dewan rakyat

Monday, April 28, 2014

Orang ketiga

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku selalu jadi orang ketiga. 

Oh, ini bukan orang ketiga yang jadi jahat kacau orang tu. Ni orang ketiga jenis lain. Jenis spesel... =P

Orang ketiga yang jahat tu mohon dijauhkan.......

Orang ketiga macam mana yang aku cakap kan ni?? Orang ketiga bila mana ada orang bergaduh aku kat situ tapi tak ada buat apa-apa..

Aku perasan benda ni jadi dari dulu lagi. Cuma, selalunya gaduh dalam keadaan senyap lepas tu aku dok antara tengah. Masa sekolah menengah ada lah dormate aku gaduh dengan kawan baik aku. Tak berapa gaduh mulut sangat. Tiba-tiba dua-dua tak bertegur sapa. Aku yang ada kat situ terpinga-pinga. Tapi masa tu tak rasa awkward sangat sebab dorang gaduh macam natural, masam muka macam tuh. Lagipun aku ada ramai kawan masa tu, jadi macam angin lalu je aku tengok dorang gaduh. Hahahaha...

Masa matrik ada jugak. Dan aku terlibat secara tak langsung. Tapi, yelah aku tahu berdosa tak tagur lebih tiga hari. Jadi, nak ke taknak kena juga sapa kan. Taknak aku tanggung dosa lebih-lebih. Aishhh..

Yang menjadi kemuncak aku jadi orang ketiga sebenarnya yang aku rasa "Kanapa selalu jadi kat aku ni?" masa kat uni. Masa tu aku dok hostel lagi. Masa first year. Hari tu, habis je kelas aku baring-baring atas katil terus tertidur. Punya syok tidur tu, aku terjaga sebab 2 orang roomate aku bergaduh bagai nak gila tikam lidah nya. Agak-agak korang jadi aku mesti terkejut kan. Lagi-lagi perempuan ni kalau dah bertempik, aku tak tahulah nak kata apa.

Aku masa tu, tak bergerak pun. Statik je baring. Aku baring mengiring ke kiri, menghadap dinding. Lagi lah serba-salah nak bangun ke, nak bergerak ke. Dahlah rasa panas je masa tu. Aku ingat lagi raba-raba cari fon nak ngadu bawang ungu kononnya. Boleh pulak fon ada kat belah kanan, sabar jelah. Macam kelakar pun ada, sebab takut-takut macam tu. Padahal, sah-sah aku tak terlibat pun. Ataupun aku patutnya berhentikan pergaduhan mereka. Tapi, nak main masuk tak kena lak. Korang dapat rasa situasi aku masa tu??? Tak lama lah dorang gaduh bila mana satu lagi pihak malas nak layan sambil buat tak layan yang lagi sorang bertempik sorang-sorang. Siap pakai headphone lagi. Hahahaha.. *dorang nya gaduh sambil bilik-bilik sebelah dengar. macam apa lah... 

Aku ingatkan sampai situ je aku nak terlibat orang main jerit-jerit depan aku ni sehinggalah kawan-kawan baik aku sendiri bergaduh lawan mulut sampai tak bertegur sapa berbulan lamanya membuatkan aku lagi tersepit. Ini pun sama, aku pergi mandi ke apa ke benda aku buat, datang-datang tengok dua orang ni dah lawan mulut. Terpinga-pinga weyh. Macam biasa gaduh benda kecik tapi terus jadi besar. Bayangkan lah kawan baik dan serumah, satu kos, satu bilik dorang tuh. Effect sangat kan.. Hmmm.. Tapi dorang berbaik dengan sendirinya sebelum aku rasa nak masuk campur walaupun berbulan jugaklah. Kata bff kan, mesti baik punya nanti.. =) tapi yang sengsaranya orang yang kat tengah-tengah. 

Yang terakhir buat masa ni dan jadi baru-baru ni, bila mana asst manager aku (perempuan) gaduh mulut dengan staf paling senior (lelaki) dalam company aku. Ni aku rasa gaduh paling giler pernah aku terlibat. Aku masa tu, tengah test sample yang datang. Aku sorang test, pastu abang tu belakang aku test lain. Datang akak ni (asst manger) cuma cakap baik-baik dengan abang ni (sebenarnya dah pangkat ayah aku dah tapi aku panggil abang jugak), lepas tu entah macam mana abang tu tinggikan suara. Yang akak ni dah lama sabar yelah asyik kena je dengan abang ni kan sebab masih hormat yang tak pernah marah dia dan tegur, terus akak ni melenting dan tinggikan suara. 

