok duit simpanan cukup terbanglah kami berempat ke sana walaupun ada je halangan yang datang. Tapi, syukur semuanya dipermudah kan. Ada aku catat di blog melalui entri INI INI INI INI INI 



Gajah
Ini wishlist aku masa awal tahun hari tu. Tengok movie thai kat tv terus cakap nak naik gajah. Tiba-tiba rasa gajah tu comel. Aku ni pengaruh tv kuat sikit. Memang berangan nak naik gajah. Habis semua orang aku bagitahu nak naik kan. Heboh lah. Orang semua ingat aku main-main padahal dalam hati berkobar-kobar sangat. Tak berapa lama lepas tu, entah macam mana kelab kos aku ada buat program "sehari bersama gajah". Aku yang sangat teruja terus ajak bawang ungu siap belanja dia lagi. Dorang ni macam tahu-tahu kan. Banyak entri aku buat pasal gajah tapi aku bagi link hari kejadian saja yang INI


Catat segala perbelanjaan
Tahun ni dengan jayanya, aku tulis semua perbelanjaan. Ada jugak yang terbabas lupa nak tulis tapi kebanyakannya aku catat lah. Ini diinspirasikan oleh ayah aku sebab setiap sen dia catat dalam komputer nya. Cuma, aku ni tulis dalam planner. Planner yang sepatutnya jadi perancangan aktiviti telah aku buat jadi buku kira-kira. Takut nak kira jumlah semua aku belanja. Erkk..

segala resit aku simpan yea
Pergi rumah safi rania
Safi rania duduk Kelantan je. Tak jauh dah dari Kuala Terengganu. Dah banyak kali dia ajak tapi tak dapat pergi jugak. Lagipun, tuan empunya badan pun jarang balik. Kami tak balik, dia pun tak balik. Macam mana nak pergi tuh. Rasa nya dari sem 1 dah plan nak pergi cuma tak berkesempatan lagi. Elok pulak betul-betul nak habis sem, lepas exam tak silap. Ada sorang lagi cousermate kami yang kakak dia kawin dekat dengan rumah safi rania. Jadi, kami pun pergi lah. Bukan aku dengan bawang ungu je. Suku daripada coursemates kami pergi. Ajak sangat datang rumah kan, satu rombongan besar datang. 

Lagi satu benda aku nak bagitahu. Mak safi rania berkenan dengan bawang ungu nak buat menantu ataupun kata lain kakak ipar safi rania. ^_^

Gambar masa kenduri je ada
Selamat malam
Setakat ini, aku berjaya jugak antar ucapan selamat malam kepada kawan-kawan aku. Walaupun kadang-kadang sama je, tapi aku cuba jugak ucap kan setiap malam. Pernah je aku tertinggal untuk ucap atas sebab-sebab tertentu. Pernah sehari, pernah berhari-hari, ada jugak terlupa nak wish kat orang-orang tertentu bila fon buat hal. Selama mana aku boleh wish itu tak ada jaminan lah. ^_^

Aku ada tulis entri INI kan.


Berat
Entah lah berjaya ke tidak naik sekilo. *tengah fikir

Ini semua benda kecil yang nak aku buat tahun 2012 tapi sangat bermakna untuk aku. Kecil tapi bermakna. Itulah moto nya. Benda yang besar aku diamkan saja. Lalalala~~ 

(umrah tu yea projek paling besar tahun 2012)

p/s:: entri yang mengambil masa paling lama untuk tulis untuk tahun 2012

Thursday, December 27, 2012

The Hobbit

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari Sabtu hari tu, pergi lah jenjalan dengan kakak aku sorang lagi. Balik je dia dari kerja terus pergi dengan kawan dia. Sebab aku dah cakap awal-awal. 

"Wajib bawa atil keluar."

Sebab aku kata kalau dia bawa aku keluar aku tak pergi lah kenduri dengan kakak aku sorang lagi. Jadi, nak tak nak dia memang kena keluar lah dengan aku walaupun dia kata gaji dia tak masuk lagi. Dengan bongkaknya aku jawab,

"Takpe, atil ada duit." Padahal, dia jugak belanja aku kan. Nasib lah, dapat adik cenggini.

Disebabkan tak tahu nak pergi mana dah, kak aku ajak tengok wayang. Tengok citer macam tak berapa nak ada dan ramai orang. Kami amik keputusan tengok cerita The Hobbit. Sekali dapat kerusi depan daaa.. Lenguh kepala mendongak sambil makan pop corn. 

Aku ni tak pernah pun tahu pe benda Hobbit tuh. Segala makhluk atau creatures dalam bahasa omputih nya yang ada dalam citer Inggeris ni tak tahu sangat pun. Tapi, dalam movie ni ada dwarves, wizard, goblins, elf dan pe benda ntah lagi. Manusia biasa macam tak nampak pulak. Yang jadi dwarves masih lagi manusia biasa. Tak macam cerita lain yang kita nampak memang orang kerdil kan. Cuma konon-konon rendah lah. Yang jadi wizard sebijik macam Albus Dumbledore citer Harry Potter aku tengok. Goblin dia, perkataan yang mampu aku tulis ialah.. Ewwwww..... Tak pernah aku tengok goblin macam tuh. Geli lah.. Makhluk elf pulak, aku confuse. Tak macam elf pun. Tinggi manusia biasa pulak. Cuma telinga dia lain. Hobbit pulak, tinggi sama dwarf tapi kaki dia besarrrr. Tak payah pakai kasut dah. Satu lagi makhluk aku tak tahu nama nya tapi watak dia macam tak betul. Erkk..  

Tak sangka movie ni lama. Tengok jam dah pukul berapa tapi tak habis jugak. Lepas tu, dah dua jam tapi masih banyak persoalan belum terjawab. Rupa-rupanya, movie ni bersambung. Itu pun nak dekat tiga jam baru habis. 

Aku tak pernah baca novel dia. Sebab tu aku tak tahu. Tapi menurut wikipedia, cerita ni kiranya 60 tahun sebelum kisah The Lord of the Rings. Kiranya ada kaitan lah cerita ni dengan LOTR kan. Penulis novel pun sama.

Movie ni boleh tahan. Seronok jugak. Lagipun cerita fantasi kita tak jangka apa yang berlaku macam cerita-cerita biasa. Dah nama pun fantasi. Apa-apa saja boleh berlaku kan. Cantik gambar dia. Kalau tengok 3D mesti best. 

Tunggu sambungan dia, yang movie sekarang aku dah lupa jalan cerita nanti. 

Sunday, December 23, 2012

mencari jalan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila ada kat rumah kak ni mood nak online merudum bukan main. Bukan setakat blog, online benda lain pun malas sesangat. Mungkin sebab tak dapat posisi yang best untuk online jadi bila nak menulis entah kemana mood nya. Sebab tu aku macam senyap je seminggu ni. ada yang pasan tak?? =P

Entri yang 'terkurung' tu pun aku tulis macam tu je. tak baca balik pun lepas siap taip. Terus tekan publish.  Kalau salah eja atau aku merapu lelebih (selama ni memang entri merapu pun), ayat tunggang terbalik, ampun banyak-banyak ei. Terasa macam assignment last minute. tak sempat nak check. Bukan takda masa tapi malas yang melampau. Itu pun paksa diri nak taip kan. Kalau tak paksa makin lama lah aku duduk diam-diam.

Pasal macam mana boleh terkunci, siapa yang kunci tu, sebenarnya pintu toilet tu memang stuck sikit. Kalau tertutup rapat, memang susah nak buka balik. Tapi, tak pernah lah pulak langsung tak boleh bukak macam hari kejadian. Memang dah takdir pintu tu jadi macam tu masa aku pergi toilet kot. Ke toilet tu boikot aku??

Sepanjang seminggu duduk rumah kak aku, aku jadi survivor. Macam power sangat ayat kan. Saja nak tunjuk diri hebat kononnya. Padahal?? Hebat tang mana entah.  Aku pergi redah sorang-sorang KL tu tak da teman. Aku ni duduk kampung, lepastu belajar pun tak pernah tengah-tengah bandar lagi-lagi ibu negara tercinta ni kan. Sah-sah lah aku tak tahu jalan apatah lagi bukan selalu aku jalan kat KL ni. Ada lah jugak beberapa kali kuar berdua dengan bawang ungu. Sebenarnya, dua kali je. yang lain dengan family itupun aku rasa takda jalan KL sangat. Jadi, berpandukan jenjalan aku yang beberapa tahun lepas, dengan jaya nya aku meredah kota besar ni sorang diri. ^_^

Syukurlah, semua tempat aku nak tuju semuanya dekat dengan lrt. Kalau tak, mahu aku sesat sesuka-hati kan. itupun tersesat jugak. erkkk. Tengok dah guna token sekarang ni lagi buat aku blurr. Tengok bangunan tinggi-tinggi mula pening, mana satu bangunan yang aku dah check dalam internet tadi. Macam sama je semua. 