Aku kat situ, tak bergerak seinci pun. Dah siap test terkedu je kat situ. Abang ni pun bukan lah nak kata tapi dah usia meningkat tapi masih suka keluarkan kata-kata tak baik. Sumpah-sumpah. Kalau aku jadi akak tu melenting. Lagi-lagi akak tu preggy mom. Paham-paham lah emosi entah kat mana kan. 

Sebab apa gaduh paling dasyat aku pernah terlibat sebab ini antara lelaki perempuan yang umur sah-sah jauh berbeza. Suara dorang bergaduh satu ofis dengar sampai semua tengok. Semua dalam ofis tu perempuan jadi dapat tengok jelah. Manager aku (perempuan) ada cakap sudah lah tapi tak jalan. Lagipun masing-masing tengah panas kan. Aku yang duduk kat situ sah-sah macam picisan je. Akak tu marah sambil nangis dah. Yelah, aku boleh ingat lagi apa abang tu cakap. Lagi-lagi aku yang paling dekat dengan abang tu. kalau dia mengomel perlahan pun aku masih dengar curse yang dia bagi.

Disebabkan dah teruk sangat tikam lidah nya, bos besar turun. Aku yang masih memang tak boleh pergi mana-mana, nak taknak stay lah kat tempat aku diri tu. Sian lak aku tengok bos Chinese yang berusaha cakap melayu dengan slanga nya sambil tahan marah. Part tu aku rasa kelakar, tapi gelak dalam hati lah. Lagi-lagi abang tu masih lawan cakap kan. Mana bos tak bengang (saat aku tulis ni aku asyik terbayang). Akak tu dah lama duduk cool down kan diri.

Habis je semua tu berlaku, ada sorang ofismate aku yang duduk belah dalam tapi masih nampak kejadian terus mata merah terkejut sama. Ada staf baru pun sama berair mata. Dah nama perempuan dengar orang laki cakap kat preggy mom mesti terasa kan. Bila semua selesai, aku pun ok dah dalam terkejut sama pujuk akak tu yang ada baki nangis dia. Bila masing-masing cakap sesama sendiri, pastu beria manager tu consult staf baru jangan terkejut takut tak datang kerja nanti.

Aku pun menyibuk, "Kak, tak nak consult saya sekali ke. Saya lagilah duduk tengah-tengah dorang tadi."

"Ko takyah dzatil. Tau ko dah lama sikit walaupun tadi tengok dah tangan ko menggeletar kat situ. haha." tak membantu langsung.

Balik tu aku lupa punch card. Terkejut punya pasal. Ceittt...

*semua benda jadi sebab ego. aku pernah gaduh dengan kawan tapi mesti cepat baik paling lama sehari. antara aku minta maaf dulu atau aku akan tegur. lantaklah orang nak maafkan atau tegur kita balik sebab aku tau memutuskan tali persaudaraan akibatnya besar. pahala tak banyak mana nak tambah dosa tak bertegur sapa lebih tiga hari memang aku tak mampu. besar kot dosa tu. Orang yang meminta maaf walau belum tentu salah dia tu hebat. Yang sah-sah salah dia lagi lah. Takyah nak menang sangat lah kat dunia ni. =)

**maaf kalau entri ni berbelit untuk difahami ceritanya.. 

Thursday, April 24, 2014

40 tahun..

Bismillahirrahmanirrahim...

Rezeki yang ada mestilah dikongsi bersama kan. Lagi-lagi dengan family. Rezeki pun jadi lebih berkat gitu. Jadi, aku, kakak-kakak aku dan juga abang aku yang satu-satu nya tu merancang lah menyambut ulangtahun mak dan ayah ke 40. 

Sebenarnya, plan tu antara aku dengan kakak sulung aku. Nak makan seafood kononnya. Aku kan tinggal dengan dia. Nak belanja family dia lah merangkap birthday dia bulan Januari haritu. Tapi ada hal yang tak dapat dielakkan (ayah aku sakit dan aku bergegas balik kampung) plan tu cancel digantikan aku belanja lain waktu tapi biasa-biasa jelah. Walau macam mana pun kami plan lain nak sambut anniversary mak dan ayah pulak. Kiranya plan lagi bagus sebab nak paksa abang yang dekat Kuantan balik dan paksa mak dan ayah datang umah kak aku. 