Destinasi pertama aku pergi, aku dalam rush. bajet citer rush hour memang macam lipas kudung aku berkejaran nak ketempat dituju. Dahlah tak tahu bangunan mana satu. Dengan panas nya.. Sesatnya. Grrr.. mujur sempat sampai pada waktunya. Destinasi kedua hari yang lain, kali ni aku terlebih awal, sangat awal. Orang lain berkejaran sana-sini sebab nak cepat pergi kerja tapi aku rileks je jalan kan. tengok kiri-kanan. Tengok orang jalan-jalan dengan cepatnya. Dan aku tak sesat kali ni. Selamat yang kali tu, besar-besar papan tanda kat bangunan tu. Taklah aku terintai-intai cari. Dan juga tak jenuh tanya orang. Sempat beli sarapan. Yang mula-mula tu? Dari tengahari sampai ke petang seteguk air pun tak sempat.

Mak aku pulak, sibuk-sibuk call aku. Risau aku ni sesat tak tentu hala. Takpun risau jadi apa-apa. Mak aku sendiri tak yakin aku tau jalan. 

"Mak, atil ni navigator lah." (dah lepas boleh lah berlagak)

p/s:; mak suruh beli luggage dalam 22 inch. Dah beli pun. Macam mana aku nak bawak balik ni?? naik bas or tren?? 3 beg besar kena angkut gini. *berfikir

kakak mama aryan, kedai ni kan.. 




Thursday, December 20, 2012

Terkurung

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku ni kalau pergi mana-mana, asyik toielt je memanjang. Kawan-kawan aku kalau pergi sesuatu tempat mesti tanya tanya aku toilet kat mana. Sebab dorang agak, aku mesti tau. Kalau tak, takkan dorang cakap,

"Atil dan toilet memang tak dapat dipisahkan." Nak buat macam mana itu je aku cari kalau kemana-mana kan.

Ada satu masa di sekolah, aku dengan kawan aku pergi toilet kejap. Mahu melepaskan hajat dan cuci muka sebab mengantuk sangat. Kami keluar sejurus cikgu keluar jugak. Toilet perempuan jauh sikit. Bangunan belakang, area makmal. Sampai je toliet (sah-sah toilet banyak bilik membuang kan), ramai rupanya dalam tu. Ada jugak kawan aku dari kelas lain, dua orang. Aku tegur macam tu je, terus meluru masuk sebab tak tahan.

Masa kat dalam tu, aku dengar macam dah kurang sikit bising nya. Tapi, tetiba dengar kawan aku yang dari kelas lain jerit.

"Weyh, pintu stuck lah, tak boleh bukak." kawan aku jerit dalam gelak-gelak.

"Yelah, sangat hangpe kan." sempat lagi aku nyampuk. Tahu saja dorang memang suka main-main.

Aku keluar je, tengok-tengok, kawan aku yang dorang tu sibuk-sibuk tarik tombol pintu. Tak mahu jugak terbukak. Walaupun macam tu, kami berempat masih lagi gelak-gelak. Ingat kan tak teruk sangat kan. Kejap lagi lepas kot. Manalah tahu tak guna sepenuh tenaga.

Aku pulak yang cuba. Tak boleh jugak. Masa tu semua nya dah cakap.

"Sudah, takkan kita terkurung betul-betul kot."

Aku macam biasa suka memanjat. Panjat sinki, sambil terjengket-jengket tengok sesiapa yang ada dari celah-celah jaring tingkap toilet tu. Waktu tu lah jugak tak ada orang pergi toilet kan. Lalu pun tak da. Selalunya ada jugak makcik cleaner ke. Boleh pulak, takda kelas langsung kat makmal masa tu.

Lama jugak lah kami dalam toilet tuh tunggu ada orang konon-konon datang selamatkan ke tak. Mula lah buat cerita macam-macam sesama kami. Kena tidur kat toilet lah. Panggil bomba datang lah. Sampai merepek-repek entah kemana hala kan. Walaupun tahu takkan jadi macam tu. Macam seronok pulak jadi kan. Tapi kalau aku sensorang je dalam tu yang terkunci. Takda nya boleh gelak-gelak macam tu. Mesti gelabah tak tentu pasal. Silap haribulan.\, satu sekolah dengar aku jerit mintak tolong.

Lebih kurang beberapa minit lepas tu, ada junior nak masuk toilet. Aku yang siap-sedia jadi pengintip dari atas tu, mulalah jerit suruh panggil sesiapa tolong bukakkan pintu. Elok pulak lepas tu datang pulang kawan sama tingkatan. Lebih dari sorang pulak. Dorang memang suka berjemaah pergi toilet kan (padahal aku pun sama). Tadi, punya lah takda orang, sekarang ramai pulak kan. Saja je nak tengok kami yang terkunci kat dalam ni. Tak lama lepas tu, makcik cleaner datang. Dengan kehebatan nya, terus mengopak pintu toilet. Padan muka kau pintu!! Erkkk..

Kami pun apa lagi, terus keluar sambil cium-cium baju. Kot-kot lah ada bau toilet melekat pulak (ini aku tipu). Kawan-kawan lain yang ada sekali memang gelakkan kami. Yang aku tak puas hati, ada ke patut makcik tu cakap kami ponteng. Tak baik tuduh tau. Apapun terima kasih lah kat makcik tu kan.

Balik je kelas, mujur cikgu tak masuk lagi. Kalau tak..

p/s:: ini bukan kejadian terakhir aku terkurung dalam toilet. ish2

Saturday, December 15, 2012

wang baki

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu petang yang panas tapi aku gagahkan diri keluar rumah untuk ke pekan sebentar. Nak cuci gambar dan fotostat cadangnya. Setelah pujuk kakak banyak kali, dia taknak teman aku. Padahal aku malas sangat nak drive. Alang-alang dia balik haruslah aku gunakan dia. =P

"Kakak nak baring je hari ni, taknak keluar." (bajet aku panggil dia kakak. Drama blog saja)

Aku pun bangun dengan malas pergi menunaikan solat asar dulu, bersiap ala kadar dengan mencapai tudung atas kerusi yang ada di ruang tamu. Tudung ekspress. Memang sangat ekspress, bila ada orang datang, pergi sidai kain, senang je. Terus pakai. Aku kan pemalas.

Pekan kecik ni bukan banyak kereta pun. Kosong je parking. Lagi-lagi hari cuti. Memang senang tak payah susah-susah. Dalam hati nak je aku duduk sini sampai bila-bila. Inilah akibat duduk rumah lama sangat.

Masuk kedai gambar yang biasa pergi, aku terus hairan. Kenapa pulak ada pekerja India dalam kedai ni? Siap ada anak-anak dia lagi. Selalu takda pun. Kedai ni selalu aku pergi ada Chinese je. Kedai ni lama sangat dah ada. Tauke dia pun dah kenal sangat dengan mak aku. Mula aku blurr nak tanya kat siapa. Entah bila nak buang sikap blurr dalam diri ini. Erkkk.

Auntie India tu datang tanya aku nak apa. Aku bagi cd yang sedia ada gambar aku.

"8 keping yea."

Aku bagi dokumen yang nak difotostat. Mata aku terkebil-kebil nak bagi antara mak dia atau anak dia. Anak dia pun muda lagi. Muda bertahun-tahun dari aku. Manalah tahu saja datang menempek kat kedai tu. Tapi, yang menghulur tangan, anak dia. Aku bagi jelah.

Menunggu agak lama di kedai itu untuk mencuci gambar. Mungkin ramai pelanggan dia petang tu. Yang proses gambar. Yang tangkap gambar masih lagi auntie chinese tapi bukan yang aku kenal. Anak dia mungkin. Membuatkan aku lagi terkejut. Anutie chinese dengan auntie India tu berkomunikasi dalam bahasa cina. Bukan dia je, anak-anak auntie india pun sama. Kalau lah aku pun faham mesti best. Harap je hari-hari tengok cerita cina.

Bila semua dah siap, aku tanya bayaran nya. Semua sekali, RM 12 termasuk fotostat. Aku berikan not RM 50. Auntie India tu memulangkan baki dua not merah, satu not hijau, tiga not biru. Aku ambil sambil otakku mencongak baki sebenar. Disebabkan hidup asyik menggunakan kalkulator. Pengiraan simple pun jadi lembab. Tapi, dalam kepala bukan ke baki RM 38?

Aku keluar dari kedai tapi kepala ku ligat berfikir. Aku patah balik dan tanya,

"Baki tadi bukan RM 38 ke?"
"Itu gambar RM 10 dan fotostat RM 2. Bagi RM 50 kan. Betul lah baki nya RM 38" tauke nya yang chinese bagi penjelasan.
"Tapi, ini tak cukup lagi RM 10." aku menghulurkan baki tadi kepada dia sebagai bukti.

Tauke tu baru nak melangkah ke kauter wang melihat aku.

"Ini duit RM 20 dengan RM 10." sambil menunjuk duit ke arah ku.

Aku tengok balik not dia bagi. Alamak, kenapa aku tak perasan?

"Saya tukar kan balik lah ya. Orang salu confuse dengan ini duit."
"Takpe-takpe. Sori ei." kataku berulang kali minta maaf sambil mengambil wang baki kembali.

Aku terus keluar dari kedai tanpa menoleh lagi. Kerana duit RM 20, tak pasal-pasal aku malu kat situ. Ceit!!

p/s:: perasaan sekarang masih malu!!

Friday, December 14, 2012

Hari pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku toleh kiri-kanan, 

"Ramainya orang!" kataku dalam hati.

Macam-macam ragam ada. Ada yang muka monyok bawa beg. Ada muka happy. Aku?? Sengih je memanjang. Dengan bantuan mak, ayah dan kakak selesai pendaftaran. Naik ke tingkat atas. Tertera di situ,

'Fatimah Az-Zahra'

"Inilah dorm Atil. Dekat je dengan toilet kan." 

Masuk sahaja ke dalam dorm terus menuju ke katil kedua terhujung. Masa tu tak ramai lagi orang. Katil di tepi tingkap hujung sekali?? Dua-dua masing kosong. 

"Seronoklah atil katil bawah kan?" kata kakak ku.

Aku ngangguk sambil senyum-senyum. Mak sibuk tolong kemaskan locker. Ada dua locker ketika itu. Locker besi dan locker kayu. Aku tengok je saja mak susun sambil memandang sekeliling. Katil sebelah ada orang. Kakakku berbisik,

"Atil ni campur dorm dengan Form lain ke?" kata kakak bila melihat wajah penghuni sebelah katilku yang pada pengamatan kami sangat matang kalau dibandingkan dengan usia ku. Usiaku baru menginjak 13 tahun. Dia pun sama sepertiku melihat ibunya mengemas dan aku lihat kakak nya seperti  memakai uniform sekolah ini.

"Entah." kataku pendek.

Aku lihat penghuni katil atas masuk ke dalam dorm bersama ibu dan ayah nya. Masa tulah tanya nama dan mak aku mula memulakan sesi ramah mesranya. 

"Nama sape?" tanyaku.

".......... Asyikin." katanya

"Kamu lah yang nama tu ei. Kiter dapat surat nama kamu dua perkataan awal." masih membahasakan diri 'kiter' 'kamu'. Baru habis sekolah rendah kan. Aku kenalkan namaku. Seperti yang disangka dia dapat surat nama ku dua perkataan awal. Apabila disambungkan dengan namanya Asyikin tak ubah macam nama kakak sulung ku. Cuma berbintikan lain.

Mak siap mengemaskan barang-barangku. Kami mula keluar dari bilik.

"Mak!! Kasut Atil tertukar lah." aku lihat kasut yang dipakaiku. Saiz sama tapi dalamnya tiada tisu!! Kaki ku sangat kecil masa tu sehingga terpaksa disumbat tisu.

Sambil menuruni tangga ke aras bawah, mataku melilau mencari orang yang memakai kasut seperti aku. 

"Takdapun mak kasut sama Atil," keluhku lagi.
"Nanti jumpalah. Mesti dia sama dorm kan," ayahku memujuk.

Sehinggalah aku nampak orang yang sama kasutku dan aku pun mengejar. Memang betul kawan sedorm. Saiz badannya sama sahaja dengan aku malah aku lebih rendah darinya. Patutlah, kasut pun sama.

Hari makin suntuk, mak, ayah dan kakak mula mengundurkan diri. Perasaan aku?? Tak ada sekelumit perasaan sedih pun sebab memang itu impian aku bila melihat semua adik-beradik sekolah berasrama. Memang ini saat yang aku nantikan. Duduk rumah keseorangan apabila jarak umur adik beradik yang lain jauh bezanya membuatkan aku lagi berkobar-kobar mahu ke sekolah asrama. Distulah titik-tolak perjalanan ke arah lebih dewasa.

Inilah kisah aku sembilan tahun dulu. Hari pertama ke sekolah berasrama!!

p/s:: aku mimpi kawan sekolah malam tadi. tak tahulah kenapa padahal takdalah teringat sangat. Itu yang lahirnya entri merapu ni. =P
p/s2:: of course jalan cerita sama cuma dialog tu lain lah sikit kan. mana nak ingat 100%  ^_^
p/s3:: nak letak gambar sekolah tapiiii.....


Wednesday, December 12, 2012

Santai menyental

Bismillahirrahmanirrahim...

Selama aku berblog betul-betul ni, tak pernah nak kenal kan penyeri blog aku kan. Yang selalu komen, jadi pembaca setia, jadi kawan blogger aku dan dan dan........ Tak tahu nak sambung apa dah. So, hari ni, untuk santai menyental aku nak citer pasal mereka yang mewarnai blog aku. (ayat kononnya). Hajat di hati nak cerita semua je tapi yelah macam mana nak taruk dalam satu entri. Kang mahu bertingkat entri aku. Jadi, aku amik keputusan amik je dulu dekat Yang Terlebih Melompat.. Aku cuba cerita lima dulu, kalau panjang sangat tengok lah macam mana. Kang aku membebel bukan nak ingat. Tengok intro pun membebel panjang. Atil, oh Atil!!

Disebabkan cik nur yang terlebih melompat, aku cerita cik nur lah dulu. Tahniah yea, kerana terlebih melompat kat sini. Erkkk.. Cik Nur kiranya memang jadi pengomen aku dari aku mula-mula konon-kononnya aktif sampai lah sekarang. Cik Nur ni ahli GSF. Nak tahu benda tanya Cik Nur sendiri. =P Cik Nur senegeri dengan aku. Blog dia semua ada. Resepi, lagu, siap ada sinopsis untuk drama Dalam Hati Ada Taman lagi, tapi drama tu aku tak tengok sangat. Heee~~ Rajin tinggalkan jejak dekat cbox aku. Dan memang rajin BW ni. Ofcourse lah tak nyombong kan Cik Nur! =) Dan sampai sekarang tak ada peluang pun nak jumpa. 

Blogger ni?? Dia lah blogger sekampung aku. Bukan sekampung, malah pernah duduk setaman lagi. Tapi, aku tak pernah jumpa dia mahupun nampak batang hidung dia mahupun sipi-sipi. Cuma kereta tak ada nama dia je aku jumpa itupun sebab lalu tepi rumah dia. Mak dia kawan mak aku, kenal aku tapi mak aku tak kenal dia. =P Lagi, mak dia bekas anak murid ayah aku. Blog dia cerita pasal dia dan kadang-kadang share pendapat dia yang diolah dengan penulisan dia lah. Entri dia bertingkat-tingkat tapi still mampu baca. Entahlah, aku tak pernah rasa entri dia panjang kot. Pesanan untuk blogger ni, agak-agak pegi pantai timur takpe ajak je aku sekali k.

Akak kiter ni memegang status blogger pertama yang aku jumpa. Cuma adam dengan adrien tak pernah jumpa lagi. Akak ni membuatkan aku terkejut sebab sanggup komen entri aku yang lama-lama. Bukan satu, dua tapi banyak. Tima kacih banyak-banyak akak!! Akak ni dah janji dengan aku nak bawa jenjalan kat Shah Alam kan. Ngangguk cepat!! Siap offer nak bawa restoren yang dia pernah makan lagi. Tapi, itulah sejak jadi bibik ni susah sikit. Blog akak ni citer pasal dia, En. Azmi dan anak-anak nya, adam dan adrien. Si adam yang sangat suka yoyi kan.. untuk akak, nanti atil pegi rumah kakak, atil roger-roger ei.. ^_^

Si dia kecil molek dan cantik manis antara blogger yang paling rapat dengan aku. Baik ngaku shirah!! Dia pulak blogger pertama dapat hadiah dari aku. Datang dari jauh lagi hadiah tu. Blogger yang aku chat sesama dan sharing something dengan dia. Lagi-lagi dia lah dari awal aku mula bukak blog aku pada public sampai sekarang. Dah banyak kali plan nak jumpa yelah belum rezeki lagi kan. Takpe lain kali kita set date lagi k!! Dia sangat ambitious dan bakal jadi hmmm. Aku konfius lak. Sorry dear!! Sangat busy dalam mengejar cita-cita. Tapi, aku suka dengan semangat dia. Blog dia cerita pasal dia, pendapat dia dan lain-lain lagi. Untuk shirah, be strong dear!! Aku tak tahu hujung pangkal itulah jelah aku cakap. Sesuatu terjadi rasanya. Yeke??