Plannya, aku support makan. Kak sulung support tempat tinggal. Kak kechik support aktiviti lain dan abang aku takda support apa-apa. Cukuplak dia balik kan. Minyak dan tol dia lagi. Takpa kami adik-beradik yang memahami. Hahahaha...

Nak bagi suprise kat mak dan ayah memang tak boleh lah sebab, mak aku busy gilerrrrrrrr... Kalau tak cakap awal-awal nanti entah kemana dia pergi. Jalan sana lah. Mesyuarat situ lah. Pergi sini lah. Jadi, aku sebagai anak manja lagi gedik buat ayat macam ni,

"Nanti masa 12hb mak dengan ayah kena datang sini tau. Kami dah booking tempat. Angah pun balik."

Ayat arahan gitu. Hahahaha.. Padahal mana ada booking tempat pun. 

Sebenarnya memang plan nak tidur apartment area situ (area tempat makan) yang kak sulung nak support tapi sebab tempat full walaupun program dah anjak ke depan lagi yakni 5hb (sebab mak busy macam biasa) masih lagi penuh. Jadi, nak taknak kami stay lah rumah banglo mewah kak sulung aku ni (mewah sangat). Selamat masa ni masa rumah kak sulung aku ada air (kan ke kena catu). Fuhhh, selamat kalau tak ada jugak yang tak mandi nanti.

Walaupun kami paksa mak dan ayah datang tapi kami langsung tak cakap nak pergi mana. Makan apa dan aktiviti menda kami nak buat. Langsung tak. Jadi, kat sini masih lagi suprise kan. Mak aku bawak beg baju macam nak duduk lama. Sebab dia tak tahu nak pakai baju apa.

"Mak nak pakai apa ni? Seluar ke baju kurung? Nak bawak kami pergi mana ni?" mak aku tak habis-habis tanya.

Ayah aku? Buat tak kisah je asalkan mak aku bagi baju apa yang dipakai. Ayah pakai jeee...

Aku hari Sabtu tak nyempat-nyempat siapkan kerja nak balik awal. Sampai rumah, mak, ayah dangan abang dah ada. Tunggu kak kechik je. Kak sulung ada kenduri jadi dia gerak dari arah bertentangan. Dengan satu kereta bergeraklah kami ke,

itu kak sulung ei

Nampak tak? Kami makan seafood kat Jeram, Kuala Selangor je pun. Tapi ini first time untuk kami semua. Seumur hidup aku tak pernah sanggup beratur panjang-panjang nak beli makanan. Untuk kali ni takpe walaupun hujan rintik-rintik, ombak bergelora tuh.



Kami berempat, beratur bersama, berhujan bersama.. demi KETAMMMMM
Kami selesai pilih nak makan seafood apa sebelum maghrib. Maghrib tu solat lah kat situ. Ada surau yang disediakan jangan risau. Yang best tengok reramai orang pergi solat, beratur panjang, macam sejuk hati. Lepas tu boleh pulak takda air (tempat perempuan selamat), yang laki nya pergi tadah air hujan. So sweeetttt......

Alalala, comey nya...
Itu je gambar time makan nak tunjuk. Gambar makanan lain tak mau tunjuk. Nanti ada yang mengidam susah pulakkan. Mana tau pulak ada yang tengok masa tengah puasa, meleleh nanti. Apapun pergi makan kat sana. Besttttt.... Harga pun ok lah. Tetiba teringat ketam fresh dia. Kerapu tiga rasa. Kupang. Siakap stim. Fresh orange. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Aku pulak yang lapar. Hahaha.. Yang penting fresh weyhh,

Hari nak menginjak malam. Jadi, apa yang ada kat Kuala Selangor?? Kelip-kelip!!

Muka kelakor je aku rasa
Whole family 
Ini lah tempatnya kelip-kelip Kampung Kuantan. Jangan tanya mana gambar kelip-kelip sebab memang tak nampak lah dalam kamera kan. Memang gelap betul. Tapi, cantik sangat. Kekuasaan Allah kan. Indah. 

Sebenanrnya, masa pergi tengok kelip-kelip tu aku takut jugak. Pertama, takut buaya. Sebab air yang tenang jangan disangka takda buaya. Kedua, ular. Sebab kelip-kelip suka duduk kat pokok (aku lupa dah nama dia), gelap pastu tak nampak apa kan. Jadi, imaginasi tu tinggi.