Untuk jejaka ni pulak yang kalau tidak memegang title begitu lama untuk yang terlebih melompat. Tapi, yelah widget tu kan untuk 1000 komen yang terkini. Sekarang ni Mr. Clive makin senyap menguruskan urusan harian dia dan merancang masa depannya. Jadi, blog dia makin sunyi dan komen dia makin kurang. Kalau tak, banyak dapat komen dari Mr.Clive yang sangat rajin BW. Belum lagi blog dia dulu rajin buat contest yang melibatkan kita dan blog nya sahaja tanpa teruk-teruk syaratnya. Dia jugak antara blogger yang awal dalam support aku dalam dunia blog. Blog dia penuh inspiring quotes dan pandangan dia yang hebat. Thumbs up!!

Itu sahaja kot blogger untuk aku kenalkan hari ni. Itupun, berderet aku cerita kan. Kepada kamu, kamu dan kamu juga yang sentiasa ada mewarnai blog aku (mention warna lagi) aku ingat dan hargai je. Cuma lain kali, umur panjang aku cerita pasal korang yea. 

p/s:: entri sebelum ni hampir semua komen pasal pengantin tu je. Itu je ke korang nampak?? Ish2..

Monday, December 10, 2012

J.W.W Birch dibunuh..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk aku macam apa daaa...

Aku dah banyak cerita jalan negeri orang lain. Tempat orang lain cerita tapi tak pernah cerita jalan negeri sendiri kan. Ecece.. Konon-konon nak promote tahun melawat negeri Perak lah ni padahal nak habis pun tahun 2012. Erkk..

Hai Sabtu hari tu, 8hb ada kenduri kahwin anak kawan mak ayah aku. Ada dua kenduri tapi jauh-jauh antara satu sama lain. Tapi, mak ayah aku ni kalau orang dah ajak memang akan pergi walaupun jauh nun di Johor, mereka akan tetap cuba memenuhi jemputan.

Kebetulan, kenduri kedua tu area Pasir Salak. Tahu tak Kompleks Sejarah Pasir Salak. Yang sibuk-sibuk dalam buku sejarah tentang pembunuhan J.W.W Birch tu kan. Rumah kenduri tu dalam beberapa meter dah sampai depan gerbang pintu masuk kompleks ni. Menapak beberapa langkah memang sampai lah. Kalau tak, takkan pengantin pergi photoshoot situ kan.

Jadi, aku, mak dan ayah mengambil keputusan (macam besar sangat je) nak masuk kompleks ni. Yelah, entah bila punya zaman pernah masuk. Seingat aku, aku pernah masuk masa rombongan sekolah rendah. Berapa tahun lama dah tak jejak. Memori pun kosong. Kosonggg.. Kosongggg.. (nyanyi sikit)

Gerbang pintu masuk
Sekali masuk untuk dewasa RM 4. Kanak-kanak tak tahulah. Nak menyamar jadi budak tapi tak lepas. Ingatkan warga emas dapat kurang tak da jugak. Kepingin nak masuk, ayah bayor saja lah. Bajet besar kawasan dia dan berbaloi untuk bayar.. Tapi.....

Sungai Perak. Agak2 ada buaya tak??

Susur jalan
Bangunan yang mula-mula kami masuk yang ini,



Terowong sejarah Pasir Salak. Dalam tak boleh ambil gambar. Memang macam terowong pun. Gelap-gelita yang amat. Ada patung-patung menunjukkan kronologi sejarah di Malaysia dan juga Perak am-nya. Ada masa dia patung konon-konon J.W.W Birch nak kena bunuh, sekali ada sound daa.. Terkejut aku. Dahlah gelap. Tetiba ada bunyi. Tak jadi nak jalan sensorang tinggalkan mak dan ayah menikmati sejarah satu-satu. Patah balik. =P

Tingkat bawah ada muzium keris. Aku pun tak paham keris-keris ni. Kalau orang buat research elok sangat lah kan.


Abaikan muka berkerut-kerut tahan panas tu. Belakang aku tu, nama dia jam suria. Macam mana nak guna aku tahu lah. Tak sempat baca. Hahaha..

Jalan kedepan lagi nampak ni, sejarah jugak kot,

Erkk, mintak maap pengatin
Lepas tu ada rumah kutai, ataupun nama lainnya rumah lama.

rumai kutai 2
Tapi, rumah kutai ni tak boleh masuk. Kiranya RM 4 itu sajalah yang masuk pun. Hmmm.....

Kepada sesiapa nak datang sini takpa aku alu-alukan. ^_^


Sekian saja laporan saya.

Yang merepot dan kaki repot,

Hani Atil..


Friday, December 7, 2012

Yang menghampiri kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingat tak lagi entri hari tu aku cakap opah ada bagi kain untuk orang marhaban?? Disebabkan ada lebih satu pasang, opah tersebut dengan baik hatinya bagi kat aku. (dia bukan opah aku k). Rezeki jangan ditolak kan. Padahal aku terima pun dengan malu-malu. Macam mana kain tu dirahsiakan. Tengok beg dia je. Hahaha.. (dah lama tak tulis gelak cenggini)

abaikan tangan tu
Sepanjang dua minggu, tiga kematian aku hadapi. Ketiga-tiga arwah semuanya berkait dengan family. 

Pertama

Mak dapat mesej lebih kurang pukul 12 tengah malam. Masa tu kami baru nak bertolak dari Kuantan ke Shah Alam. Mak terkejut dapat mesej sebab mengatakan mak sedara nya meninggal dunia. Kiranya nenek sedare aku lah kan. Yang buat mak terkilan ialah hari raya hari tu mak aku beria nak cari arwah nenek ni tapi macam ada halangan. Lagi-lagi ada konflik dalam keluarga belah nenek tu. Dan itulah pertama kali kami dan saudara-mara mak yang lain tahu kat mana arwah nenek tu tinggal. Aku pun pertama kali tengok arwah nenek tu.

Bila tengok wajah arwah, mak aku kata,

"Macam nilah muka nyang dulu."

Kedua

Selang beberapa hari, dalam perjalanan daripada Shah Alam untuk balik rumah, mak aku dapat call pulak dari kawannya. Makcik ni bagitahu suami nya dah nazak. Suami dia merangkap kawan sama ngajar ayah aku, senior sekolah ayah aku dan jugak bekas cikgu kepada mak blogger sekampung (aku tahu ko mesti tak tahu kan). 

Esoknya, aku bagun-bangun tidur tengok mak dan ayah takda kat rumah. Rupa-rupanya cikgu tu dah meninggal. Mak aku ni pun bukan nak ajak aku sekali kan. Sabar jelah. Keluarga arwah cikgu ni rapat dengan family aku. Isterinya kawan mak aku, suaminya kawan ayah aku. Kalau ada apa-apa hal isteri dia bagitahu mak aku. Kami satu family pun ada melawat arwah masa terlantar kat PPUM. Sekali adik-beradik aku semua. Kalau pergi masjid pulak, ayah dan arwah selalu duduk sama-sama kat tiang. Kalau tak takkan lah ustaz yang bagi kuliah perasan.

"Dulu-dulu arwah cikgu tu, sama-sama duduk dekat tiang tuh dengan cikgu S (ayah aku). Banyak dia tanya tapi sekarang tak ada dah. Kita ni pun tak tahu bila kan."

Ketiga

Kringgggg.. Kringggg.. 

Aku tengok jam baru pukul 4 pagi. Bunyi telefon rumah pulak. Memang takkan lah aku angkat walaupun aku punya bilik paling dekat dengan telefon. Lepas tu, dengar telefon berenti berbunyi.

Tokk.. tokkk.. tokkk

Mak ketuk pintu. Bukak-bukak pintu mak cakap pakcik jiran sebelah rumah arwah atok di Ipoh meninggal. Itupun mak terpaksa ulang cakap dua tiga kali sebab aku mamai. Lepas subuh terus kami bertolak ke Ipoh. Family pakcik ni pun rapat dengan family aku sebab dia lah yang jagakan  rumah pusaka arwah atok. Kutipkan sewa rumah. Sapu laman rumah. Baiki rumah kalau ada apa-apa kerosakan. Walaupun umur dia menjangkau lebih 80 tahun. Lagi-lagi mak yang pegang rumah pusaka tu. Memang kami lah selalu balik Ipoh nun. Teringat setiap kali kami datang, dia pun terkocoh-kocoh masuk rumah amik buku yang dia catit untuk setiap duit yang dia pegang dan terangkan satu-satu. Sangat amanah kan. Anak-anak arwah cakap dekat mak,

"Lepas ni tak adalah orang nak tolong sapukan laman rumah busu (mak aku) dah. Nak kami tolong kutipkan sewa dan tengokkan rumah boleh lah tapi nak kami jaga rumah  macam ayah buat tu tak mampu lah."

Hmmm.. Bila fikir-fikir balik, kita ni pun belum tahu bila masa kita kan. Entah esok, lusa takpun kejap ni lagi. Kita tak tahu mati tu bila, tapi mati itu pasti. Semoga Allah merahmati orang-orang yang terdahulu dan juga kita selamanya.. 

p/s:: suka tengok azan tv9. macam-macam situasi yang best bagi aku. memang dia laungkan azan dari atas menara KL ke?? erkkk..

Wednesday, December 5, 2012

Baca ke??

Bismillahirrahmanirrahim....

Disebabkan entri semalam yang membuatkan rata-rata kata aku kaki novel. Eh2!! Mana da!! (inilah dikatakan menegakkan benang yang basah) =P.  Sebenarnya aku suka baca buku. Semua jenis buku lah kecuali yang ilmiah sangat-sangat kot macam buku teks dan jurnal penuh dengan penyelidikan tu. Itu agak membuatkan aku terbantut sikit nak baca. Majalah, novel, buku biografi, komik, buku cerita kanak-kanak dan macam-macam lagi semua aku suka baca.

Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku tak suka baca novel cinta. Apa entah lagi cerita, drama atau movie cinta. Melainkan cerita cinta yang ringan dan tak mengarut sangat. Tapi kalau yang meleret dan berat tu harap maklum aku kata tidak lah. Tak kira novel atau cerita bergerak tu aku tak suka. Hidup ni dah penuh sesak, taknak aku sesakkan fikiran dan air mata sebab cerita-cerita macam tu. Biarlah cerita indag ada kesulitan sikit-sikit je mampu aku baca dan tonton. Melainkan kisah benar iyalah aku suka. Berbaloi nak sedih. Jangan harap korang tengok aku nangis cerita fiksyen. Takkan!! (ini diakui family dan kawan-kawan aku sendiri)

Rumah aku ni penuh dengan buku. Ayah aku lah jugak banyak beli majalah, buku. Belum lagi abang dan kakak yang beli komik banyak sangat. Termasuk aku ni, memang tak cukup ruang nak letak. 

dalam bilik
rak tv
Sangat bersepah yea. Itu belum lagi dalam stor. Dalam kotak. Dalam bilik aku. Dalam bilik kakak aku. Dan semua nya bersepah jugak. Pandai baca tak pandai simpan. Tak pun dah tak reti nak susun macam mana. Yang dekat rak tv tu cuma komik dan buku cerita budak-budak. Sampai nak roboh rak tu. Lagi-lagi bila anak-anak sedara balik, dorang amik tak reti nak simpan. Aku pun tak jumpa buku-buku aku dah. Komik Detektif Conan berterabur entah mana. Saya memang tak reti jaga buku!!

Aku suka baca buku daripada bahan elektronik sebab tak sakit mata sangat dan macam ada feeling nak baca. Cuma nak beli bahan bacaan ni kena tengok keadaan kewangan lah. Masa banyak duit beli lah banyak. Kalau macam tak stabil, satu pun tak beli. Tapi, mujur ayah ada beli majalah ke, kakak beli novel ke (bukan novel cinta). Siap kadang-kadang kakak call tanya dah ada belum buku tu. Kalau masa belajar tak adalah. Kawan-kawan aku sorang pun tak beli.

Sekarang aku suka baca yang macam mana. Novel macam mana?? Penah aku buat entri dulu. Malas nak cari. Contoh macam ni.. 

Hasil baucer buku dulu-kala
Tapi, yang warkah cinta berbau syurga tu sebab mungkin novel tu macam islamik dan aku kebosanan masa duduk rumah sewa masa belajar hari tu. Jadi, aku pinjam daripada library. Aku nak bagitahu lah sebenarnya banyak je aku skip masa baca tuh. Sebab tu aku boleh lupa tapi masih ingat apa mula, tengah dan akhir yea. Untuk Puan Kiera kita tuh, yang pakai purdah tu perempuan lain yang akan datang selain heliza or wardah. Memang ramai minat kat hero. Baik kan hero nya. Siapa taknak.  

p/s:: aku belum betul-betul ulat buku sebab dalam sebulan tak banyak sangat pun buku aku baca..

Tuesday, December 4, 2012

Warkah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk entri hari tu, ada yang tanya tak ada gambar rumah dengan telekung ke (padahal ingat je pengantin baru yang tanya ^_^). Bukan taknak amik gambar rumah setelah beberapa kali pergi tapi itu bukan rumah aku dan berbahaya untuk opah tu yang tinggal rumah besar berdua dengan bibik je tuh. Lagipun, rumah sendiri pun takda tunjuk kat sini kan. Pasal telekung tuh. mak aku tak dapat, jadi tak adalah gambar nya. Ada lagi yang tanya ada apa dalam goodies bag tu, ada cenderahati kahwin. Aku pun tak tahu apa nama benda tu dan goodies bag tu rumah lain ei bukan rumah opah.

Berbalik pada tajuk, tahu tak pasal apa? Kalau yang ada tahu pasal Heliza Helmi (again mention nama dia), dia ada berlakon dalam drama baru dalam tv Al-Hijrah. Tajuk nya tajuk entri lah, warkah cinta. Warkah cinta adaptasi dari novel karangan Ustaz A.Ubaidillah Alias yang bertajuk warkah cinta berbau syurga. 

Aku mula-mula tengok cerita ni minggu lepas rasanya, itupun tak tahu episod berapa. Bila tengok ni rasa macam pernah baca je novel dia. Banyak sangat novel baca sampai tak tahu mana satu. Jadi terpaksalah tanya incik google untuk cari sinopsis lengkap dia. Dah tahu sinopsis novel  memang sah lah dah baca novel tu. Tahun lepas atau dua lepas aku baca. Pinjam daripada library. Akhirnya aku dah boleh ingat seluruh jalan cerita novel tu cuma tak ingat  nama watak dan setiap kejadian yang berlaku dalam novel.

cover lama
Aku ingat awal, tengah dan akhir novel tu. Yang lain memang tak ingat sangat. Berapa lama dah aku baca kan. Bila tengok drama dia, macam lagi seronok pulak. Lagi-lagi tengok muka comel Heliza dengan tudung labuh nya. Alahai, comel sangat. Ada pulak Imam Muda Nazrul. Memang sangat tertarik dan menarik lah. 

Bila tengok Wardah yang macam tu tapi sangat berani meluahkan perasaan dekat Amir Mukhlis membuatkan aku rasa,

"Wah, berani nya perempuan ni."

Wardah tu perempuan baik nak kenal dengan Amir yang memang baik dan memang lelaki idaman Lepas tu, berani luah perasaan macam tu je. Erkkk..

Nak tahu cerita ni tengok lah sendiri yea.. Setiap Selasa- Khamis pukul 8.30-9.30 di tv Al-Hijrah. Segalanya bermula di sini.. Sekali trademark tv aku tulis. Kalau tak pun beli je novel dia. Dengar cerita entah berapa kali cetak. 

Novel ni rasa macam Ketika Cinta Bertasbih tapi lain sikit dan penceritaan nya mestilah daripada kaca mata rakyat Malaysia yang belajar di Mesir. Ada jugak cerita kat Malaysia sebab Wardah dan Amir tu asal Kelantan jugak.

Tertanya-tanya tak pasal watak dia?? =P



*suka jugak drama tv Al-Hijrah sebab 100% perempuan yang berlakon mesti pakai tudung. Dan 100% memang tak ada langsung adegan pegang-pegang. Sebab tulah jadi kontoversi bila ada seorang artis keluar statement masa anugerah skrin hari tu kan.

**ada tak sesiapa pernah baca sambungan novel ni??

***semua gambar ihsan google

Sunday, December 2, 2012

80 tahun..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesiapa asyik sebut berlian tu. Hah, jaga-jaga. Esok-esok korang beli ter'order' berlian. Den tak tahu..

Alkisahnya, bila je cuti sekolah, hujung minggu penuh dengan kenduri-kendara orang buat. Kenduri kahwin tak payah cakap lah kan. Penuh je hujung minggu. Dewan dekat rumah aku rasanya tiap-tiap minggu ada je kenduri kat situ. Fully-booked. Minggu depan aku tak tahu lah pulak. Kena tengok ada ke tak ada. Selalu nya makan kat dewan sedap-sedap. =P

Entri ni bukanlah nak cerita kenduri kahwin. Tapi, kenduri kesyukuran untuk ulangtahun ke- 80. Wah, panjang umur kan. Ni kira nya macam birthday party tapi diisi dengan program yang lebih bagus. Ada marhaban, ada baca yassin dan doa selamat. Makan-makan itu lagi la ada kan.

Majlis ni bukanlah dalam kalangan family aku, kira bau-bau bacang lah juga dengan ayah. Aku panggil opah je. Tapi, mak aku panggil kak. Aku pulak macam syok panggil opah. Rumah opah ni pun tak jauh dari rumah aku. Masih lagi dalam pekan kecik ni. Dan rumah dia lagi hampir dengan pekan daripada rumah aku.