Keseluruhannya, seronok sangat. Tengok kelip-kelip tu aku lah beria siap cakap, 

"Walau macam mana pun atil tetap nak pergi situ." Hey, cakap adik manja semua ikut kan.Hahaha. Ok, itu aku tipu.


Tapi, keseronokan itu bila mana kau tahu kau masih ada keluarga. =)


*bila kak sulung cakap mak ayah dah kahwin 40 tahun, dia tersedar, "Along dah tua lah."

Monday, February 17, 2014

Ku lihat hijau...

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku nak cerita pasal pakwe merah. Tapi, macam dah tak ada rasa nak tulis...

Aku nak cerita pasal kerja. Lagi lah tak ada rasa nak tulis buat masa ni...

Nak diikutkan sekarang, waktu ini aku patut dah tidur. Penat sangat setelah drive dengan lamanya untuk beberapa hari. Ketahuilah, aku tak suka drive. Kalau boleh aku nak orang yang hantar aku kemana-mana. Pergi kerja, balik kerja dan lain-lain. Melainkan masa nak bersendiri. Tapi, taulah tak semua yang kita nak boleh dapat. Kan... =)

Betapa penatnya ketika ni. Barang yang banyak dalam kereta aku biarkan je diharapkan esok awal-awal pagi aku berupaya bangun awal dan bawa semua masuk. Kalau tak habis barang yang masuk peti sejuk tu. Hahaha..* padahal takut sebab luar gelap dan dah tengah malam woi, sensorang lak tu. Aku kan berani dalam tak berani.

Tapi, waktu penat boleh pulak bukak laptop dan update blog. Padahal, masa senang-lenang laptop dipandang sepi. Sebab apa rajin? Sebab tak sabar nak tunjuk gambar. Sebab tak sabar nak transfer gambar kedalam laptop. Sebelum ketidaksabaran itu hilang wajarlah aku merajinkan diri update blog terus.. Tak gitu?? 

Ini tentang kami sahabat berempat yang susah-senang bersama, gembira bersama, menangis bersama sepanjang beberapa tahun ini. Iya, percutian yang biasa tapi cukup menggembirakan hati aku yang gundah-gulana tentang soal dunia. Jalan terbaik lihat lah ciptaan Allah seluas mata memandang. Tak kurang juga merehatkan diri seketika daripada urusan dunia yang merunsingkan diri dikala meniti dewasa ini.. Acecece.. Apakah skema sangat ni??

Walaupn hakikatnya sekarang kaki dah sakit. Badan dah penat. Tulah duduk ofis je tak bersenam. Padan muka sangat kau atil.

Malas nak cerita panjang. Aku letak gambar je. Aku syak blog ni dah sunyi sepi jadi tak kisahlah letak gambar aku banyak. Lalalala~~

*gambar ni aku tak letak filter, edit bagi lagi cantik mahupun effect yang melampau. Sekadar resize, letak frame sikit dan hak milik monolog diri ini. Itu je. Jadi, kalau muka kami macam hampeh dan buruk. Mang itulah dia.. Kalau background dan lighting dia cantik pun mang itulah dia.. Hahaha..

Hanya aku yang mampu melawan cahaya matahari sebab protection mata lebih..



Menghijau, Dan itulah yang menyenangkan..


Usaha itu penting untuk selfie.. *sanggup ye letak atas pokok2 kecik tuh.. Stabil.



Awan.. kau cantik..



Mereka ada =)



Lavender.




The best picture. Boleh buat cover novel ni. Oh, awan terima kasih kerana bekerjasama ei. ^_^ (pic ni bagi x-large)




Antara prop yang penting untuk selfie. Tong sampah. Terima kasih.



Walaupun effect muka paling depan ni aku tak suka. Tapi kena letak jugak sebab tiga tempat ni je kami pergi meskipun masa ke tempat lain sepatunya banyak.. Ish2... 

Dari hari jumaat lepas kerja, hari sabtu dan hari ahad ni, duduk dalam kereta saja. Dan itu memenatkan campur seronok walaupun hakitkatnya, aku tak suka drive!! *esok (hari isnin) aku amik cuti. Jadi, sebab tu aku berani berjaga lagi sekarang. K, bye!!


p/s:: tempat yang aku pergi ni tempat yang aku tak pernah pergi masa lawatan sekolah dulu-dulu mahupun dengan family. Ladang teh tu? Terpencil tapi puas hati. Sebab tu jugak sakit kaki. Tolong urut please,, Hahahaha...