Menarik nya majlis ni, opah ni sponsor 45 pasang kain yang tak berjahit lagi dan 10 pasang telekung bersulam. Sebenarnya dia sponsor 40 pasang kain je, tapi biasalah manusia. Orang dah bagi betis nak peha pulak. Mintak tambah lagi lima. Untuk siapa kain-kain ni?? Untuk pasukan marhaban tempat ni. Termasuklah emak aku. Pening kepala mak aku uruskan nama-nama orang yang dapat.

Telekung pulak, 10 pasang yang bersulam tu memang disulam sendiri opah ni sebab dia memang berniaga telekung. Sulam dia bukan main-main weyh. Berkerawang habis lah. Punya bersemangat waja kan. Dalam masa kurang dari 2 minggu semua telekung siap berjahit. Padahal, opah ni nak diikutkan bukan larat sangat dah. Dia cakap aritu kat aku,

"Dengan duit telekung ni lah opah besarkan anak-anak."

Telekung dia memang cantik lah dia buat. Dia jugak perturunkan ilmu sulaman nya kat mak aku. Tapi, mak aku sulam guna mesin komputer.. -__-' Telekung ni untuk kawan-kawan rapat dia. Nak diikut kan mak aku dapat tapi sebab nanti mak tak ada baju marhaban terpaksalah melepaskan telekung itu pergi.. =P

Aku rasa opah ni anggap mak aku macam anak dia sendiri. Sebabnya, kadang-kadang dia teringin nak kuih pun call mak aku. Dia ada apa-apa hal pun call ayah aku. Mak aku pulak jenis sedaya-upaya memenuhi impian opah ni, jadi lagilah opah ni sayang kan. Majlis ni pun mak aku antara orang yang mengelolakan. Mungkin sebab anak-anak dia jauh kot. Dahlah dia duduk dalam rumah besar dengan bibik je. Jadi, mak aku ni jadi sampingan lah. Btw, rumah dia cantik weyh.

Kekurangannya, sebab majlis ni buat sama hari dengan ada penduduk lain yang buat kenduri kahwin hari ni, kebetulan kawan mak aku jugak. Jadi macam ada perebutan pasukan marhaban sikit. Opah ni demand habislah. Jenuh mak aku cuba menyelesaikan keadaan.

Sebenarnya, tadi secara tak langsung aku join lah marhaban ni tapi kat dewan bukan rumah opah ni. Dan secara tak sengaja dengan aku-aku sekali dapan goodies bag untuk orang marhaban. ^_^



p/s:: makin lama banyak pulak aku join mak aku dan kawan-kawan dia.. erkk..




Friday, November 30, 2012

Berlian..

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu saja jenjalan dengan kakak. Orang nak belanja kita ikut saja lah dia nak kemana kan. Jalan sana-sini nampak lah kiosk Cool Blog yang si Heliza comel jadi duta tu kan. Aku mang suka semua jenis ice-blended. Tak kiralah mana pun aku beli. Dah jumpa tu belilah satu. Mulalah terbukak cerita kat kakak aku mula-mula aku beli ice-blended ni.........

Masa tu jalan-jalan dekat Mydin Mall Kuala Terenganu. Memang ke situ jelah kalau keluar kan. Memang dah tak ada tempat lain. Nampak kiosk Each A Cup kot nama dia. Aku dah tengok lah ada course mates aku yang lain ada beli. Aku pun join lah beli sekali. Mula-mula beli memang blur kan tak tahu nak pilih mana. Aku pun ikut je apa dicadangkan penjaga kedai tu..

Bila dah pergi kali kedua dan kali ni aku sorang je. Dah tahu dah nak beli yang mana. Mulalah nak tunjuk hebat kononnya dah pandai pilih dan beli. Dengan konfiden nya aku cakap kat jaga kedai tu,

"Nak yang coklat ada berlian sekali ei."
"Berlian??" orang kedai tu mula pandang pelik, kerut-kerut dahi dia.

Aku pun tunjuk lah bekas yang ada bulat-bulat hitam tu.

"Oh, itu pearl dik."

Erkkk.. Aku pun buat tak tahu, ngangguk sajalah. Mujur lah tak ada pelanggan lain kan kat situ. Kalau tak, mahu kena senyum-senyum aku. Itupun yang amik order tu dah tersengih.

Sejak kejadian tu memang aku ingat lah, itu pearl atil bukan berlian.. Kalau aku cakap mutiara terima lah jugak. Aku translate kan!!

Bila aku cerita tu kat kak aku, memang kena gelak habis lah.. Ceittt!!

google

p/s:: tima kacih untuk semua yang ucap tahniah tu ei.. ^_^

Wednesday, November 28, 2012

Officially..............................???


Bismillahirrahmanirrahim.. 

Seperti yang aku cakap hari tu, aku pergi Kuala Terengganu. Semalam baru sampai rumah tapi bukan dalam semiggu ni memang aku habiskan masa di Terengganu. Banyak sangat hal dan terasa trip kali ni yang sangat panjanggggg.. Kesana-kemari..

Kali ni aku datang bukan sebab belajar tapi sebab lain. Selama tiga tahun yang rasa sekejap je aku datang balik setelah beberapa bulan.. Ni korang nak aku cerita yang mana satu pasal percutian aku dan family atau majlis yang satu lagi?? Setelah aku fikir baik lah aku cerita majlis yang satu lagi kan (aku yang jawab sendiri  =P). Holiday punya kisah bila-bila masa tapi untuk majlis yang julung-julung kali dalam hidup aku mestilah kena cerita lebih-lebih kan. 

Ini kali pertama aku datang dengan semua ahli keluarga aku kecuali abang aku sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan dia tak dapat turut serta. Selalunya, mak dan ayah aku je datang, takpun kakak sulung aku. Masa mula-mula aku daftar belajar sini je kakak aku sorang lagi ikut. Abang aku pernah datang sekali masa dia on the way nak balik rumah kak ipar aku kat kelantan. Jadi, masa ini lah buat pertama kalinya semua nya ada sekali tapi yelah macam aku cakap abang je yang tak ada.. =(

Apalah yang aku merepek dan merapu kan. Penat dah buat entri yang bawah sekali baru aku bagi jawapan, konon-konon suspen tapi kali ni aku cakap awal-awal. I’m officially graduated. ^__________________________^ 

Tengok aku senyum lebar bukan main kan. Tolong bagi aku senyum lebar kali ni. Ya, aku tahu banyak lagi benda akan berlaku dalam hidup aku lepas ni kan. Tapi, kali ni biar lah cerita gembira pada hari berbahagia sebelum aku sakit kepala nak fikir masa depan. (Ayat merayu ni) =P

Aku dapat sesi kedua dan petang pulak tuh. Pagi tu, 24hb hujan seronok sangat turun kan tapi Alhamdulillah menginjak pukul 1 petang hujan mula reda dan lepas tu memang tak turun dah sampai esok pagi. Walaupun banyak masa pagi tu, aku tetap kelam-kabut sebab kena berkumpul 1.30 petang. Tapi, aku siap lambat sebab nak solat lagi, pakai baju lagi.

Masa tu jugak lah entah macam mana kain baju kurung boleh tercabut dua-dua butang dia. Padahal baju baru. Masa tu jugak jenuh cari keronsang atau pin apa saja. Nanti tak pasal-pasal aku tersungkur atas stage kan. Takpun terlucut kain. Erkkk..  Lepas tu, peristiwa berdarah berlaku (ayat gempak konon). Aku tak tahu lah apa yang aku buat sampai jari aku berdarah. Aku tak perasan pun sampailah aku tengok habis baju aku ada tompok-tompok darah dan aku tengok jari, amik kau ada segaris line yang penuh darah. Mahu tak lagi kelam-kabut masa tu. Mana nak cari tisu, mana nak betulkan tudung, mana nak bawak jubah (jubah aku saiz L k).

Sampai depan dewan semua dah berkumpul. Aku pun berjalan sangat pantas tempat kawan-kawan kos lain yang berkumpul. Masa tu lah nak pakai jubah, nak pin kan jubah yang besar gedabak tu, jawab call dari bawang ungu yang tak sampai, hentikan darah kat jari dan macam-macam lagi. Selamat pakai jubah kan, kalau tak, nampak lah darah bertompok-tompok kat baju tu.

Tapi, bila berarak masuk dalam dewan, semua perasaan yang kelam-kabut hilang. Tinggal perasaan gemuruh je takut naik stage. Lagi-lagi aku tak sempat datang masa raptai memang risau je nanti. Elok pulak aku beratur agak depan bersama-sama kawan-kawan sengal aku, bawang ungu, safi rania dan c_comey. Memang nervous bukan main lah. Kos aku pulak yang kedua petang tu selepas kos kimia. Memang berderau lah darah nya. Tapi, lepas dah amik ok je. Dah tak  tengok dah penerima lain. Bersembang saja dengan orang kiri-kanan, sorilah penerima lain kan.

Habis je semua terima ijazah tu, nak dekat pukul 7 malam . Keluar dewan melilau cari family aku. Terharu masa tu, kakak-kakak aku bagi bunga tiga jambak. Terima kasih ye kakak-kakak semua.

Kira ada berapa semua
Masa ni lagi kelam-kabut, safi rania nak balik jugak petang tu. Semua budak kos dah bertebaran entah mana hala. Aku mamang tak sempat langsung tangkap gambar dengan mereka semua kecuali kawan-kawan baik jelah. Jadi, kat sini ada gambar dorang je. Kakak aku sibuk ajak balik sebab dah maghrib. Sabar jelah.


Malam tu, ada dinner untuk semua graduan. Masa tu, ex-roommate aku hantar mesej banyak kali tanya aku datang ke tidak sebab nak bagi kad birthday yang telah disimpan selama dua tahun.  Kiranya, untuk dua birthday aku tahun ni dan tahun lepas. Aku cakap nak datang tapi tunggu bawang ungu amik aku. Bawang ungu amik aku lambat. Jadi, masa aku sampai dinner tu tinggal berapa kerat je ada lagi. Sedih sangat. Lepas ni entah bila boleh jumpa kan. Dahlah c_comey dan safi rania tak ada.. =(




Disebabkan aku dah tulis entri beserta gambar bukan main panjang lagi. Elok lah rasanya aku stop kat sini. Aku tulis entri ni panjang-panjang bukan apa, sebab malas nak buat part-part lain. Tengok, entri ni pun macam kelam-kabut aku tulis.. Arghhh, minggu kelam-kabut kot.

Sebelum tu, lupa nak cakap aku ni graduated apa kan. Aku amik Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) di Universiti Malaysia Terengganu.



Terima kasih untuk kawan-kawan yang dah tahu dan wish. Terima kasih c_comey dan bawang ungu yang bagi bunga sampai aku nak bawak balik pun tak cukup tangan. Sorry kawan sebab aku tak sempat nak beli apa-apa pun. Nanti aku buat something special untuk korang ei. Thank you safi rania sebab amikkan jubah aku sampai sanggup datang awal dan merempat entah dimana. Kalau tak sebab ko maybe aku dan bawang ungu pakai jubah saiz XL kot.  Tak lupa jugak family aku yang ada sama sampai sanggup mintak cuti. Kakak sulung yang sponsor baju hijau menyerlah yang tak pernah aku pakai seumur hidup. Tapi, sayang aku tak ada gambar hanya dengan baju tu pun. Untuk kakak ipar yang sponsor baju dinner untuk aku pinjam. Untuk kakak lagi sorang yang beli banyak-banyak bunga sebab risau aku tak dapat bunga langsung. Dan of course untuk mak dan ayah yang sentiasa ada untuk aku bila-bila masa dan menghabiskan banyak duit untuk ini. Akhir sekali, syukur pada Allah untuk semua ini. =)

*Tengoklah gambar aku puas-puas.. Hahaha..

UPDATE:: kebanyakan gambar telah dibuang.. ahaks!!

Wednesday, November 21, 2012

Tekad hati

Bismillahirrahmanirrahim..

'ILSM ( institut latihan statistik malaysia ) kat sungkai,perak'

Aku baca betul-betul tempat tu. Macam nak dekat dah dengan rumah aku walaupun aku tak pernah pergi pun tempat tu cuma lalu saja. Aku nekadkan hati, hantar mesej cakap nak jumpa. 

Kebetulan mak dan ayah aku pergi Kl melawat kawan dengan van. Jadi, sah-sah kereta tak ada siapapun pakai. Kalau tak jangan harap kereta tu tersadai je kat rumah. Tapi mak aku boleh pulak terlupa bawa kunci rumah membuatkan rencana aku jadi macam tak kena.

Orang yang aku nak jumpa pulak kata habis kursus dalam pukul 5, rasa-rasa macam mak dan ayah akan sampai rumah jam tu je. Dalam pukul 4.30 aku call ayah dan ayah cakap dah sampai Rawang. Aku kira-kira sempat lah aku nak jumpa kejap. Kejap pun jadi lah. Misi mesti dijalankan. Dahlah masa kenduri kak aku tu misi tak dapat dilaksanakan.

Aku drive sendiri padahal selama ini tak pernah lagi aku drive sendiri lebih 10km dari rumah aku tanpa teman. Selalunya mesti ada mak atau ayah atau keluarga lain ikut sekali. Iyalah nak kemana aku sensorang pun kawasan rumah aku ni. Lainlah tempat aku belajar dulu.

Dengan laju nya aku drive kononnya nak cepat sampai walaupun aku bukan pasti pun tempat tu. Nama pun penumpang kereta. Memang aku tak ambil kisah pasal tempat. Bila sampai, aku call lagi si dia nak jumpa kat mana dan akhirnya pertama kali aku jejak ILSM tu.

Siapa lah yang aku nak jumpa sangat tu kan.. itulah dia pemilik blog ini blog mama aryan akak kita yang ada anak dua hero yang comel lagi hensem.. =P

Tak lama pun jumpa sebab aku kena bergegas balik sebab takut mak tak dapat masuk. Lagipun dah petang memang aku tak tahu nak bawa akak berjalan kemana-mana. Sori sangat ye kak. Nak bawak pergi TRAP pun dah petang. Sembang jelah. Suasana sembang yang aku diam je (penipu besau lah aku diam)

Balik-balik rumah, mak tak sampai lagi aku nak masuk rumah, cuba buka pintu gril tapi tak boleh. Sudah nya aku tunggu sampai mak balik baru boleh masuk rumah. Tulah, konon-konon protection daripada orang pecah masuk. Anak sendiri tak lepas nak masuk.. Aduhai!

Semalam cakap kawan maya.. Tup.. tup.. hari ni aku jumpa.. dan semalam punya entri aku bagi tahu 'adik' aku tu dan ini dia punya komen,


Ceitt, kutuk aku dulu. Mentang-mentang programmer. Siapa yang cakap aku taknak jumpa dia ke? Of course nak tapi tunggu dia kawen kan.. nak tengok adik ipar.. Ahaks!!

*Aku akan berada di Kuala Terengganu sampai hari Ahad. Siapa nak join aku?? Sila bawa hadiah sekali kalau nak jumpa.. Lalalala~~

Tuesday, November 20, 2012

Kawan maya

Bismillahirrahmanirrahim...

Disebabkan semua orang dah tahu umur aku dan ramai je kata muda lagi, kembang kempis hidung kejap.. Sori lah kalau bahasa diri aku kepada sesiapa yang lebih tua.. Eh, tetiba pulak kan.. Dalam blog je tulis aku.. Tapi, kalau berkunjung ke teratak semua masih lagi bahasakan diri dengan bahasa yang sangat lembut.. =P

Sepanjang aku bergelumang dalam dunia maya ni dari zaman sekolah sampai sekarang ramai lah kawan maya kononnya.. Tapi tak ramai lah yang berkekalan ataupun rapat sangat.. Selalu nya kejap je kawan.. Untuk entri ni nak cerita salah seorang kawan maya aku.. 

Dia ni kawan maya aku paling lama lah aku kenal tanpa jumpa atau apapun.. Dan kami takda lah sampai ada no fon masing-masing..Tapi, kami masih berhubungan satu sama lain walaupun bukanlah selalu dan jarang sangat.. Itupun sebab ada banyak laman sosial kan.. Mula-mula kenal sebab main chess online.. Tak tahulah main di mana.. lepas tu ada chat sikit-sikit kat Yahoo Messenger (YM) sebab yelah aku sekolah asrama sekali-sekala je aku main internet pun.. 

Dia suka hantar emel info, islamik kat aku dan semua aku baca. Bila zaman friendster dan myspace memuncak pun aku rasa dia ada dalam list kawan aku tapi masa tu dah tak sembang lansung.. Kiranya jadi silent friend jelah.. Sampai lah masuk U, ada facebook dia still jadi kawan walau aku tak tahu macam mana dia sentiasa ada dalam list friends. Dia je pun kawan stranger dan paling lama ada. Pelik! Masa tu pun kami jadi kawan sekadar kawan dalam facebook tanpa sembang, chat, komen atau apapun.. Dan aku rasa maybe saja add je kot dan aku anggap dia tak ingat aku dah..

Sampailah tahun lepas dia wish birthday kat facebook yang masa tu aku tak hide tarikh birthday dan cakap lebih kurang macam ni,

'Selamat hari lahir kawan lama main chess'

Erkk, tak sangka dia ingat lagi aku rupanya padahal dah bertahun kami diam sesama sendiri cuma kadang-kadang aku stalker facebook dia macam jadi silent stalker je. Masuk tahun ni mungkin lima atau enam tahun aku kenal dia di dunia maya dan sampai sekarang dia masih misteri lagi bagi aku.

Lupa pulak, dia tua lima tahun dari aku rasanya. Aku pun tak ingat sangat. Tapi yang pasti asal kelantan dan dulu dia U mana aku ingat lah.. Sekarang, tak lah sembang sangat cuma kadang-kadang tegur kat twitter itupun aku entah macam mana jadi kakak dia kan padahal aku muda lagi dari dia..

Itulah kawan maya aku paling lama dan bertahan sampai sekarang walaupun kami ni sangat jarang dan tak pernah jumpa pun tapi aku boleh ingat dia kawan yang mana.. Biasanya, aku ni cepat lupa orang untuk jangka masa yang lama.. Lagi-lagi orang yang aku tak kenal. =P

Kalau dia kahwin tak ajak aku memang nak kena lah kan.. Nak tengok sikit adik ipar.. Eh, bukan aku lagi muda dari dia ke??

Monday, November 19, 2012

Carca- marba 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Mula- mula sekali nak letak ni..

google

Ada entri lepas-lepas yang tak lah lama sangat, baru je every night dan Imam-imam yang benar aku tinggalkan tanpa jawab segala pertanyaan yang diberikan.. Ececece.. Macam kaunter pertanyaan la pulak kan.

Lagipun, hari Isnin yang sejuk-sejuk ni sebab hujan di pagi hari aku keluarkan lah entri yang biasa-biasa saja walaupun selama ini entri aku tak ada luar biasa pun..

Yang entri every night tu, habis semua komen nak aku anta wish jugak.. Mahu pengsan aku kalau betul-betul hantar kat semua. Apalah sengat wish tak seberapa aku tu, nak aku wish kat korang. Cuba tanya yang aku wish biasa je pun. Kadang-kadang aku forward semalam punya wish.. Erk.. Terbocor rahsia..

Lagi satu ada yang cakap lepas wish nak mesej panjang-panjang.. Kalau dengan semua yang aku wish tu aku bermesej. Mahu pening kepala aku. Lagipun ada terma dan syarat kalau aku mesej berlabun sampai tengah malam.. =P

Untuk imam-imam yang benar pulak, itu memang imam empat mazhab fikah yang ada sekarang.. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad.. Kalau nak suruh aku cerita pasal buku ni nanti jadi fakta sejarah semata-mata.. Tapi kalau baca buku ni sebijik macam novel cinta yang kita biasa baca.. Ada dialog, ada peristiwa, ada suasana, jadi bukan buku ilmiah yang penuh fakta tapi penceritaan yang menarik.. Diingatkan untuk orang yang suka baca macam aku lah kot rasa novel ni seronok.. Sebab dia novel lah aku tak ngantuk baca..

Setakat ini sajalah entri biasa-biasa aku untuk hari Isnin ini. Hajat hati nak cerita pasal kenduri rumah kak aku hari tu yang penuh makanan tapi lain kali jelah kalau kerajinan yang menebal..

Sebelum tu nak cakap terima kasih cik kotak hati aka safi rania aka azah yang dengan sweet nya buat entri untuk dia yang kita suke dengan gambar ni sekali,








Dan kepada semua yang wish happy belated birthday pun terima kasih jugak.. Erkk,, sepatutnya aku diam kan saja birthday aku tuh.. Ahaks!!

Untuk shirah, kiter tak malu lah nak ngaku umur kita 22.. Muda lagi.. =P

Saturday, November 17, 2012

Little black dress

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni hari apa?? Erkk.. Dah beberapa hari nak update blog tapi bila buka blog rasa kosong. Jadi, aku ambil keputusan taknak tulis. Buka lagi. Kosong... Apa yang kosong tak tahulah.. Dah macam lagu najwa latif pulak kan..


Beberapa hari lepas dan sepanjang minggu ni entah macam mana dan kenapa aku call kawan-kawan sekolah menengah balik. Berborak panjang mengimbau kenangan lama dan aktiviti baru mereka. Otak aku cuba mencerna kos dan kerja yang mereka lakukan sekarang. Dan tentulah berlainan semuanya sebab ada sesetangah yang mereka cerita aku tak paham. Jadi layan kan aje.. Buat-buat paham..

Ada yang aku call gelak je manjang walaupun tak tahu gelak sebab apa. Ada yang macam serius. Ada yang macam meluahkan perasaan. Rasa macam rindu sangat nak jumpa. Beberapa tahun kan dah tinggal sekolah. Lagi-lagi masing-masing duduk merata dan jauh pulak tu. Belum lagi tempat kerja dan belajar yang berlainan.


Lebih-lebih lagi bila aku tengok movie korea ni,





Cerita pasal persahabatan. cemburu antara kawan baik, pendam perasaan.. Memang membuatkan aku rindu semua. Rindu juga kawan U tapi sebab tak lama sangat berpisah dengan mereka tak kisah sangat. Bila tengok cerita tu memang kadang-kadang kita sembunyikan perasaan sebenar daripada kawan baik kita sendiri sebab kita taknak tengok mereka sedih kan. Cari tempat lain untuk meluahkan perasaan. betul tak??

Kawan sekolah kawan paling lama aku rasa sebab lima tahun bersama. Tinggal asrama lagi. memang tahu perangai masing-masing. Dan aku ngaku sekarang susah dah aku nak jumpa kawan yang betul-betul aku percaya dan sayang macam kawan sekolah. Dunia ni penuh misteri dengan orang misteri kan. Lepas keluar sekolah barulah aku jumpa dunia misteri tu.. Orang yang aku rasa macam takkan wujud dalam dunia ni pun dah jumpa..

Sebab aku up entri ni nak cakap birthday aku 12hb aritu. Masa entri every night tu ada aku tulis macam ni, 

Terima kasih Allah kerana beri kesempatan aku hidup sampai hari ini.. Terima kasih mak sebab lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh kasih-sayang sampai hari ini.. Terima kasih ayah sebab didik dan manjakan aku sampai hari ini.. Hari ini hari bersejarah bagi aku..*wink

Saja tak tulis betul-betul nanti penat pulak korang nak wish kan. Semua laman sosial, aku hide birthday aku. Saja nak tengok kawan-kawan aku ingat tak. Bila yang tak ingat aku ingatkan. Sebab tu aku call semua nya sebab call free kan.. =P

*tcweet_pinky saya memang teruk semua jenis grammar dalam bahasa apa pun.. =P

Wednesday, November 14, 2012

Monkey...

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat menyambut tahun Hijrah yang ke 1434!!! Selamat tahun baru!! Ada pencapaian sepanjang tahun ni?? ^_^

Semalam penuh dengan bunyi mercun kawasan rumah aku.. Dumm.. damm.. bunyi mercun.. Dihiasi lagi dengan bunga api yang cantik.. Elok pulak nak dekat maghrib abang aku dan keluarga sampai rumah.. Abang yang jarang balik.. Kiranya sangat susah lah aku nak ketemu lagi dua orang puteri yang memang nama meraka pada pangkal nya putri.. Rasa macam dorang balik nak beraya pulak.. Padahal raya orang lain kan.. Rasa-rasa sekarang ni memang semua perayaan ada mercun dan bunga api kot.. Bagi meriah sikit.. Agaknya..

Pagi ni, eh, bukan.. Nak dekat tengahari mak aku ajak pergi kebun di kampung aku yang jauh nya tak berapa jauh dan tak berapa dekat tapi masih dalam daerah yang sama.. Mak kata buah dokong berbuah.. Jadi, alang-alang dah ramai di rumah (anak-anak kak aku ikut sama) kami pun pergi lah kebun.. Mula-mula was-was tengok kak ipar pakai baju macam nak pergi dinner.. Cantik kemain.. Aku?? Sarung saja apa yang ada.. Nak pergi kebun kan.. Kebun ke dusun??

Sampai sana, bukan sahaja dokong je berbuah.. Durian pun luruh, rambutan, cempedak (tapi tak sempat nak amik).. Jadi, mulalah sesi mengutip segala buah yang ada.. Kak ipar aku jaga yang sikecik-sikecik yang ramai.. Semua yang ada masa tu termasuk mak dan ayah aku 8 perempuan dan 2 lelaki.. Nampak sangat memang perempuan je kan ramai dalam keluarga aku..

Disebabkan buah dokong berbuah tinggi lebih dari galah, dengan itu terpaksa lah panjat.. Abang aku panjat dalam beberapa buah pokok.. Dan seterusnya....


Erkkk... lari laju-laju...

Ini lah akibatnya lelaki kurang dalam keluarga.. Aku membesar dalam kampung.. Ini sikit punya hal lah.. (berlagak sangat padahal pandai naik, tak reti turun.. Menggeletar kaki aku weyh nak turun)

Eh2.. nape tajuk monkey.. =P